Sunday, December 27, 2009

cuti panjang christmas to new year

haii,bayangkan hidup di sini tanpa boleh ke tempat yg rutin/wajib pergi in daily, anak anak ke sekolah, mamanya pun ke 'sekolah' seperti biasa. hasilnya adalah SANGAT BOSANN..okay!cuti dari 24dis 2009 hingga 4 januari 2010..berapa hari tu..12 HARII!!..haaa..kami tak tau cuti panjang camni..

kalau tau, baik balik malaysia, ada juga faedahnya. boleh jenguk abah yang sedang tak sihat, boleh ziarah keluarga, boleh ziarah tempat tempat makan yg SANGAT dirindui, boleh jumpa kawan kawan, boleh..macam macam bolehh..rugi rugi.

tapi tak apa la, baru empat bulan kat sini, dah sibuk nak balik malaysia, ada kawan yang dah setahun lebih, dua tahun pun tak balik..kumpul duit kot, tapi tidak bagi kami, heheh, kumpul duit, kumpul la setakat yg mampu, tapi balik malaysia, kalau boleh nak jadikan agenda setiap tahun...

so far aktiviti kami, melepak di rumah, jalan jalan ke sydney road, kmart, dan oh ye, sehari sebelum krismas, 24 dis kami ke DFO, Direct Factory Outlet, saja nak kenal tempat shopping famaous kat melbourne ni..kat melbourne ada tiga branch, essendon, south wharf dan ..apa entah satu lagi lupa..kami ke DFO essendon, dekat je dengan rumah dalam 10 minit perjalanan.




kawan kata, barang murah sket kalau sale, macam2 la lebih 700 brands rasanya dari men's,women's,children's ware, kitchen ware, wow...dan ramai yg dah tau kat sini pinggan mangkuk Corell pun harganya lebih murah dan worth it to buy bawak balik malaysia..

so kami pun ke sana utk melihat lihat..



ni kat depan outlet Puma seperti biasa before krismas sale sale sale, ramaii orangg..

tengokla aktiviti anak anakku tunggang terbalik kat atas sofa itu..

tapi sebenarnya lepas krismas iaitu 26dis lagi la sales gila gila, diorang panggil hari tu Boxing day, kenapa namanya begitu, entahla, maybe nak bergelut kat dalm shopping mall kot, sebab sales lagi dahsyat dari sebelum krismas dan ada outlet/mall dibuka dari pagi seawal 5 pagi dan tutup tengah malam! pengabis stok punya pasal.

tapi semalam kami tak pegi tunggu pagi pagi pun kat mana mana mall,(gila!! cam banyak duit sgt nak buat cam tu) lepak kat rumah je, petang barula berjalan jalan ke kmart dan on the way back makan kat kedai seafood kat sydney road.

antara aktiviti kami di hari BOXING DAY adalah:


mama 'BOXING' memasak daging dengdeng..


muhammad 'BOXING' main kat dapur, teman mama, main apa?? ehem ehem cam main spy spy gitu, ada pistol phone, map....hemm


abah 'BOXING' menolong fiya dan fina buat latihan 'BOXING' SCORE-A kat pc..

JUGA.. ada seseorang yg susah hati/panik kerana tak dapat manage time properly time cuti panjang cam ni telah bertekad utk mengasingkan diri dan bertapa/'BOXING' bersama..

JOURNALS....

tapi tak lama pun, just a start kerana nak seru 'en ma-mood' agar datangla kamu, kerana diriku sangat risau kan otak yg berkarat ini akan terus tebal karatnya jika ku tidak mem'polish'nya hari hari, help help...

sekian BOXING DAY kami...

untuk hari cuti seterusnya...liputannya coming soon Insya Allah..

Sunday, December 20, 2009

latest novel read

i was just finish reading this novel..NO WINGS TO FLY..by Jess Foley

fuhh what a story, i cried while reading the ending..yes its a sad ending story, a very tragic about one young woman who faced unfortunates fate in her life over and over again, until at last, when the flu disease took her son's life, she gave-up her strong spirit and died at last without knowing that the man she loved was coming for her..(ohh i shouldn't tell the ending part, in case somebody want to read the book, it won't be thrilling anymore..sorry)

i just couldn't help myself..its been soo longg, since i cry while reading a novel and this novel really caught my emotional feeling, badly..like watching hindustan films or any sad movies..



she was a strong young woman who could faced anything , her brother suicidal, the cruelness of her stepmother, the disgusting behaviour of her employer who raped her, then she delivered her son who had been taken away for adoption.

she managed to meet her son, as a home-school teacher, she met her son again after 4 years, but then everything changed, the flu took her son's life and she just didn't fight when she caught the disease from her son, she had giving-up, didn't fight at all, and she died on the day, her first love came to meet her to ask for her hand of marriage...

a very sad yet nice story,i felt like watching a movie and i bet it will be hit if someone make a film of it..

fruit picking at...

This is a story of our weekend activities, yes fruit picking at our backyard!!

