Friday, December 8, 2006

muhammad selsema-8/dis/06

pagi tak sempat nak breakfast, gi klinik muhamad selsema dan semalam dengar cam batuk-batuk sket...sian anak mama sorang ni, tapi lompat tu tak tinggal dengan tersengih-sengih tu tak ada bezanya pula..cam orang sihat je...

Thursday, December 7, 2006

fina dan kedai mamak-7 dis 2006/8.34am

pagi-pagi lagi sejak cuti sekolah ni hubby and putriku dua orang ni selalu tercongok kat kedai mamak peken ateh tarik dengan roti telur dan nasi lemak. putriku ini bukan main lagi makan semangat betull..hai kena manderremm ke ape ??!!..tadi aku join sekali lepas hantar baby muhammad..saja putriku ini nak ajak mama nak ajak mama..so hari ini aku ikutlahh..fina bila sampai je kat meja kedai tu, dia cepat cepat duduk..dan sambil tangan melambai lambai...dia berkata 'boss boss..nasi goreng satu..'..hehehe.....bukan main lagi si kecik nii..

Wednesday, December 6, 2006

6/12/06- abah tak sihat

semalam dapat call dari abah, katanya tekanan darah turun mendadak, sakit belakang tiba-tiba...terkejut juga sebab abah tak pernah sakit belakang,dan BP darahnya tak pernah turun sejak dia sakit jantung lebih 10 tahun lepas...abah sekarang sedang bersama ummi dan cunoor menjaga anak kakakku yang ke mekah..mungkin kerana terlalu prihatin melayan kerenah cucunya, 4 orang dua lelaki dan dua perempuan, abah agak penat dan lelah..kasihan pula..aku nak bercuti pun susah juga , tuntutan kerja dan anak-anakku sendiri...harap adik aku yang cikgu tu dapat temankan abah di rumah kakakku itu , yalah sekarang cuti sekolah bukannya ada apa nak buat pun...tapi col ni pun dah ada keluarga, susah juga...apa apa pun harap dia dapat membantu sementara

Monday, December 4, 2006

langgar buntut 2

semasa aku accident hari jumaat lepas, driver kereta kembara yang langgar kereta belakang aku,tak semena-mena datang dan tanya aku "kenapa awak break ??" aku dengan pantas menjawab, "saya break sebab orang depan break "..lepas tu dia kata lagi, "kenapa tak ambil no plate kereta dia, kat depan dia tu kosong tak ada kereta , kenapa dia break??"..aku dengan geramnya membalas, "buat apa saya ambil no plate dia, saya tak langgar dia "....geram betul,nilahh agaknya man driver kalau apa apa nak salahkan lady driver, sedangkan bukan aku yang melanggar orang, dia tu yang ikut dekat sangat buntut orang dah terlanggar nak salahkan orang break pula,..mana jadi...jangan ingat semua lady driver tu tak pandai bawa kereta,sebab berhati-hatilah kami tak mudah terlibat dengan accident..kalau ikutkan yang asyik langgar buntut orang, terbabas masuk longkang, gaung, kebanyakannya man driver!!!!

langgar buntut

jumaat lepas, genap 1 disember 2006, aku dalam perjalanan ke tempat kerja seperti biasa membawa baby muhammad, sampai di jalan subang berdekatan traffic light kereta hadapan aku break secara tiba-tiba, nasib baik aku sempat break, walau sedikit terhoyong hayang dibuatnya, tapi yang aku sakit hati tu, orang belakang pula tak sempat break, lalu apa lagi, buntut kenari ku pun kemeklah, nasib baik sedikit. Rupanya jadi accident berantai, campur kereta aku jadi empat buah yang terlibat, nasib baik husband ku ada berdekatan , aku dahlah panik dengan muhammad yang tak berhenti menangis nasib baik hubby ku ada...baby muhammad pun Alhamdullillah dia duduk dalam carseat, kalau tak aku pun tak tau apa akan terjadi pada dia.Hentaman dari belakang tu agak kuat juga....apa apa pun selesai settle di balai, aku tak kena samanlah sebab aku tak langgar orang, orangyang langgar aku berturutan sampai belakang yang kena...pengajarannya..jangan ikut kereta hadapan terlalu dekat, bimbang kita terlanggar orang kerana apa apa hal pun yang langgar kita yang bersalah kerana tak elert...and another thing..jangan bergaduh dengan suami, bimbang pagi-pagi kalau apa apa hal emergency, suami juga yang dicari dulu..kang terkulat-kulat jadinya hehehe!!!

Wednesday, November 29, 2006

panggilan haji

edah kakak tersayang akan berangkat esok 30 nov bersama suaminya ke mekah...bertuah dia, muda-muda lagi dah dapat ke mekah..dah rezeki dan sampai seruan..semalam ada terbaca majalah ANIS keluaran bulan ogos tentang panggilan haji...hati terasa bagai ditarik-tarik apabila membaca kisah makam Rasulullah SWT dan sahabat-sahabat baginda, saidina Abu Bakar dan Khalifah Ummar yang berada di Madinah dan peluang yang mesti tidak dilepaskan oleh tetamu-tetamu Allah untuk dapat menziarahi makam mereka yang amat mulia ini. Rasa meremang juga bulu roma bila pengarang artikel itu menyatakan jangan lupa untuk mengucapkan salam dan sampaikan salam sanak saudara bersama ketika menziarahi makam mereka ini dan betapa jasad mereka di dalam alam baqa itu masih dipelihara sehingga ke hari kiamat....

bulan hadapan..23 disember, ibu mertua yang ku hormati dan sayangi bersama adik beradiknya dan maktok pula menyusul ...hasrat hati maktok untuk membawa semua anak-anaknya ke Mekah Insya Allah akan terlaksana...semoga mereka semua dipermudahkan jalan dan urusan dan semoga semua mereka terbuka hati selapang-lapangnya untuk menjadi tetamu Allah

Dalam hati bertanya, bila pula giliran aku, Ya Allah, semoga aku akan terpilih akan datang ini untuk menjadi tetamu Mu YA Allah!!!.....

Tuesday, November 28, 2006

Hari Pertama

selalu sangat surf internet, leka juga melihat blog orang, teringin nak buat blog sendiri, maka hari ini 28 nov dapatlah blog sendiri hehe..walau agak simple tapi puas hati...semangat nak post macam macam kat sini....