Tuesday, June 30, 2009

dah dapat FG & Dokumen utk buat Visa

Alhamdulillah, hari ni dapat ambil financial guarantee and surat utk buat visa dari JPbSM, terus pergi scan dan forward pada RMIT

berita baik lagi satu, wakil pelajar di melbourne hantar email kata ada rumah untuk di 'hand-over' so diorang tanya nak atau tak, ambe bersyukur sangat kalau betul jadi..harap-harap betul la, memandangkan dah dekat nak bulan puasa nih, kalau dapat rumah sewa sendiri lagi elok..kesian juga kat Zura kalau menumpang dia lama-lama..

anyway kena tunggu eCOE dari RMIT utk buat visa..in the mean time, buat pasport anak-anak dulu...yeehaaaaa..!!

Monday, June 29, 2009

proses,proses,proses

fuhh banyak tul proses utk ke oversea nihh..kalau sebelum nih dah ada entry tentang 'cerita borang' yg sebenonya, memang tak habis-habis cerita borang nihh...haii..sabo je la..

financial guarantee tak leh bagi lagi pulak tu, kena tunggu officer yg urus tu masuk keje rabu ni, ambe takleh hantar lagi acceptance form tu nak buat visa lagila delay..cubaan-cubaan

tadi gi PK nak buat medical check-up, kekurangan staf pulak, ada attend seminar, cubaan-cubaan..esok je la

harap harap sume urusan berjalan lancar..ambe dah email beberapa wakil pelajar kat melbourne utk tlg tengokkan rumah sewa,suspend nya, sebab rumah sewa kat sana susah sket nak dapat..

ambe juga dah call zura dan dia sedia terima ambe tumpang rumah dia dulu sementara..homestay..

Sunday, June 28, 2009

almost confirmed-RMIT

dah dapat disahkan pada jumaat lepas, RMIT adalah tempat ambe akan meneruskan perjuangan menimba ilmu pengetahuan...cumanya pihak biasiswa ada beberapa kemusykilan dengan surat tawaran RMIT, first hal duration of studies-4 years, sebab biasanya 3 years, dan tentang satu statements yg macam conditional offer..yang menyatakan ambe kena siapkan satu proposal yg akan di bentangkan pada lembaga pengarah mereka untuk kelulusan jabatan...

ambe dah email zura dan prof mike, tapi still tak ada respond..harap-harap tak ada masalah la..

Friday, June 26, 2009

UiTM tak bagi ke oversea

Keluar dalam berita 2 hari lepas, kata UiTM tak bg ke oversea even dah buat persiapan..terkejut dan terkilan, cepat-cepat ambe call kenkawan yg nak ke oversea juga..rupanya hanya utk tujuan seminar, bentang paper, lawatan academic dan lain-lain..ambe pun dah tengok Pekeliling tan sri VC, stated tentang tu je..utk ambe yg nak belajar ni tak terlibat rasanya..legaa,

Alhamdulillah,kenkawan pun bagi nasihat, relax la..jangan panik, bla bla..maunya tak panik, ni adalah impian ambe semenjak dari sambung master lagi, cita-cita dlm hati kalau ambe dapat habiskan master ambe, ambe nak sambung phd kat oversea, memang dah tertanam dalam hati,minda,sanubari,soul,jiwa,jantung,kepala otak..u just name itt..well ketentuan Allah tak boleh sape halang, even org paling berkuasa pun..ambe berdoa semoga dipermudahkan segala urusan ambe, dan moga Allah perkenankan impian ambe ini, peluang ni tak ada pada semua orang, dan ambe rasa amat bertuah kerana abe ada peluang ni...moga-moga ambe dapat pergi...

harap-harap tak berubah la pekeliling tu, memang risau tentang wabak selsema **** ni tapi penyakit ada di mana-mana, kat sini pun boleh kena...ajal maut di tangan Allah...