There are cherry plum, pear and some other trees which couldnot be named by us even though we are the people who live here now, wait until we invite our friends here who use to come at this house last years for fruit picking. They know better about what kind of fruits produced by all the trees at our backyard.

This is the picture of one of the nearest tree taken from the room at the back of the house someday around august 2009, the time we just arrived here at melbourne.It was winter at the time:-



Now,its summer, and this is the same tree, well actually also all other trees, the fruits are all over them, its all reaady to eat..!!



so what else to do this weekend, my husband did some check-up and ask the children to joint him for the fruit picking processes..they really help him out on that though..

seing is believing!!








what an experience..they really enjoy themselves..that's important!!

well the weather is not really hot YET..its getting there..the night is shorter, the day is longer..

solat subuh is around 4am started, maghrib is around 8.40pm and isyak is around 10.15pm..this is also another new experience for us.

hopefully we can face the real summer in full patience, cause according to friends here, its going to be hotter than last year, when the heat wave occured, maybe the temperature might reach until 45oC to 47oC, masyaAllah..help us Allah to be strong and do protect us in this kind of heat..amiin.

Thursday, December 17, 2009

sempena Maal Hijrah 1431- The Progress Report Of....

Dah genap 4 bulan di sini, mula mula mencecahkan kaki di bumi melbourne adalah pada 11 ogos 2009.hari ni 17 disember 2009.

elok juga rasanya direkodkan beberapa progress kami di sini utk kenangan kemudian hari:-

lagi pun kan dah maal hijrah 1431, Alhamdulillah..so rekod ini sempena tahun baru maal hijrah 1431 kami di melbourne

Progress yang baik:-

1- Berjaya dapat grant yg Prof Mike sibuk sibuk kan last 3 weeks, so bermulalah plan kerja yg mungkin akan start lepas cuti tahun baru

2- Husband dah dapat kerja sambilan,building cleaner start malam 9pm to 12 am

3- Muhammad berjaya di'toilet-trained' kan, pakai pampers malam aje.

4- English speaking fiya and Fina makin lancar dan memang mereka enjooyy sangat sekolah, even though sekarang dah start cuti until feb 2010

5- Cuaca sejuk makin kurang,fuhh lega..suppose to be summer tapi melbourne ni entahla, hari ni hujan seharian..esok sejuk lagi, januarila dengar kata kenkawan baru betul2 summer..ha nanti kang tak tahan panass pulakk, (byk cekadak le tu..)

6- pokok buah belakang rumah makin lebat/banyak buah dan nampaknya akan masak ranum by the next 2-3 weeks..ikut tenant lama, panggil ramai2 geng malaysian kat sini datang fruit-picking..

7- dah rasa selesa sikit (sikit je) tinggal kat sini..nak prabis 3 thun aduii mak, camnoo ni, harap dapatlah settlekan phd ni cepat..

Progress yang agak kureengg menarik:-

1- dah hampir 6 bulan in this program, masih lagi dalam proses 'reading' tak dapat narrow down research topic...harap2 nya datangla 'ilham' dalam sebulan dua ni,Prof Mike tolongla dakuu..dahla cuti panjang 2 weeks until 4th jan 2010

2- makin rindu nak balik malaysia, miss families, rumah, foods...grrrr

3- kulit badan kami sume makin kering dan keluar kaler hitam hitam..puas sapu losyen, dah la tak suka ber'losyen2,nanti summer lagi la kering..

apa lagi ekk..takda la buat sementara waktu, ni je boleh fikir..

ambil berkat maal hijrah,azam mesti ada..campur dengan yg asyik di'bring forward'kan dan kena 'renew' dan juga campur list baru..

apa azamnya..Biarlaa Rahsiaaa

banyak kan berusaha dan berdoa, InsyaAllah azam kita akan tercapai, tiada orang lain yg boleh bantu kita kecuali kita sendiri dan sudah tentu dengan ketentuanNya juga.

Thursday, December 10, 2009

kerja part-time


Hari ni Alhamdulillah hari pertama husband masuk kerja, kerja apa kah itu?? kerja yang paling penting walau di mana anda berada..heheh...cleaner office.

ada seorang sahabat kat sini shahril namanya tolong carikan, kebetulan dia nak balik malysia lama, so dia pass kerja ni kat husband.

tersenyum simpul, suka bebeno dia bila dah dapat kerja, yelah genap 4 bulan asyik jadi house husband, risau juga ye takut nanti hilang ke'macho'an, heheh tak adala, so far dia jadi house husband okay je dan tak pernah dengar dia mengeluh tapi tak taula kalau lama lama lagi kan, sabar kan ada hadnya..lagipun dia biasa kerja keluar ke sana ke sini, sekali datang sini terperap dan asyik ambik hantar budakk je sure boring tuu..

cuma kesian juga kerjanya tengah malam dah lah jauh kat city sana, 9 mlm sampai 12 midnight..nasib baik ada sorang lagi malaysian sama sama kerja time ni, adala teman..tak tau camane first day hari ni..tunggu dia balik jap agi..InsyaAllah moga moga semua urusan di permudahkan..

yg paling happy anak2 la, sibuk listkan apa nak beli bila abah dapat gaji, kesiaann betul, ye lah duduk kat sini kena men'catu' perbelanjaan sket..tapi bila dah ada part time job ni boleh la longgarkan budget yg agak ketat ituuu..

merasala jadi cam mamat bangla kat malaysia,Alhamdulillah rezeki..

