Friday, January 29, 2010

nak join modeling laa..(PhD updates)

alaa sungguh fed-up rasanya menatap kertas kertas "black & white" (journal laa tu) yg sungguh boring tanpa warna warna menarik..kekadang menjadikan hari hari ku sungguh kelabu, mood pun kelabu, jiwa pun kelabu ???!! haa..haii,
patutla ada org cakap belajar tinggi boleh menambahkan kematangan, menjadi lebih "tua" dari usia sebenar, sebab ilmu dah bertambah, ye ke sebab ilmu bertambah?? bagi aku ilmu bertambah tu yelaa, Alhamdulillah..

tapi yg bertambah juga adalah:-
-kedut kedut muka sebab asyik berkerut, memikir apasal baca 44 kali pun tak faham2
-sawang sawang dalam kepala makin banyak bila makin banyak benda di baca dan tak di mengerti
-hati tak berapa nak gembira, asyik memikir kerja kerja kerja aje
-mulut asyik muncung, concentrate la katakan, otot2 muka pun jadi ketat..
-kalau pandang barang2 kat kedai pun asyik nampak benda kelabu aje

yelaa logik apa..asyik ngadap benda hitam putih aje apa nak buat,mata pun kelabu jadinya..dahla memang rabun ('kelabu'- org tganu kata)...

memandangkan pada list yg sungguh efisien di berikan di atas, satu kesimpulan telah dapat dibuat..list di atas adalah faktor2 yg boleh mencepatkan ke'tua'an..ada orang memang suka/jadi 'tua' sebelum masanya, contohnya adalah:-

-budak kecik nak mekap cam org besar
-tengah sekolah sibuk nak berboyfriend
-baru pandai sikit dah sibuk nak judge orang buat ni salah buat tu tak kena, diaa je sorg yg pandai..sume org kena dengar cakap dia..
-baru anak 3 dah nampak cam anak 10 ...alamak aku kah itu ...
dah dah menambahkan sesak dlm dada je memikir benda nii....tak boleh jadi, aku taknak 'tua' sebelum masanya walau umur dah hampir nak masuk angka 4 dah nii..aku nak jadi wanita berumur 4 di depan yg ceria,anggun, ayu,bahagia,tenang dan satu bonus kalau org tak agak umur aku berangka 4 di depan..heheh..
jadi seperti kata pepatah, "jgn asyik memandang langit di atas, jengukllah juga rumput di bumi"(alamak betuii ke ni, lebih kurangla kot..)..
so sambil sambil membuat kerja phd ni aku nak 'take a break' la ..ceria ceriakan diri dgn benda benda lain supaya nampak juga warna warna indah yg banyak di sekeliling dan tidak asyik memikirkan HITAM & PUTIH sahaja...........
supaya InsyaAllah, muka yg berkerut dapat diregangkan, mulut yg muncung dapat tersenyum, kepala bersawang dapat dilapangkan, dan warna kelabu dapat di tukar pada warna warni yg menarik...
barula jiwa menjadi tenang, hati tak bimbang, muka tak masam.. proses penuaan pun berkurangaaaannnn....InsyaAllah..:P

so semalam sedang ngadap bende "kelabu" itu aku dah buat keputusan untuk menceburi satu bidang baru ...ye modelling..memang kat RMIT ni ada, banyaaakk peluang, lebih lebih lagi kat school electrical engineering aku ni heheh...

berangan sekejap..bestnyer dapat pakai baju cantik2, mekap cantik2, dandan rambut bagi vogue pastu org ambik gambar, kot sini kot sana tengok atas tengok bawah...cam ni..