Tuesday, June 23, 2009

movie-shopaholic

ambe dah tengok movie 'the confession of a shopaholic', ceritanya okayla untuk cuci mata..well tak adala hebat sangat. kalau rate bintang, ambe bagi 3.5, okaylah tiueww..

ambe rasa yang menarik tentang cerita ini adalah:-
1- pengajaran jgn suka shopping guna credit card..tanpa sedar hutang bertambah, nak bayar balik boleh ke tak?? tanya diri sendiri..

2- ada best friend yg sgt baik, tlg ingatkan supaya jgn belanja lebih dan gunakan barang yg dah dibeli dgn bijaksana..(bab bestfriend ni mmg ambe suka..)

3- gambar cantik dengan costume rebecca yg cam trend baru je, dia pun cantik tak ada nampak make-up tebal pun, tak cam setengah movie kita , scene nak tidur pun ada eyeshadow & lipstick..blerghhh

4-menyentuh hati orang2 yg suka shopping, ambe??kalau rate per 10, ambe 7/10 la kot gila shopping, ambe faham apa yg rebecca describe masa dia gi terapi kelas utk shopaholic tu, apa rasanya bila dapat shopping..eee faham sangat memang satu kepuasan, di samping benda yg 'baru' di beli itu ambe dapat rasa mood dan semangat baru..buat kita rasa happy!!

5- karekter rebecca yg lurus bendul dan tak sayang mulut depan VVIP pun menarik, kalaulah kita boleh SEJUJUR itu dengan sesiapa sahaja yg BERPENGARUH (boss ke, ketua jabatan ke, hihihi...)

yang ambe rasa cam tak kenanya adalah:-

-cam kurengg sket teladan utk org shopaholic tu, selain dari jual balik sume barang yg dia beli, ambe jangka adalah scene dia buat belanjawan ke, rutin untuk 1 minggu camne dia belanja ke, senarai cara-cara utk elak beli benda tak sepatutnya, kecuali masa kelas terapi tu je,.."wallet is closed!!, i don't want to shop.." (apa entah lagi kata2nya) sambil buat isyarat tangan..tak nampak betul-betul mana berubahnya..

sebabnya adalah, stereotype punya hal la, kena ada scene settle dgn bestfriend, settle dgn parents, settle dgn pemiutang, settle dgn hero..cheehh, hero tak lawa langsung!!weng,weng..

so tak focus pada camane rebecca tu struggle utk tidak berbelanja dan struggle utk buat budget ke..selain dari asyik lalu tepi kedai, patung duduk panggil2, rebecca kata 'NO, NO.." tu jelaa..

kalau ada panduan2 tu from rebecca's do-it-yourself ke kan best gakk rasanya, at least kita yg tak ada ilmu kewangan ni boleh gak tiru, instead of kena beli majalah belanjawan, movie2 camni sepatutnya bagi lebih kesan pada kita,

(ni pendapat ambe je lah,memang suka terpengaruh lebih dengan movie, yg dalam buku2 motivasi tu tak jalan sangat...)..takpelah, tengok Oprah' show pun boleh banyak panduan hal belanjawan ni..

well sape kata filem hollywood ni sume okay kan!

anyhow, SWEET HOME ALABAMA still the best!!

Monday, June 22, 2009

cerita borang...

1- berjaya mengisi borang CV untuk permohonan KPT , cuma ada certain-certain part kena tanya husband and kenkawan ( tak sure nak isi camne..).

2- juga berjaya isi borang keselamatan dengan lengkapnya, cuma nak cari 'pengadil2'..(apa agaknya peranan 'pengadil nihh..musykil,musykil nape panggil pengadil..).

3-dah kumpulkan info utk isi aktiviti kursus dan persatuan di dalam borang CV.

4-dah pos pada Jal borang guarantor untuk di isi.

5-dah ambil borang 'income-tax clearence' dari Pejabat Bendahari, kena hantar ke LHDN.