Sunday, December 6, 2009

quality time

talking about quality time...

my quality time with my family...on weekend..
- masak, kalau hari weekdays masak simple je, time weekend masak special or lauk lebih sket..

-bangun pagi, bergolek golek sambil relax dan sembang sembang dengan family before bangun buat breakfast..selalu breakfast lambat dah jadi cam break-lunch

-download dan layan beberapa episod nur kasih dengan family..especially episod yg best best..

-keluar jalan jalan, kalau ada budget lebih that week, makan kebab or pegi mamak & choc cake kat restoran best.

-beli barang $1-$2 utk sukakan hati anak2

-tidur dengan muhammad, time lepas luunch or before maghrib


dah ada list dalam kepala untuk weekend akan datang..:-

- nak ajak family jalan jalan kat city naik city circle lagi sekali cam masa celebrate birthday, and singgah kat tempat2 yg belum singgah

- time summer nanti biasanya orang suka berjalan kat sini sebab siang panjang, so maybe boleh fikir nak jalan jalan kat mana not as a student but as tourist..

Quality time ..weekdays:-

- biasanya kat uni.. baca journal, download journal..tapi biasanya dalam 3-4jam pertama je..lepas tu..dah bosan dan melalut buat benda lain
- lain apa ye..weekdays adalah hari2 yg sungguh tak menarik, sebab tak ada family bersama, biasanya kat uni...

bila nak insaf nihh..:(

Thursday, December 3, 2009

11th Anniversary

happy anniversary to me !! :P..


oleh kerana dah dekat krismas so banyak lah SALES di sana sini, maka kami pun tak lepas peluang ber'shopping' juga untuk celebrate hadiah anniversary ini..yabe da be duuu..so apakah hadiah yang diperolehi sempena anniversary hari ini??


jeng..jeng..jeng..mula mula


SiDia..telah mendapat:-



1- seutas jam tangan jenama Calvein Klien (CK)...wahh gituu...


dan juga..
2- Eu de toilette dari Georgio Armani..pasti harum semerbak untuk 10 tahun akan datangg..

okay.., itu sahaja untuk si Dia, seterusnya..tuan punya badan..tak sabar nak tunjuk nihh...

saya telah mendapaaatt..


1- Perfume Chanel N'19!!...wooww..bestnyerr..

2- handbag baruu!!! eerr..tapi brand apa ek?? entahh..tapi i like designnyerr...wahh sukalahh

dan juga ....

3- Soalan2 cepumass seperti berikut:-

" Awak nak beli baju tak? pergila cari..

" Awak kan suka tengok movie, nak tengok wayang tak?..cerita apa latest yg best..??

" Nak makan apa ? awak pilihlah nak makan kat mana...?

wahh penuh perhatian gituu.. I suka SUKA SUKA.........

TODAY IS THE BEST DAY IN LIFE!!

Thank you A......Hah eh, eh ,..?? ?

Gedebuk!!..Panggg!!..Haaa aduhh sakitnyerr punggung!! (jatuh dari kerusi...)

eh apa yang telah terjadi...mana hadiah hadiah tu semua..???

LAA....BERANGAN RUPANYA..

Sekian. Terima kasih

Wednesday, December 2, 2009

background baru

huuhh, lama tak buat entry ni..apa yg berlaku??

1- take a break, taknak "tegur" PC lepas selesai buat proposal dgn Prof Mike utk apply grant, bunyi cam teruk sangat buat proposal, takda pun, most of it Prof Mike yg buat..entah, M@%$# sebenarnya..

2- sambutan raya haji weekend baru ni di Jack Roper Park, kat area Broadmeadow (kot), gambar tak ada sangat, malas nak snapp..asyik mencari "mangsa" utk beramah mesra, nanti kang orang kata tak mesra pulakk..(cam Bob AF, Messraaa..:~)

3-masa sambutan, hujan, panas dan hujan lagi, + makan kambing, beesstt ..hasilnya adalah, demam sakit badan dan berat kepala..~wink~

4-semalam okay sikit, tak gi uni, buat research dari rumah je, sambil...buat background baru utk blogku ini..hasilnya..waahh sungguh berpuas hati..!!suka!

5-esok Anniversary..tak tau lagi nak plan apa..tungguu

semangat ni dah buat background baru..berkobar kobar utk mem'blog'..laa ingat semangat nak belajar..hampehh tul !!

