Wednesday, August 26, 2009

Happy Birthday Sofina!!!

hari ni birthday Fina yg ke 6 tahun..heheh siann dia mintak kek , tapi kat manalah nak cari kek halal kat sini, kereta pun tak ada nak meronda, tetapi..semalam mama dia dapat 'mentol' ..satu idea..buat puding roti, memandangkan roti, susu, telur ada..so pagi tadi sebelum ke uni, buatlaa..since oven tu boleh pakai..Alhamdulillah, boleh la buat berbuka malam ni..balik karang buat kuah dia je...puasa Fina baru tinggal sehari so far, Kakak Fiya puasa lengkap 4 hari.....

phd updates

semalam jumpa s/v.dia akan inform prof dari IITK, India yg terlibat dgn projek OSC ni utk inform yg ambe dah ada di sini and "ready to work", heheh..nampak cam semangat terlebih ke nihh..dia nak ambe focus on solar cell, organic and polymer..wow, dah agak dah pun..so now apa lagi..ready to READ...READ...READ..READ..READ..dia kata maybe ambe kena travel ke satu research centre dia, agak jauh juga sebab rumah ambe kat Coburg North, dia kata kena travel ke another side..train Clayton dan naik bas, berhampiran dgn Monash University...tapi apa apa pun kena confirm balik..still early,right now have to seek as much infos as possible about "EeeVERYTHING" related to this topic....

anyway, cerita tentang bilik ni, ambe ditempatkan bersama lebih 12 orang lagi postgrad students dalam satu bilik panjang, dan masing masing ada meja, PC ( flat screen besar,merasala pakai flat screen monitor,kekeh),laci berkunci dan shelf. meja masing masing semua mengadap dinding. dah berkenalan dgn student dari Malaysia ada sorang, Amin namanya, dah 5 bulan di sini, Javeet dari Bangladesh dan Khalid dari Iraq, yg ni 2 orang sama s/v dgn ambe..Khalifa, Nuura dan Aron, yg ni 3 org duduk berhampiran dgn meja ambe..in fact mereka bertiga ni yg greet ambe dulu masa mula mula masuk.Nuura dan Khalifa arabian, Aron dari Nepal. Nuura dan Aron dah hampir nak habis, masing masing sedang buat writing..ada beberapa org lagi nampak cam Korean duduk kat sebelah satu lagi.Yg buat Semicond ada sorang student master, Mark duduk sebelah meja ambe juga..nampak dia buat microchip, clean room ada kat level 9 dia kata..tapi kat sini ada induction session utk lab, meaning sesi di mana kita belajar guna equipment dulu bila dah clear baru boleh masuk guna...

Monday, August 24, 2009

phd report 2-dah dapat bilik

hari ini dah masuk bilik, kat blok 10, level 11 room 16/17, meja 15. bilik ni besar ada lebih 10 students di sini, ada nampak cam india 2-3 orang, ada arab 2-3 org, chinese ada 1-2 org. yg arab tu sorang perempuan, tak berkenalan lagi sebab dia duduk asyik sembang je dgn geng arab dia...

tapi Alhamdulillah la dah dapat tempat so boleh buat kerje, ada komputer, mesin photocopy/printer ..

weekly meeting prof mike suggest setiap selasa 2pm, tak pasti pulak esok start atau next week lupa nak tanya dia hari tu, dah email kat dia tadi..tapi yg saya tau dia memang sibuk hari ni meeting admin pagi petang...

Friday, August 21, 2009

more picass

ni lagi gambar minggu pertama di sini...

masa saya ke uni, husband ajak anak2 ke playground dekat rumah bila anak2 nampaknya dah bosan dan 'bergaduh'
ni gambar kat belakang rumah, kat sini rumah biasa ada backyard, kalau ada mainan gelongsor ke jungkang jungkit ke elok letak belakang so boleh anak2 main..anak2 ku so far main basikal bolehlah..sekarang angin kuat sangat, nampaknya pokok2 dah mula berbunga..dengar citer kenkawan kat sini belakang rumah ni memang banyak pokok buah so time spring tu ramai datang buat fruit picking kat belakang rumah ni je..waahhh bestnya..

picass ausie2

beberapa hari lepas pindah rumah kami, kami pergi ke rmit uni bersama sama.yg best rumah sewa kami dekat dgn train stesen dan dekat dgn sekolah anak..Alhamdulillah sungguh..
dari rumah jln kaki je tak jauh sangat dalam 7 minit berjalan sampai kat stesen train.naik train dari perhentian merlynston mengambil masa selama 25 minit utk sampai ke city..cam duduk shah alam jugala nak ke KL gitu...stop kat melbourne central..pun macam KL central gitu..
ni kat stesen merlynston, tunggu train datang..komuter la tu..
ada minah saleh ter interprem pulakk...
ni kat dlm komuter..
ni kat uni saya, RMIT univ..betul betul kat tengah city...husband boleh solat jumaat kat sini, sementara tunggu dia solat kami duduk kat park dia, building belakang tu salah satu building school kat RMIT ni....
nanti update gambar kat belakang rumah pulak..semula dehh

picturess ausie 1- 12/8/09

tema hari ini..rumah ku syurgaku di melbourne, ozie..
ni la rumah kami, dari airport terus ke sini, sementara tunggu zura datang ambil utk tidur di rumah dia sementara bekalan elektrik nak di aktifkan balik..
ni la saya di depan rumah, nampak ada luggage kat tepi tu...nanti zura bawak kunci dan kami simpan sebahagian di dalam rumah, bawa yg penting je ke rumah zura..
enjoy the picass..

en yusdi nak juga gambar dia gosok gigi dirakamkan..heheh..kami duduk rumah zura semalaman je, hari rabu malam lepas maghrib dan makan husband zura datang hantar ke rumah kami..terima kasih banyak banyak pada zura dan family..