6-baru je tengok borang isytihar harta, okay senang je isinya, harta tak banyaakk..:-)

Sunday, June 21, 2009

Guarantor 2-beresss

col and ct sefamily datang ke rumah semalam, settlekan agreements and guarantor form, Alhamdulillah....lama jugak Col and Ct duduk, dari asar sampai kul 7pm camtu...ambe hidangkan meehun goreng bersama keropok dan dim sum, air limau ais...sebagai makan petang..

anak2nya yg comel-comel 2 orang tu, Balkis dan Nabihah happy nya bermain dengan Fiya & Fina, cuma kesian tengok muhammad cam tak tau nak joint camne,yelah, diorang ni main 'girrlyy' things, muhammad tengok pun cam, apakehal dia kata nak main camtu...

anyway, terima kasih banyak-banyak Col and Ct , Insya Allah sampai masa nanti, kakti tolong Col and Ct pulak...

p/s: emm cakap hal tolong nihh,memang niat ambe akan datang bila anak2 ambe dan anak2 sedara ambe ni nak masuk U, senang lah sket kot, InsyaAllah ambe boleh tolong, tapi dengan SYARAT...kelulusan minimum utk masuk tu kena ada, dgn kata lain, 'qualified' lah..bolehlah angah tolong apa-apa yg patut, kalau tak qualified....heheh tak dapett la nak nolongg..so kalau tak dapat ke oversea ke, ke U lain ke, Insya Allah masuk kat U angah keje nihh jadilahhh...kekekhh..nanti angah mintak 'pengeras' dengan 'ibubapa' masing-masing...

Friday, June 19, 2009

form scholarship1-security form

okay, hari ni berjaya isi form keselamatan UiTM dan agreement forms, esok Col nak datang untuk hantar borang penjamin dan sign agreement sekali...Jal? belum contact dia lagi, nak hantar form kat dia bila entah, pos pun boleh kot..nanti call dia lah...

banyak lagi borang tak settle ni...plus kena declare property sekali pulakk, alahhaii..ambe bab-bab ngisi form ni memang lemahh semangat, longlai terus......sabar ye sabar ye..pelan-pelan isi, nanti salah lagi nayee...

my "dreaming' latico-leather-handbag

alamak, sedang melayan website handbag terpaku mata ambe pada satu hb ni..ehh sungguh menawan qalbu, SUKA, SUKA,SUKA...SSUNNGGUUUHHH SSUUUKAAA..

alamak, tarik nafas, semput rasanya...camne nak buat ni, nak order ke? cantikk nya, memang seperti yg ambe dreamed off..ishh angau dah ni, HELP!HELP!...checkout this picass.

kan,kan, kan..cantik kan ada kaler kuning,biru, hijau, merun and merah..sume cantik-cantik..

yg lagi gempak tu dalam dia cantikkkk sanngggaatttt....tengok nihh..(alamak jakunnya ambe nihh)........gambar dalam dia kecik sangat tak nampak,takpa..boleh tengok kat link nihh, dalam dia cantikk sangat!!http://www.ebags.com/latico_leathers/nappa_double_handle_tote/product_detail/index.cfm?modelid=113607

harga $190, kalau convert duit kita..emm maunya reratusann juga..emmmhh dreaming je la..

sesiapa yg ada info kat KL ni ada ke butik LATICO, pls lah inform ambe yg sedang angau ini... PLS,PLS,PLS................

goodbye Dublin-2

dapat email lagi dari s/v DCU, Dr Takeyuki Kobayashi, tanya bila ambe nak fly dan sampai, siap nak datang jemput ambe tuu, iskk sedihh, sedih..admission july, dan dia pun sedang nak prepare meja untuk ambe kat lab...terharunya..

