Thursday, October 28, 2010

jess and rory

aku layan youtube lagu M.Nasir semalam saja nak menghiburkan hati yg kacau..pastu teringat citer Gilmore Girls(GG).. karekter Jess and Rory...aku google nama ni dapatlah banyak clips the moments of jess and rory, siap ada buat ranking top 15 lagi...


GG ni kisah Lorelai dgn anaknya Rory(si comel) duduk kat Stars Hollow Hartford hidup secara sederhana walaupun keluarga Lorelai ni kaya raya..tapi tak sesuai dgn jiwa Lorelai..so kisah suka duka hidup dua beranak ni lah...kisah cinta,persahabatan,semangat,kehidupan.tak terlalu serius,spontan sinis selamba...dulu time asyik layan citer ni kat tv, suami aku selalu komplen..apalah tengok citer camni, dahla karekter dia cakap cepat cepat...memang semua pelakun dia especially Lorelai, Rory,Luke,Jess cakap laju dan menyampuk pun laju2,suami aku kata tak faham...hihihi...
aku paling suka citer GG ni masa time Rory dgn Jess sedang develop love story mereka..sangat menarik,natural,kelakar,selamba,comel,menyentuh hati,gila-gila,ego.....

~suka gambar nihh~

so bila tgk beberapa clips semalam..senyum sesorang...how i miss the series...kalau bleh aku nak cari cd yg tunjuk babak diorang dua orang ni je masa bergaduh, bercinta, pisah,jumpa balik, masa control ayu + macho, masa tunjuk ego masing2...comel,selamba,kelakar..dan sebenarnya aku percaya pernah berlaku kat sapa sapa je .....time muda2 dan mentah dalam soal hati...
aku duk pilih plih mana babak yg paling aku suka..aku takleh decide cause almost all scenes are unique and hv its own soul...so its nice to know yg aku boleh download je clips scene jess and rory ni bila bila aku rasa nak tgk dan miss karekter diorang...:)))

M disease

semalam jiwa ada sikit kacau..sket je..dah tua tua ni takleh fikir lebih lebih sangat, nanti makin cepat tua...muhammad tido awal belum pukul 9pm...kakak berdua selepas ngaji dan buat kumon aku bagi diorang layan tv...aku...?? mula mula layan study, yelah seminggu dua ni asyik susah hati sebab rasa lost, baca jurnal pun cam tak ada kesudahan, konon baca sebab nak edit proposal, entah apa yg nak diedit..pun aku tak tau..tapi sebenarnya bukan tak tau, masalahnya aku yang tak benarkan diri aku tau..heh apa punya ayat daaaa...

actually aku sedang dilanda penyakit M**** yg sangat kritikal..M*** dalam semua aspek...ha kau...tu dia..aspek apakah yg dimaksudkan dalam ayat 'semua aspek' itu..??

bagi keadaan aku sekarang ni semua aspek itu meliputi:-

1- aspek aku sebagai seorang pelajar, aku Malas nak membaca/study,membuat kerja kerja ilmiah untuk membaiki/menambah ilmu pengetahuan..(waahh tulis ni pun dah rasa cam ilmiah gitu ehemm..:)

2- aspek aku sebagai emak dan wifey...aku Malas nak buat keje keje ke'ibuan' dan kerumahtanggaan ni..anak ajak sembang aku ngangguk je, husband citer2 aku iyekan aje, dapur rumah pun tak berasap..heheh..muhammad suruh cebukkan berak, aku mengeluh panjangg..kain dah basuh selonggok buat tak nampak je...aduiii...

3-aspek aku sebagai driver di jalan..aku Malas nak bagi signal kalau tukar lane, orang cut lane aku , aku malas nak hon, nampak debu kat karpet kereta, malas nak sapu/buang..

4- aspek aku sebagai manusia yg perlu makan minum, malasnya nak makan, apatah lagi masak,(wink**) makan pun malas...mandi ala kadar je asal badan rasa segar sket..takda beriya mem'berus' bagai macam biasa....

5-aspek sosial aku...malas nak bertegur sapa, cth: gi lab kat UM pun aku hai hai sorang dua, pastu sumbat telinga layan laptop...orang keliling bersembang bagai nak rak aku buat muka toye je...terserempak dgn student biasanya suka senyum, ni boleh pulak aku corner patah balik tukar jalan, sebab malas nak beri senyuman...

huuh apa lagi, pendek kata memang penyakit M sedang melanda aku dengan GIAT SEKALI sekarang, dan kerana sebahagiannya melibatkan orang lain maka ada orang yg nampaknya telah menunjukkan tanda2 TIDAK SUKA dengan penyakit aku ini....jiwa pun kacau...

aku pun frust dan tak suka dengan penyakit ni, tapi aku nak buat camane..(ni ayat org suka berdalih...lantaklah!!!) doa doalah moga moga tak berpanjangan..

kepala tengah fikir apa agaknya yg boleh jadi ubat supaya penyakit ni sembuh dan aku bertukar menjadi rajin..pls note , aku tulis "bertukar menjadi rajin" dan bukannya "KEMBALI menjadi rajin" kerana aku tau sebelum ni pun aku bukannya rajin sangat cuma ...TAK MALAS...:PP

so semalam sedang jiwa kacau, dan anak anak semua dah tidur, aku stopkan kerja study aku tu..dan mulalah menjelajah ke dunia youtube..mula mula cari video klip M.Nasir...layan lagu Mustika..fuhh bahagia...pastu teringat citer Gilmore Girls...

aku doa mohon pada Allah SWT tolonglah hapuskan penyakit M** ni...aminn

Wednesday, October 20, 2010

dapat dah

alhamdulillah, akhirnya penantian menjadi nyata..heheh..kisah beli kereta dgn ejen 'M' dah lepas dan tak di ingat dah camne bengangnya...sekarang dah dapat bendanya di depan mata..dan kerana adik pinjam kenari comel aku, maka akulah bermaharajalela menggunakannya sekarang..muahahahah..


tarikh ambik kereta, eh dah lupalah..ow ye sabtu lepas which means 16 oct 2010..sebulan sebelum birthdate ..well tu suami aku katala..aku tak ingat pun, baguslah dia ingat kannn..:P



2 hari ni struggle masuk parking..tapi oklah sebab depan belakang ada sensor so bila agak2 terlebih muncung tu tak takut sangat sebab bunyi bingit tu akan warn aku cam reverse sensor juga...


bawak dia beeest..se'best ' membayar nya..aduhh telan air liur 50 kali pun tak rasa hilang dahaga lagi..


harap suami berpuas hati ...duit simpanan dia dan duit kerja kat melbourne akhirnya dia dapat beli kereta idaman..okla kann..asal dia BAHAGIA..aku pun tummpangg bahagia hehehh..

ni gambar special utk adik noor..saja nak tau tahap ke'jeles'anmu iteeiiwwww..tunjuk bontot dulu yee..nx time ambik gambar lagi



apa apa pun, aku suka..nombor platenya cantik dan ada makna..hangus rm200 nak dapat nombor tu..what to do,sume benda nak kena ada duit..tapi duit bukan segala galanya..

nombor tak boleh tunjuk atas sebab2 keselamatan of course..


bagi aku ni memang kereta paling lawa pernah aku tengok, macam tak percaya dalam duduk kagum tengok kereta ni atas jalan, akhirnya dapat juga menjadi hal milik sementara..yelahh..dalam geran tulis "Hakmilik M**** Bank" sebab still under loan..

so kereta ni sebenarnya bukan hak kami lagi, status dia adalah = "kereta pinjam"

Sekian.