Friday, November 27, 2009

perabis masa bengang

ni dapat dari satu blog yang selalu di"stalk" almost everyday untuk release tension...:P daripada birthdate campur campur dapat total=10 so ini adalah description untuk person yg dapat jumlah 10:-

#10 The Wheel of Fortune:

-You learn through change. - kekadang ye, also from experience, from other people life (kan suka tengok Oprah, baca novel kisah hidup orang..so rasa ada juga yg 'terkesann" di hati)

-You may gamble and take risks for the challenges they present you.
hehe penakut sebenarnya, tapi ada benda2 yg memang rasanya gamble jelahh, jadi jadi, tak jadi sudahh - contohnya (yg paling 'terkessann") adalah..
- tukar dari ambil MSc Education ke MSc Applied Physics..husband cam protes gakk tapi kejap je,yela sebab wife dia nak gamble gokk..
- tengah2 buat master, merelakan diri pregnant, sambil jaga baby sambil baca notes utk exam (perritt sebenornyerr)

-You may present flexibility and the ability to grasp opportunities when they happen.
yg ni tak sure laa, cam confuse pulak..maybe la kot..tapi contohnya apa yee..tak boleh recall la

You may be easy going and forgiving.
tang EASY GOING ni yes! rasanya memang perasan betul sangat2, tapi tak taula, kenkawanku sekalian rasa camne..tapi perasan sendiri senang senyum kat org, agak peramah juga, kekadang betul bendul, tak sedar diri tengah kena siasat/selidik dek mereka yg "conceerrnn la sangat HAL orang" (dgn kata jahatnyer, BUSY BODY), tapi jawab straight dari hati yg jujur je..takda cam nak selindung selindung, last last baru cam rasa pelik, awat sume bende dia nak tau ni..ropa ropanya nak membanding bandingg..hok ollohh..but now i've learned to not become too transparent to people, kena reserve sket....

tang forgiving - YES definitely, tapi rasanya to be more specific..
I am easy to forgive but hard to forget..(hehe..)

You ride the low points knowing that such extremes are temporary.
ni mende ??? dok pahangg la..tapi yg pasti apa apa hal yg melanda walau sekritikal mana pun ia, perasaan dalaman ni cam relaxx je dan yes, anggap macam, alaa takpe, sementara je nih, lepas ni eloklaa..

contoh1: time bujang dulu, pernah kena ragut, boleh relax jalan kaki balik kat flat, pastu gi balai polis report (gi dgn tini, tq tini sebab siap ambil EL nak temankan kakaknya yg 'fail' naik bas kat KL ini masa tu dah nak cari balai polis dgn pej pendaftaran segala.)..masa kat flat menangis jap..tapi petang tu dahh boleh gelak gelak balik cam tak ada apa berlaku.

esoknya gi kerja dengan hati yg ceria, walau officemate semasing tunjuk muka simpati....tapi memang takKAN halalKAN langsung sampai akhirat, siapla ko wahai peragut2 ku, menjawabla nanti..

panah hati aa, duit kebetulan banyak RM 800, duit students pesan minta belikan tiket balik kampung for raya masa tu..pedihh betul..yg ni memang hard to forgive & forget..kalau tak libatkan org lain takpe gakk, ni siann muka students masa tu, even diorang sume sungguh baikk..siap lancarkan kutipan derma utk "Cikgu Kena Ragut"...

kepada student Matrikulasi Sains UKM di Kolej Yayasan Pelajaran MARA(KYPM, Bangi) tahun 1996:-
"Cikgu tak dapat nak balas budi baik korangg, dah duit korang kena ssebbatt, boleh lagi bagi sumbangan buat cikgu mu ini..hanya doa la sebagai balasan, doa dari cikgu semoga korang berjaya di dunia dan yg paling penting di akhirat, bahagia selalu bersama keluarga masing masing dan mendapat semua yang di impikan.Amiinn."(isk isk sedihhlak rasa)

contoh2: time nak gi ke tanah suci, time tu juga nak pindah rumah, time tu juga finalised writing thesis Master..

ingat kakda kata" mung nihh time nilaa sume benda nok settlekan, siaann sungguh"..

diri sendiri siap relax je,siap gi kerja cam biasa, malam berjaga edit thesis, tak tido beberapa hari (syahdu!), siang basuh rumah baru, kemas rumah lama, gi kursus time weekend,dengan muhammad baby lagi masa tu, menyussu badan, siap ofismate tak tau dah nak pindah, lepas pindah baru cakap, sebab nak ajak datang majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran.

.sekali arongg je sume..

kenang balik..takleh buat sebenarnya sume ni kalau takda support, paling utama,
- husband, gila gila punya support dia ni,time pindah barang dia boleh pindahkan barang sorang2, last day barula sekali dgn orang lori, semata mata nak suruh wife dia yg tengah-kelamkelibut-pun-boleh-relax ini focus pd keje dan thesis, siapkan pelepasan utk gi Mekah.
- kakda,dia ni tukang belikan segala kelengkapan nak ke Mekah dgn adik adik ku..