ambe ni jenis tak sampai hati, camno nak inform dia yg ambe tak dapat gi DCU, ehh dia dah forwardkan list of books, journals and now nak datang jemput..tak leh jadi ni, ambe kena bagitau dia cepat before dia terlalu mengharap, nantikan apa apa ambe pulak yg kena..tau tau je lah kalau bangsa jepun nihh, sekali mengamok kangg..eii tak sanggup ambee

so kena usaha juga hari ni cuba email dia dan karang ayat yg betul-betul syahdu so dia boleh terima dengan baik..ambe taula dia mesti semangat lebih sebab dia baru title Dr mesti nak kejar title Prof,caranya mesti ada student phd..so win win situation..

sorrylah Dr, unfortunately we are not meant to work together ..bye-bye DCU

Thursday, June 18, 2009

Fiya ambil report card


hari ni Fiya and Mama gi ambil report card dengan Cikgu Haizul, guru kelas 2 Zuhrah..Mama orang yang ke 8 beratur di luar kelasnya, sementara Fiya sedang bermain-main dengan kenkawan di dalam kelas..wahh bukan main gembira lagi tak payah belajar hari ni dan parent ada datang..

Result Fiya??

Ehem, ehem...agak ku..renggg sikit, dapat nombor tuuuttt..tak leh bagitau, tapi dia memang kena workharder on Sains, Math and BI..Mama sila ambil perhatian yee..eh lupa, Abah juga sila ambil perhatian ye, berubat sebelum terlambat..

persaingan sungguh sengit, hangit..tak larat nak ngejor, tapi takpa at least Fiya berada di antara orang pandai, so dia kena fight untuk jadi lebih pandai..langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan di dalam beberapa subjek di atas akan diusahakan SERTA-MERTA..!!

SO FIYA..GET READY..!!!

Wednesday, June 17, 2009

kisah ibu dan anak-1

ambe tak de mood nak berceloteh hari ni, ada sesuatu mengganggu hati dan minda..

persoalan antara kasih sayang seorang ibu dan anaknya..kepercayaan seorang ibu kepada anaknya..kekadang seorang anak masih tak dapat menilai betapa ibu menyayanginya dari layanan dan pembelaan yang ibunya buat,walau semua orang mungkin membenci anak itu, tetapi seseorang yang bernama ibu tidak akan sekali-kali membenci anaknya, walau apa pun yang telah anaknya lakukan, bukan sahaja kerana kasih sayang ibu, tetapi kerana ibu lah yang paling memahami akan anaknya..setiap apa yang anaknya buat , ada sebabnya, setiap apa yang terjadi pada anaknya, ada puncanya, dan seorang ibu sangat-sangat tau apakah ia..

tetapi...

bagaimana dengan seorang anak, adakah pernah terfikir oleh seorang anak ini bahawa apa yang dilakukan mengecewakan dan menghancurkan hati ibunya, hati ibu yang tersimpan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepadanya, hati ibu yang menahan semua tohmahan yang datang, hati ibu yang masih mengharap anak nya akan berubah...hancurnya hati ibu...maka apa lagi yang tinggal untuk ibu ini, untuk terus mengharap, untuk terus membela nasib anak ini, untuk terus memberi kasih sayang ...yang tinggal cuma airmata yang masih panas mengalir..entah bila kan kering ...

tenanglah wahai ibu, fikirkan kesihatan mu, semua yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya, semoga Allah terus memberi kekuatan pada semua ibu yang menghadapi cabaran dan dugaan sebegini.....Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, June 16, 2009

muhammad sebelum & selepas

muhammad setelah lama berimejkan pak pacak, (emm rambut terpacak-pacak), telah berjaya digondolkan oleh abahnya dengan satu kali seksaan, (hehh cam bunyi hukuman penjara je)..maksudnya dengan sekali buat la bukan buat sikit stop, buat sikit stop....maka inilah hasilnya,

SEBELUM:-
SELEPAS:-
hensemm emm..

fina berjaya....tindikk

Alhamdulillah, semalam Fina my happy-go-lucky-tak-ingat-dunia child selamat bertindik, ni haa wajah kesayangan ambe lepas saje upacara tersebut di jalankan..(ada itu ayer hingus campurr itu ayer mata campurr itu telinga ada sikit merahh la itu..).


tempat upacara berlangsung:-


- KEDAI EMAS..(alamak nama kedai lupa, tapi yg kat tengah2 besar...)

KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

PADA JAM +- 6.45PM,

TARIKH 15 JUN2009


- mama peluk cam nak rak, fina mulanya hehehee..haha..gelak je, heheheh..haha, gelak lagi ..bila 2 brader ni acu je pistol tindik kat telinganya ( buat serentak kiri kanan)..habis kira je, 1,2..3, ppaaappp.....pas tu.

....wwaaaaaaaa...ssaakkeettt...alamak terkejut mama, ingat pada heheheh tadi cam okay je, emosi and mental stabil, rupa2nya..gerun juga yee..sshhiaaann dia..tapi dah okay, fina pun happy...ambe terkenang kan kata kata dia 2-3 hari lepas, masa mula-mula dia bagitau nak tindik, skripnya lebih kurang cam nii..

"Mama, ina rasa kan ina nak PAKSA juga diri ina, nak tindik jugak, biar ada subang macam kakak "..

haa jangan main-main, diri sendiri nak paksa tu..kekekeh kelakar la anak ambe yg sorang ni .memang penghibur duka betul lahh..

So tahniah fina, mama bangga dengan ina, kerana berani, cekal dan tabah dalam MEMAKSA diri sendiri...SYABASS, INA BOLEHH!!!
sekarang Ina dah makin comell, jangan tak nampakk, tu subang tu, blue kaler lagii...

the story of 'eat' and 'over-concern'

CLOUDY HEART - song 1
there is a cloud in my heart
there is a cloud in my head
i don't know what to get
i don't know what to expect
oh please give me the truth
or i will be tired of feeling lose
maybe i am not the right person
to be beside you all along
maybe i am yea...too concern
but heyy..i love you much beyond
well, lets just pretend everything is okay
for the sake of you and me
its not that my love will fell and fly away
its stronger, can't you see
sometimes i know that we really need to pay
to hold this love for our destiny..
to hold this love for our destiny.

Monday, June 15, 2009

monday blues ??

hari ni gi kerja dengan hati berseranggah dengan bermacam persoalan (cewahh..bahasaaa, emm), antaranya ialah:-

1- dengan H1N1 yg melanda dunia, australia di tempat ke-4 paling teruk, emgepp, telan air liur ambe memikirkan boleh ke ambe ke luar negara nihh..suspend sungguh, kepala pun rasa cam keluao bintang-bintang (sel-sel otak berhubung ??, atau sel-sel otak berpintal kot..)

kenapa ambe berkata begitu..kerana semalam seorang bf husband call dia kata kenalan adiknya tak dapat gi oversea kena sambung kat usm je sebab H1N1 yg sedang merebak, dan suratkhabar semalam juga kata, kerajaan minta tangguhkan perjalanan ke luar negara yg tidak perlu...hemmhh, sambung pelajaran ni perlu tak???, sambung pelajaran ke luar negara perlu takk?? sambung memang perlu, tapi boleh buat kat local..alaaa, frust nya kalau tak dapat..huhuuu sedihh, sedihh

tunggula apapa berita or notis or pekeliling dari UiTM, husband kata get ready and redha, bagus pulakk boleh buat motto ambe yg baru nihh:-
GET READY AND REDHA