(photos from America's Next Top Model) ahhh..barula meriah sikit hidup, colourful, full of beauties, takla kelabu aje..

hahaha ..zuuuupppp

walaupun begitu modeling yg aku kena involve ni bukanlaa seperti di atas..supervisor aku baru bagi kerja suruh aku cari 'black & white" paper (journal la tu) on solar cell circuit modeling..so inilah modeling yg aku akan ceburi..

haha kalu modelling cam kat atas, nanti en yusdi terkejut badak pulak kang, mengucap panjang apa sudah jadi kat bini dia, tension sangat kahh buat phd sampai ke situ peginya..

apa apa pun takdanyaa dapat nak berfoya foya berjoli katak, entry ini pun hanya nak sedapkan hati sendiri yg agak panik mikirkan camne pulak aku nak study modelling aspect nii..aku takda background engineering..emmhh takpa, redahh je laa

so

SELAMAT MENCEBURI BIDANG MODELING PADA DAKU

semoga aku berjaya...

USAHA TANGGA KEJAYAAN

sekian.terima kasih

p/s:thanks noor, kekdg memang semabo sket my english spelling, (joint-join) ikut sedap mulut sendiri jekk..

Sunday, January 17, 2010

susan boyle - i dreamed a dream

baru je sudah tengok program, susan boyle's story kat chanel 9. wow memang ada factor X betul perempuan ni..why??sebab muka tak adala lawa dan bukannya muda pun, dah berumur juga, tapi jadi fenomena baru kat britain, usa, oz dan seluruh dunia..tak pasti kat mesia dah ada cd dia ke tak..

suara dia fuhh power betul, takyah nak ayu ayu, takyah nak kerling kerling manja, tak yah nak gedik gedik, tapi performance dia memang memukau betull..lagu lagu dia nyanyikan dlm prgm tu pun best best.tenganga dibuatnya...

suka dengar lagu lagu lama yg dia nyanyikan balik tu, iramanya relax je tak ada terkinja kinja sangat, yelaa, aku ni pun dah bukan muda lagii(tapi still tak ngaku tua you:))..entah entah aku ni sebaya dengan susan boyle..kekekeh

anyway, memang "new unlikely star has born"..

yg paling best dlm prgm 'a story of susan boyle' ni time sedutan dia tunjuk balik masa Simon Powell (former judge american idol)yg sgt sensasi itu mula mula tengok dia masa ujibakat utk Britain Got Talent cam menyampah siap jebek jebek angkat kening underestimate la tu, sekali Susan ni bukak mulut nyanyi..haa tu diaa, ternganga dia cam aku jugak..

sekarg album dia dah terjual lebih i million dlm masa 2 minggu, so sekelip mata dia dah kaya...siapa sangka..aku pun dah terminat pulak kat dia..

so moral of the story:-

TAK SALAH UNTUK MEMBINA IMPIAN ("BERANGAN")
..kerana mana tahu suatu hari impian akan menjadi kenyataan..

so apakah impian ("angan-angan") aku ek?

emhh..okaylah, nak gi berangan japp..

Thursday, January 14, 2010

PhD Update - 5 months solid

Kat uni tadi tengok kat PC, eh hari ni 14 jan, OHOO..teringat 5 bulan yg lepas 14 august 2009 tarikh enrolment, register kat school RMIT, jumpa supervisor dan 'bersiar-siar' dekat The Hub sambil mencuba cuba login kat PC di situ..

so hari ni genap 5 bulanlaa, proses mem'phd'kan diri berlaku..fuhh..nak try ingatkan balik proses masa register:-

14 august 2009:-
-datang ke RMIT dengan Zura naik train dan Zura bersama Hamizah telah temankan untuk register, ingatkan kena register kat Postgrad Department, di bangunan school hamizah, tapi rupanya kena register kat school sendiri..so Zura bawak ke school electrical & computer engineering (SECE)..

-nekad nak jumpa supervisor dulu,so Zura temankan sampai betul betul kat depan bilik supervisor dan dia pun balik ke school dia..thanks a lot Zura..

-perasaan masa nak ketuk bilik dia..amboii berdegup degup jantung ni..apa benda nak cakap dulu, mulalah dalam hati merangka rangka ayat.." hai Prof, how u doingg..alamak cam apa je bunyinya..tak jadi, "hem hem Hello prof, i am zurianti, i am here!!!' WAHH cam excited terlebih pulak..ish ish asyik duduk fikir nak cakap apa, terkejut bila pintu sebelah bilik dia terbuka...wehh maka kuatkan semangat dan ingat kata kata hikmat.."REDAH JE LAA" sambil baca bismillah dan kumat kamit doa "rabbishrahh li soudri wayassirlii amrii.." pintu diketuk..