(TERIMA KASIH DEDAUN KELADI..:)

Lastly:The Wheel of Fortune represents change, movement, and expansion of ideas. It is a card of luck, both good and bad. As the wheel turns, new opportunities appear and old projects reach a new turn.
ni pun mende entah, tak faham sangat, terbayang citer Roda Impian la pulak, ye wang besar, wang besar!!

tapi,....Insya Allah laaa..
Apa yg baik dari ALLAH SWT semata mata, apa yg tak baik tu, balasan atas dosa sendiri dan pengajaran/teguran dariNYA.

apa mimpi entry panjang???, sebab bengang, supervisor suruh tunggu kat uni time ni kot ada apa apa lagi nak kena ubah dalam borang, senang dia cari..dahla sorang pun takada, yg muslim lagila takda, raya haji hari ni, cam apa je duduk kat ofis ni sesorang, so ngadap PC ofis, mogok la konon taknak cari journal ke read journal ke, so perabis masa tang nihh..puah hati ku, SV sound"pls stay at least until 3pm yaa, just incase, i'll let u know"..yelaa

"Saya Yg Menurut Perintah" :(

SELAMAT AIDIL ADHA

ingat hari ni nak mencutikan diri sempena Aidul Adha, tapi Prof Mike suruh datang pulak, check grant form dan sign..cehceh cam orang besar pulak, check and sign yee..benda benda lain dia isikan..heheh, siap lah nanti kerja berlipatganda..journal dia suruh cari, masih lagi buat dekk tak cari cari...

puas dah mengira jisim dan velocity tapi momentum takk datang datang jugakk, en. mah-mood lagilahh terus hilang menyepi diri ..bila nak "wake-up" ni..hehh wake-up la wake-up, wake-up, wake-up..!!!

Thursday, November 26, 2009

bengang nihh

Aduhh banyokk punya bengang hari ni dgn mesin photocopy + scanner kat level 8 nih..mau je hilang 10 kg asyik naik turung naik turungg...mesing punya canggih, scan pastu terus send masuk email, ohoo canggihnyerr..tapi mananyerr wehhh..berapa kali nok kena scan nihh..(kalu abah ni memang kena "korrokk" dohh mesin nihh..)

haa ni last time buat..mintak la menjadii..kang tak pasal pasal ada orang transfer jadi serigala jadi jadian kangg..

Prof Mike mintak hantar transcript dgn cert via email, cause nak send terus ke CSIRO by softcopy..please laa mesingg weii..

fuhh tarik nafas panjang sket..seb baik hari Arafah hari ni ( apa kah kaitangnyer..), istighfar, fuhh fuhh kang puasa je yg kurus, tuan punya badan dokk kurus kurus ..

nak check email nih dah masuk ke dok agi..

Wednesday, November 25, 2009

PhD update

Dapat email dari Prof Mike petang tadi, rupa-rupanya dia nak try apply utk scholarship CSIRO Flagship,so dia nak minta tolong completekan form dan lengkapkan dokumen seperti transkrip dan CV mesti ada dan hantar pada dia before friday...hemm hari ni dah wednesday, maknanya esok je la hari "before friday"nya...

mencari CV tak jumpa-jumpa, dari satu thumbdrive ke satu thumbdrive, dari laptop lama ke laptop baru, alamak alamak..esok kena scan transkrip harap dapat settlekan cepat sebelum tghari.

Confuse juga dia kata ada meeting kat Monash esok, adakah dia nak bawa application tu bersama sama esok atau maksud dia send via email sahaja dan dia forwardkan pada Dr Scott???

confuse melanda...confuse melanda....

Tuesday, November 24, 2009

cover balik

hari ni balik awal dari uni..sakit kepala, mata berpinar pinar,nak kata kena panas tak sangat, minggu ni melbourne sejuk sket, max T pun 26oC gitu je..so balik telan panadol and tidur..adalah nurse kecik 3 org ni pun dtgla picit picit kepala..bestnyerr..
so sekarang dah 11.22 mlm, kena tahan mata buatt kerja yg tertangguh siang tadi..target nak review journal yg dah macam pekasam ni..bawak balik tadi wahh..selonggok tapi nak cover byk mana tu..tak boleh nak cakaplaa..tak berani youu..bab bab stay-back ( ke org panggil stay-up) ni fail sket dari zaman muda muda lagi tak berapa reti nak stay back stay up segala STAY SLEEP ada..:P

Monday, November 23, 2009

tv weeknights

husband selalu gak bising, ' kalu mama tengok tv, mata langsung dok gerokk, anok mintok apa apa pun ..nanti dulu, jap sket agii.."' adehh sakit gok kena sound gituu..nak wat camne..tv jelahh jadi tempat release tension..rehat kan otak bengap..kaki tv pun kaki tvlaa

nasib baik ada gok cerita favourite tapi cap ausie laa..my taste suka tengok challenging programs yg bertanding tanding tu, cam the apprentice, amazing race, the survivor, master chef, dll..

this week.is verrryy special...ada marathon challenge programs FINAL yg memang awal awal dah kena kabo ke husband, kang nanti kang tak pasal pasal kena sound lagi ..listnyer seperti berikut:



monday night - The Apprentice ( Australia) Finale - 9.30pm
tuesday night - Master Chef (Australia) Semi Finale - 7.30pm
wednesday night - Master Chef (Australia) Grand Finale - 7.30pm
thursday night - Beauty and The Geek (Australia) Finale - 8.30pm
thursday night after Beauty & The Geek - The Amazing Race - 9.30pm
(nihh sume fav program dari mesia lagii..tapinyerr time ni jela melayan citer pastu takdanya..)