2- imej ambe, perlukah di tukarr...agaknya menyakitkan mata sesetengah orang, nak kata selebet sangat tak juga, tapi memang ambe ngakula tak sekemas dan secantik/glamer manapun dressing ambe, kategori biasa-biasa je..bukan apee,,ambe ni dah cukup anggun lagi sweet, dressing lebih-lebih kang, tak baik, tarik perhatian orang(hehehh warakk sket!).....tapi...kalau dressing 'biasa-biasa..dan ada kedut-kedut biasa punn' dah tarik perhatian orang..tak taula ambe kalau ambe dressing anggun selalu..mesti ada juga orang tak puas hati nya...pendek kata, senang citer ambe tetaplah dengan prinsip ambe...

yang penting kena ingat....
nak senangkan hati orang..tak boleh
ada orang memang SENTIASA tak senang hati dengan orang lainn
kalau sibuk nak senangkan hati orang..
hati sendiri camnee ??
cukuplah husband pun kata okay..
(dia kata ok la tu ..sebab tak suka orang tengok2 wife dia..
tapi ada setengah lelaki BANGGA orang tenung2 wife dia..)
tak kisahla
yg PENTING ambe sempurna di mata orang yang berhak.
peace to the world!!
(ekk ni mana datang pulakk ..cam lari dari topik jee, hehehh)
3- lupa nak bawak forms scholarship yg sebebann tu, kalau tak boleh juga isi - isi hari ni..
nak buat apa hari ni, kemas kubikel ambe je lahh..nanti KALAU JADI PERGI (huhu..UiTM tak ada bagi notis apapa pun lagi nihh) tak la huru-hara nak clear meja..dah ada orang book pun kubikel ambe ni...
p/s :-
anyway, happy belated mother's day to my sis..ZURHAEDAH ABD RAHMAN..ala sorry la tak wish hari tu sekali dengan ummi and mok, bukan apa, nanti nak kena wish sumee pulak birass2, kenkawan..hemm ada kemalasan sikit di situ..
untuk KAK DA ni haa..sejambokk bunga dari dirikuu..semoga terus cemerlang dan gemilang menjadi mama yang terbilangg................

Saturday, June 13, 2009

Good Bye Our Beloved Nabira


fuhhh..lega dah abiss seksa hari nii..hehehe, seksa apa yee.sshhh, biarlah rahsia, kekeh nanti dah confirm baru boleh dihebahkan, InsyaAllah.


hari ni juga settle baiki pintu kereta Nabira yg telah pun menjadi hak orang, dengan rasminya Nabira bukan lagi milik kami sekeluarga, huhu, sedihh nyerr.semalam dah sign surat tukar milik dan settlekan balance loan bank, kena top-up dalam rm4800..nasiblahh,

walau bagaimanapun Nabira tetap di hati, kami ambik gambar baaanyaakk, kenangan utk anak2, biar diorang ingat, nilaa kereta yang dok melayan diorang selama balik kampung, jalan-jalan...sesungguhnya Nabira sangat bestt utk kami semua..semoga tuan baru menjaga kamu dengan baik...

we will miss you a lott..

Friday, June 12, 2009

pindah barang & others - 1

so we have decided to fill in col's and nurul's houses with our furnitures. Thank God, their houses are available..the questions are:-

1- how to divide to 2 houses...
well both, col and nurul have 2 empty bedrooms,..divide equally (or almost equally..cause, nurul's house quite limited, it is an apartment, whereas col have larger spaces..more to Col's house, i suppose)

2- when to move out ??...
hahaha..goodd question, me also donno when is the right time, wait until this 26th of june ,then me and husband will decide

3- agreement to the tenant??
that is my husband's job, let him settle the nabira sales process first , then he will focus on the agreement..

Others:-
4- kenduri doa selamat ??
this one, hehehe..also not sure yet..wait until 26th june yaa

5- letters to fiya's schools (both SK and SRA), get confirmation letters regarding the sponsorship, husband's letter to the ETIQA admin, husband's income tax, ..etc waahhh so many things to think of, to do.

Wednesday, June 10, 2009

my 90's english song

Fuhhh layan lagu zaman jadi student dulu..antaranya:-

- because u luv me - celine dion
- hero -mariah carey
- listen to your heart - roxette
- someday - mariah carey...etc

teringat zaman kat upm lu..the most precious and enjoy moment in my life...