-sayup dengar "come in.." dan pintu di buka, "Yes, hello.." aik dia tegur dululaa.."err, hello Prof Mike ? its me Zurianti.." heheh boleh pun..

-"Oww Zurianti, you already here..!!" haa dia lagi excited rupanya..dan berjaya juga ber"chit chat" dgn dia sebentar..dia tanya " hows the flight, where r u staying. " what about your family"..bla bla..

-dan dengan baik hatinya dia tunjukkan ofis tempat di mana kena register dgn Laurie, executive admin, nice lady, ambil file dan forms untuk buat student card..then dipendekkan cerita, settlelah registration hari tu dan dapat student card with matric number.

-Prof Mike insists nak tunjuk The Hub tempat ambil student card, tapi takpala..buat malu je asyik kena tunjuk situ sini, kenala tunjuk confident sket kan, so " Its okay prof, i think i'll manage from here.., i'll be back here next week if its okay with you,need to settle something with my family.."..Prof Mike kata" yes yes no problem, don't bother, you are just arrive , make your self comfortable and settle down with your ffamily first..then you can start your work .."

-itula kisah genap 5 bulan lepas..

-hemmm..dalam beberapa hari lepas tu dapat bilik..dan bermulalah kisah mendownload journals, belajar photocopy dan scan document, belajar ber'mesra' dgn roomates yg ramai, belajar guna normal terms diorg kat sini, hi,how r u?, hows yr family?, see ya, good day, no worries..

-every week try jumpa prof mike utk saja saja sibuk, kenapa tulis saja saja sebab kekadang tak tau nak cakap apa dengan dia , tapi paksa juga diri kena jumpa dia weekly, so kalau jumpa hari rabu, hari selasa mesti kecut perut, bukan saja mencari material utk ditanya, dibgtau, siap reka skrip dulu , nak cakap apa dulu, lepas tu nak cakap apa..kelakarr bila ingat balik, sedangkan bila jumpa dia, mana gi dah semua skrip berterabur je, kekadang bila cakap err, err banyak banyak, muka dia pun dah macam berubah,entah entah dalam hati dia kata, dia ni ambil ielts ke tak ni, oral fail!!..nasiblaa..

-so far okayla untuk 5 bulan, walau tak tau exact tajuk lagi, bayang bayang InsyaAllah dah ada,moga moga ianya makin jelas nanti..aamiinn.

Friday, January 1, 2010

01.01.10

Ini adalah nombor yang cantik, ikutkan hati malas buat entry tapi ngenangkan tarikh yg cantik ini, okaylahh, buat kenangan kat blog ni..wish happy new year la kan, maal hijrah pun kita wish juga..jgn wish new year masihi je..

yg pasti hari ni adalah birthdate formal suamiku heheh..tarikh sebenar di lahirkan, hanya Allah saja yg tau, kesian dia tak tau bila hari sebenar dilahirkan kedunia..tapi takpala..maybe memang lahir 1 januari kot, pujuk hati dia la kan..

(haii, baikk punya gambar, nak buang sampah pun posingg..)
apa yg istimewa?? tak ada apa apa..nak beli hadiah pun dia kata tak payahla, kalau kat mesia oka ygak, kat sini takpa jimat cermat..gi makan je la..( memang kegemarankuu..)

so still cutiii lagi ini harii..apa aktiviti?? tak ada apa..kat rumah saja,bermalas malasan..aktiviti fruit picking dah di buat dua hari lepas dan kelmarin, ramai juga yg datang memeriahkan dan membawa balik buah buahan di backyard ku ini..

apa lagi nak tulis, emm dah la..malas, tak ada mood langsung hari ni..kalau boleh ikutkan hati nak bawak hal sendirik je, tapi nak buat camne, ada 'package' tiga 'adorable noise-makers' ni..


bila la masa nak ada 'me-time' tak taulaa..emmhh..