friday & sat night - tak ada program cam di atas, tapi ngadap movie laa dari 6.30pm until midnight- ni ngadap bersama sama, so husband tak bising cause kekadg ada citer fav dia..apa lagi, citer perang alias action movies)

coming soon..The survivor tak tau lagi bila..gezekk dah ada kat tv..tungguu

teringat member kamcing sama sama kaki tv masa kat UPM, Hanim ..di manakah dikau sekarang..siap booking depan depan tv dgn bantal busuk kat bilik TV kolej..kenangan terindah tu.. and missnyerr citer OPRAH..isk isk

so LAYAN...ZASSSSS...CHEERS :p

Wednesday, November 18, 2009

marathon nurkasih punya pasal

semalam bil internet "Yes Optus" sampai, husband muka dah lain macam, rupa rupanya dia tersangat sangat menunggu bil ini mengenangkan ada satu hari rasanya 2 bln yg lepas kami sefamily buat giler tonton nurkasih marathon dari episod 1 sampai the latest, masa tu...tak ingat dah sampai episod mana..so maybe charge nya akan overlimit

masuk dalam rumah, husband pun buka envelope bil...jeng jeng jeng..berganda ganda la jawabnyer..tapi still under control, nasib baik..

pengajaran buat kami, lepas ni, mesti sentiasa check akaun internet supaya tak overlimit..

rasanya bukan sebab nurkasih sahaja, time tu fiya and fina tak sekolah lagi, so asyik ngadap PC je la, game barbiela, movie barbie dan mr bean la..etc

Alhamdulillah, kerana atas permintaan husband merangkap "menteri kewangan" kami sentiasa amalkan penyimpanan duit di dlm "akaun back up/emergency/sokongan"..so takda la terkedu/putih mata/menangis tak berlagu/ikat perut/mkn nasi tunggang kicap shj ..etc..

nasib baiklah "menteri kewangan" ku yg tersayg (ehem bodekk sket..) sangat effisien dlm menjalankan tugasnya..so NO WORRIES...cuma lepas ni kena :-

berhati hati di "jalan raya"..
cheers :P

Tuesday, November 17, 2009

semalam 16 NOV 2009

Alhamdulillah, masih bernafas di dalam kesihatan yg baik setelah hidup di mukabumi Allah ini selama genap 37 tahun. Dikurniakan oleh Allah kebahagiaan hidup berkeluarga bersama suami dan anak anak yang dapat mendamaikan jiwa dan membuat hati berbunga kerana merasa diri diperlukan, dirindui, dikasihi dan dihargai.
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara Mu lagi, semoga peluang ini dapat digunakan untuk membaiki diri, muhasabah diri, tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih sebagai amalan hidup.


Alhamdulillah, kepada Allah yang memberi rezeki kepada kami sekeluarga, dapat merasa asam garam hidup di tempat orang, memberi rezeki pekerjaan yang baik, peluang kerjaya yang baik, tempat belajar yang baik, dikelilingi oleh orang muslim yang baik (walau belajar di negeri bukan muslim), dapat berkawan dengan orang2 yang baik, anak anak di dalam keadaan kesihatan dan minda yang baik, dapat tempat berlindung yang baik, dapat makan, minum, pakai yang baik, dapat peluang berjalan jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah, dapat...Ya Allah,tak mampu rasanya nak nyatakan...terlalu banyak nikmat dan kesenangan yang telah Allah berikan pada kami...

sesungguhnya kesenangan adalah juga dugaan untuk menguji sejauh mana rasa ketaqwaan kita kepadaNya, sedarkah kita bahawa nikmat Allah sentiasa ada, cuma kekadang kita yang tidak menyedarinya dan merasakan dunia ini sentiasa tidak adil dan orang lain sentiasa senang dari kita...sehingga menimbulkan rasa irihati, dengki dalam hati..
Nauzubillah..semoga kami sentiasa rasa cukup dengan nikmatMu ya Allah, kami takut kami lalai dan berpaling dariMu, nauzubillah..jauhkanlah Ya Allah perasaan sombong dari dalam diri kami.sesungguhnya segala yang baik adalah pastinya datang dariMu dan yang buruk itu dari akibat diri yang lemah dan cuai dari mengingati Mu.

rasanya segala amalan, ibadat masih belum dapat menandingi atau menunjukkan rasa syukur dan terima kasih kami kepada Mu, bantulah bimbinglah, berilah hidayah Mu semoga kami tidak terpesong dari landasanMu dan semoga kami terus mensyukuri nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Mu ini.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kurniakanlah kepada ku hati yang sentiasa bersyukur pada Mu, hati yg sentiasa mengingatiMu, hati yg sentiasa mengingati MATI dan jauhkanlah hati ku dari sifat sifat yang buruk yang tidak Engkau redhai ..amiinn ya rabbal a'lamin.