Tuesday, June 9, 2009

hari berfikir

hari ni banyak benda sedang fikir, persiapan utk ke oversea yupp sudah tentu, tapi ada beberapa perkara lain juga menjadi isu utama di sini seperti:-

- kenapa cik abang ambe ni asyik lenguh lenguh sendi,demam tak da pun..allooo minta jauh Ya Allah, dia ni kekadang sakit sikit je, tapi 'rengeknya' lebih (sorry abe.")... ambe pun cam terganggu minda juga di buatnya..hopefully tak ada papa

-camane nak gi IDP nihh nak tanya hal schooling anak bertuah 3 org ni...susah juga pakai 1 keta..

-bila nak contact Jal, another brother nak bagi form guarantor..eh tapi ambe belum gitau dia lagi ..eekk apalah kabo dulu la kang terkejut biawak pulok member tu...k call la karang

-yg tuuutt tu cam malas pun ada..pastu gerun pun ada heheh gatei betui laa..hati ni tak tetap , jap cam ni jap cam tu.mula la tu....... confuse-confuse....

-bila nak kemas barang yg banyak ni..tup tup time nak gi, tak settle lagi, ambe ni memang lembap sket hal-hal plan memplanning ...

-lastly duduk fikir ..emmm nak tulih apa lagi ni..cam tak banyak idea je..yg sebenonya otak serabut, tula ...

as a conclusion tak payah fikirr...'redahhh je'......

Monday, June 8, 2009

tak sah kalau tak pergi playground

ni picass snapped time my kids happy go lucky at the playground..as normal, dah times-up pun , tak nak balik...
1- cuba tekaa, siapa sayee..heheheh........
2- hehe, tunggu japp mama, ina nak senyum nih..ala tak sempat la, mama dah snapp!!
3- mama, hensem tak muhammad senyum cam ni..alamakk yg, mama rasa kalau muhammad tak senyum lagi ensem kott, sorry my sonn.........

4- fiya ngelamun..memikirkan masa hadapan yg cemerlangg..hehehe Insya Allah mama doakan amin

Sunday, June 7, 2009

tuuuutt....(will put the real name later..after ******)

starting from today i have to prepare myself for any circumstances that will come across the line....try to focus on tuuuutttt until this saturday and then think what to do/explain to the scholarship department.........

Ya Allah give me strength to face this last challenge before starting my phd journey....Aammiinn..

ohya!! how to tell my very gentleman ireland supervisor that i couldn't make it to Ireland..he already gaves me a list of reference books as a start..huhuhu..sorry Dr Takeyuki Kobayashi...

feeling:- not too sure with what i am doing on this tuuuttt...but my heart quite positive and strong to believe that i have to get through this, one laasssstt time..promise to give all the details here after everything settled..Insya Allah

good bye ireland......

alaaa..dapat berita yg UiTm tak bagi budget utk ireland..and still want me to proceed with Australia..never mind..what ever..Alhamdulillah,dapat juga oversea..( tapi ada agenda tersembunyi...hehee, nanti kalau berjaya baru boleh cakap..)

well nape tak dapat Ireland yekk..??? maybe it is because:-

- currency yg memang mahal juga macam kat UK (UK pound sterling-1 pound=rm5.00, while ireland-1 euro=rm4.80)

-tak pernah ada student di hantar ke sana kott.ingat bole pecah tradisi..

-budget uitm dah hampirr habis kot..

so focus on Australia pulak lahh...alamak news hari ni kata ada 1 passenger from melbourne kena swine flu bila balik malaysia, suspenddd

so bye bye ireland.....

Thursday, June 4, 2009

present proposal - updated 3...........(dah sudaaahhh.!!!)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa ku yg tercciinttaaa( alamak bershembuurr..) abah dan ummi, suami ku yg tersssaayaanggg, dan adik2 serta kenkawannn..maka berakhirlah sudah presentation proposal tepat jam 12.30pm..

how's my presentation???
- mula-mula tarik nafas cam tak lepas bila sampai depan , okay lagi time masukkan thumb drive utk cari file..

- bila start bagi salam, Asssaa...heeeakkk..alamak camne suara jadi cam ni,..tak nak kuar pulak dia..nervous betuull..tapi lepas tu, okay..okay je not tip top cause still ada bende yg ambe hafal dan rasa cam faham semalam, tapi tak leh nak deliver..explain pun ada gak tersekat-sekat pastu yg lancar nye time baca slide fuhh laju..konon2 tunjuk terrer, cakap tangan naik2 yg tak ada dalam slide pun ambe bantai..(harap betuii)..pastu naik syokk pulakk..terlebih masaa..Dr Kamal pun sound..zurianti 4 minit lagi yee..ambe pun tersentap balik semula...but okaylaa..

soalan yg di tanya:-

-why do you choose to study on this material..- dapat jawab...tahniah utk ambe..hehe
-how to know when to transmit the light, after all been collected in the microresonator..eekk tak leh jawab...huhuhu..rasa cam tau tapi ayat tak kuar..elehh alasan..

-is this a 3-level or 2-level spectrum ..dalam tak sure tak sure ambe jawab gak..2 levels..tadi check ..bettuulll ahahah happynyerr...tahniahh lagi satu tie..apa nak bagi hadiah diri sendiri ni..percutiann, handbag baru, kasut baru, ....hemmm..nanti kiv lu

-soalan apa lagi tadi ekk..tu je kott yg lain tu cam nak verification je so ambe goreng jelaa..

finally..the best part iss...jeng jeng jeng..
sebelum Dr Kamal nak bagi ambe duduk, he said..
any other questions..if no..well i must say that this is a good proposal....

haaaaaaaaaaaaaaaa, dalam hati ambe cam tak caye je biar betuii nihh, Dr Kamal puji proposal ambe yg terhasil dari bersengkang mata selepas balik BTN plus semalam tak tido okay..highlight sket...

ambe control anggun agii..bila sampai kat tempat duduk...member dah senyum-senyum..wahh good proposal tuuu...haaa maka ambe pun dapat pengesahan bahawa memang benarr belaka yg ambe dengar ituu..kot kot mana lah tau, Dr Kamal cakap lain, kang disebabkan 'kenervousan' aku (bole tulihh cam nii..??hehe)..telinga pun dah tune lagu lainn...

well reward lagi satu pada diri sendiri..tahniah tiee..well done..this is your first tiny challenge actually, get ready for more ..

one more thing..Dr Ahmad Saat one of the panel interested to keep my proposal copy..i don't know why..must be something interesting he found inside it..me like proud a bit ..hehe..hope he will not copyright it..

Alhamdulillahh syukur pada Mu Ya Allah yg telah memudahkan urusan ambeMu ini hari ini.......

Monday, June 1, 2009

countdown present proposal 2

2 more days to prepare for the proposal....now the situation is like this:-

- difficult to download the relevant journals in full, only got the abstracts..printed it out..so the reading was kind of not 'full', stuckk somewhere..

- not enough sources on cylindrical microcavities...maybe the research on it is very rare..perhaps i can get the novelty there..hehe

-felt veryy sleepyy..why?? donno..and also not happy doing thiss, am doing this just for the sake of the department..to get the study leave approval.:-(

-it almost 5.30pm now, i still need to do a lot of things, literature review (not reviewed yet!!), the methodology, and still need to touch up here and there..(my feeling now..want to go home meet my kids, lepak-lepak, release tension with them..yehaaa)

p/s: btw, thank you noor for the wishh..doakan kakti yekk, cakap kat ummi sekali, nok nangiss pun ade nihh hu hu hu