Saturday, November 14, 2009

windu windu windu

semalam,jumaat, baru lepas sesi poster untuk kelas kaedah penyelidikan..legaa sungguh rasanya..so far poster okay, positive comments from the lecturer..dapat B+..hehe ALhamdulillah, ada yg dapat A, B, B++, B+, B-,even C dan C- pun ada.

weekend ni happy bercuti dgn family di rumah, ni baru balik keluar jalan jalan..suka betul anak anak.sekarang dah ada kat umah,biasa hari sabtu start 6.30pm ada movie berturut turut sampai tgh mlm..cerita hari ni Material Girls (Lizzie McGuire) dan Ever After 8.30pm (Drew Barrymore)..abah diorg gi mengaji,mama and anak2 berfoya-foya di depan tvlaa..

anyway teringat kat family kat mesia rindu betul rasanya..thats why tajuk entry ni windu.

ni gambar kat umah kakda, kalu tak silap beberapa hari before fly ke sini...apa hal gelihati sgt tu pun tak tau, tak pandai nak ambik gambar ayu ayu sket bila ramai2 ni..excited!!

muhammad dan tokki(kamera tinie)

abah tak berapa sihat, ada kat rumah col sekarang,dgn mi.hari isnin ni balik tganu..harap harap abah semakin kuat dan tabah..semoga bersabar dengan semua dugaan yg mendatang.

ada satu hari tu muhammad tanya hal tokki dia:'mama,mama, tokki shakit apa,mama?? shakit yg merah merah kat dada tu ke??
maksud dia kat dada tokki ada parut operation jantung yg lepas..rasanya dia mesti teringat kat tokki dia lepas tengok gambar kat atas ni..mama tak reti nak jawab apa, cuma " kita doakan tokki ye muhammad ye...muhammad pun angguk angguk
cunoor, abah, kakda, ummi dan aliya

col & siti bersama akish dan bihah

terimakasih juga pada kakda& abg yazid dan col & siti kerana menjaga abah sepanjang sebelum abah balik tganu, InsyaAllah nanti bila tanggungjwb phd ni selesai, kami akan masuk que utk tugas menjaga mi dan abah ni..doakan semoga phd ni dapat diselesaikan cepat ye...(dah agak agak 'kepeningan' ni)

haa puas hati dapat tempek gambar family di sini..terubat sket rindu di hati kami ...
cheers all:P

Tuesday, November 3, 2009

library visit

yesterday, after i have settled all the assignment that need to be submit this wednesday (legaaaa...) i went home early with a smile :)..have lunch and listen to my daughters' stories about their day at school celebrating melbourne cup and dress up event..then we had decided to go out..where to?? my hubby asked..emm what about to the library??..and my hubby nodded..yeyyy!! for me and also my daughters..(we just enjoy our time at the Coburg and Fawkner Library)..

and as a reward to myself ( for completed my 2nd MINITAB assignment earlier then i ever expected..susahla statistic, fuhh), i borrowed 4 books and 1 magazine (Women Weekly featuring Nicole Kidmann and Hugh Jackman)..nice..so wait for the feedbacks of my reading soooonn..cheers!!

school dress up - melbourne cup event

semalam, 2 november, sekolah fiya fina ada dress up event sempena melbourne cup.sekolah celebrate melb cup dan cuba untuk wujudkan semangat kejohanan ini dengan acara dress-up dan lumba kuda mainan untuk murid muridnya.

cuti umum hari ni 3 nov sempena melb cup. kejohanan lumba kuda sebenarnya, tapi tak taula kenapa sampai cuti umum..dan tak nak ambik tau pun :P..

yang pentingnya hari ni cuuttii lahh.sekolah, library, bank,ofis semua tutup..besstt..

Alhamdulillah managed to get them dress up properly as requested by the school, bought two gowns luckily together with fairy wings from garage sale for about $3, then bought the inner top and pants from SAVERS for $2 each, its about $10 overall for them to dress up..

so let the pictures do the rest of talking..enjoy!!
fiya dan fina gembira sangat..first time dapat pakai baju ala ala princess fairies kat luar...

fina dan antara kawan sekelasnya-PREP C dan Fiya bersama kawan sekelasnya - GRED 1/2B


cikgu cikgu diorang ni lagi la dress up ...yg atas tu, mama bersama muhammad dan kak intan (Dr), isteri kepada Ustaz Khairul pun sama sama ada untuk tengok, Kak Intan ada 3 orang anak kat sekolah ni, dah besar besar dah anak dia...

Monday, October 26, 2009

tasik coburg

weekend lepas kami picnic kat tasik coburg, kerana cuaca yang sungguh nyaman..panas + sejuk, yg panas adalah sinaran matahari dan yang sejuk adalah angin sepoi sepoi yg bertiup..satu gabungan yang agak pelik bagi orang yang tak pernah tinggal di negara 4 musim cam kami nihh..so untuk menikmati nyamannya udara panas sejuk ini kami pun picniclah di tasik coburg ini.

beli pizza kat my mate's pizza..emm sedap..mulanya nak beli kebab,sekali entah orang lubnan ni cam tak faham english pulak..minta dengan nasi sekali bagi daging je, ..ciput lak tuhh..tu yg en yusdi cam bad mood sket, ..bengang dengan toke kebab..last last pi cari pizza..muhammad sedang menikmati pemandangan..habis disergahnya beburung org putih nihh..hahahahhabis makan..boleh main playground kat belakangni my favourite picture of the year..my two adorable "boys"...

agaknya dialog apa yg mereka cakapkan..maybe, " muhammad muhammad, bengang betul abah dengan orang lubnan tadi tu, cam kebab dia sedap sangat, kan kan ....abah abah tak best aahh tasik nikan, abah , best lagi tasik kat umah kita kat shah alam kan kan,lagi besar..kan kan...

Saturday, October 17, 2009

sekolah fiya dan fina

Alhamdulillah dah 2 minggu fiya dan fina masuk sekolah di Primary School Pascoe Vale North, dekat je dengan rumah, dalam 700m berjalan kaki atau 2 minit naik kereta....

ni kat luar rumah sebelum ke sekolah..abah hantar..

UNTUK PERHATIAN TUDUNG MEREKA DIJAHIT TANGAN SENDIRI OLEH MAMANYA YEE..:p


ni antara anak anak malaysian di Primary School Pascoe Vale North..dah berkawan sakan dah dengan fiya dan fina..tapi kelas memang lain lain..dari kiri, hajar 8 yrs, khadijah 11yrs old, sofina 6yrs, sofiya 8 yrs dan anis 10yrs old....
fina di gred prep iaitu preparation class, dan fiya di gred 2/3C..ni majalah sekolah keluar every wednesday..kenapa masuk entry pulakk hehehe..ada gambar anak ambe dua org!!, baru masuk sekolah terus ada gamabr tuu...


fiya..sebab jadi student of the week..waahhh syabas fiyaa.good girl...tu namanya di kelas 1/2 Rajic..tak sangka betul..
ni students of the week sama sama dengan fiya...muka fiya cam terkejut je..heheheni gambar fina pula tengoklahh tuu...sedang buat apa tu bersenam ke?? bukaannn, menaarriii..kebetulan minggu tu minggu let dance with the preps..

Alhamdulillah,nampaknya semua berjalan lancar semoga mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik dan dapat pengalaman baru ..yang penting sekali fiya dan fina nampaknya confident dan teachers mereka banyak membantu mereka dapat co op cepat dengan sekolah dan classmates mereka.

SYABAS FIYA DAN FINA

Wednesday, October 14, 2009

PhD update

its about my study.yaa, i have been ignoring this topic for quite sometime and i don't like to pretend that i don't feel anything about my study, actually my feelings towards my study is very heavy, sometimes it seems to explode but i have to hold on and keep moving and take my deep breath, the journey is still young but of course i should have something..its been 2 months already, my sponsorship will think of it as three months..in fact i have submitted to them my plan of studies..

so far if somebody ask me this question, " heii how's your phd going", what i can do is to smile widely and with a certain voice tone i answer back as " its goes really well, i guess, right now i am doing my reading part , i don't think it will end anytime...as long as i am in this line"..yaa seems like a good answer to me ..so far,hehe.

one of my roomates here, khalid (Arabian) said, he is still in the circle,..circle?? what was that mean, at first i am like, what kind of circle, i am thinking of maybe its like someone really LOST, and he keeps circling the roundabout round and round, donno which junction to go thru..but that was my first thought, now i think i know what its mean:-

circle of collecting information and current knowledge that related to the field of study and try to find the relation between the existance research and the gaps, and keep on collecting more infos and this process seems not going to be finished at all...

so i guess, i am also doing my "circling" right now ..

i really need to do a deep discussion with my s/v about my research, frankly speaking, after visiting CSIRO, i felt nervous, i try to recall some infos, but its nothing, blank, i donno what to ask to Dr Scott (person entertained us at CSIRO), i should ask him something, anything, but i just donno..haahh it just so frustrating really..hopefully tomorow Prof Mike can give me something, anything as a start , i am hoping to get at least a guideline, a path, where i should start, with these all roots and junctions, which one i should choose and explore..hopefully.

Sunday, October 11, 2009

tulip festival

gi tulip ffestival sabtu lepas.best sangat.bertolak pukul 9.30am dari rumah kawan, student sini juga.seramai 6 families joint this trip,dapat murah sikit tiket.dewasa AUD12 each, toddlers free of charge..perjalanan dalam 1jam13min ke Mt . Nadeenong (betul ke eja nihh??) ...new experience, best tengok tulip yg maha banyak...macam dalm mimpiii....enjoy d picass
seekor binatang bernama alcacas ke kalau tak silap, rupanya pellikk sangat, tapi nak ambik gambar banyak takleh..tengoklah muhammad tu haa..dia takuutttramai betul orang, nak ambik gambar private sikit pun takleh, ada je orang interfrem kat belakang...ni antara gambar yang cantik, fiya dan tulips.yeahh.(tu pun ada jugak kaki hamba Allah manee ish ish ngacau betuii)tak kira nak posing jugakk..alamak terlebih sudahh... hehehh..:Plagi gambar kalau rajin masuk dalam facebooklaa...