Thursday, August 20, 2009

ramadhan menjelma ..

kepada semua family di malaysia, abah, ummi dan adik beradikku semua...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERIBADAH KEPADA ALLAH ..SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT DARI BULAN RAMADHAN TAHUN INI..

kat sini so far maghrib around pukul 6pm so berbuka awal sikit la, winter lagi tapi dah agak tak berapa sejuk kata kenkawan yg dah lama di sini, tetapi ikutkan saya dan family still sejjuuukk..

anyway harap okayla puasa time winter, tapi bila sejuk ni cepat lapar pulak. melbourne ni pulak memang unpredictable, kejap panas, pastu hujan berangin..cam hari ni pagi tadi dah hujan dan windy..sejukk sampai ke tulang rasanya..

Wednesday, August 19, 2009

phd news-1

tadi kul sebelas, jumpa supervissor, prof mike, minta dia sign borang utk bilik,komputer, perancangan study utk tahun pertama, etc..

dia pun macam blurr je, saya ni apatah lagi hehehe..last dia tanya ada apa-apa saya nak suggest dari journals yg dia send dulu, alamak kantoii, memang dah baca tapi satu benda pun tak masuk kepala..saya janji dengan dia dalam masa seminggu dua ni cuba cari apa apa idea dari journals tu..

laurie dah bagi bilik tadi, ambil kunci dgn peter, masuk masuk semua lelaki, wow,hehe..tapi kat desk 15 yg laurie allocate utk saya tu banyaak barang, dgn radio dgn journals..so saya gi balik level 8 inform laurie..dia akan check..hopefully dapat settle kan dalam minggu ni, nak baca journals pulak ni..isk isk.bilik pun cam terhad, kalau dapat tempat tu syukurla, tak apala dulu kat mana mana pun.

Wednesday, August 12, 2009

i am here..!!! ausie news - introd

Alhamdulillah selamat sampai di melbourne..update later..banyak sangat bende kena buat...

Saturday, August 8, 2009

countdown ausie 4 - luggage

barang barang sume dah selamat ada di rumah col, tu pun cam kena check balik, adakah menepati piawaian berat yg dibenarkan..20kg/perso, so maxima me and family ada 100kg..banyak tu, tapi bila dah siap beg beg sume..timbang pakai penimbang badan tu, terlebih almost 3 kg..= 103kg.alamk, 1kg extra, charge is about rm80..ehh tak sanggup nak derma kat MAS sebegitu rupa..so sampai rumah col malam ni kena sort and check balik sume luggage...some picass of the check-in luggage :-



i got 2 largest bags, 2 medium and 1 smallest for check-in luggage...


and hand luggage..galas sorang satu, kat dalam ni ada baju sejuk masing2..:-
harap sume kay bila check kat imegresen nanti...ausiee here we come...!!!

countdown ausie 3- 2 days to go

ahah, akhirnya 2 hari lagi tinggal, hari ni kemas -kemas di rumah ummi, untuk siap-siap ke rumah col petang ni, flight pukul 9.05pm, so pukul 6 lebih akan ke airport, sebelum maghrib check-in dan masuk ke ruang menunggu pada pukul 8pm.....

dup dup rasa jantung, berdebor huiihh, tok sah kata la, camane la bila sampai kat ausie nanti....harap sumenya dipermudahkan oleh Allah Swt...

syok duduk kampung almost 11 days...even though there were somethings not too precious to me to keep had happened..what i rather think of as the " negative auras" have exist for about 2 days at kampung(only me and hubb knows..BS,bla,bla..) but i really don wanna take it seriously, sometimes its really not making any sense, so just let it be and let it go...as long i am happy and also my husband and kids happy..no point to think too wide, i have to save my brain for my phd though, kekekeh...

Wednesday, August 5, 2009

countdown ausie 2- 5 more days!!

dah tak lama dah nak fly ke ausie, aku rasa semua dah settle, accept aku tak ada baju 'smart' nak pakai,isk,isk... ingat nak reward diri sendiri beli baju yg 'smart' sket (u know what i mean), lawa sket nampak cam 'class' sket la kata org tganu...tak ada..semalam gi the store kat bandar tganu nihh..alamak no choice at all, tapi nak reward myself punya pasal, aku beli juga sehelai..tengok ah nanti aku pakai time fly..baju biasa je tapi BARUU..ok la tieww..

anak anak dah injek vaccine influenza kat klinik noraen ka permint jaya chendering...husband and fina dulu, aku and muhd second, fiya..?? laaassstt sekali, terperosok celah dinding bilik doktor, TAKNAK, TAKNAK, TAKNAK!!! haihh cam nak runtuh dinding bilik doktor ni, sib baik doc nya wanita , understanding..pujuk elok elok, abahnya ugut nak tinggal baru la nakk.. at last, fuuhh lega..

anyway ni cuma satu jalan usaha, doa dan tawakkal lepas ini, sebab kat malaysia pun dah banyak kes, meninggal pun dah hampir 10 orang..aku mohon pada Allah lindungilah aku dan family ku..suspend suspend..tolong doakan kami yee..TQ,TQ

makanan?? sume yg di citak-citakan dah dapat, aku pun sesi membina badan masih lagi berjalan, heheh..control control nanti nak jalan laju je mengah.

akan jumpa en amer, bekas penyewa rumah yg akan aku sewa kat ausie pada hari ahad ni masa sampai kat rumah col, agent rumah pun kata okay bayar bila sampai sana..Alhamdulillah, Allah dah mudahkan urusan aku dan family dalam bab bab rumah ni..ada lagi aku tengok dalam email VMPG, yg nak sampai melbourne next week dan weeks berikutnya, baru nak tanya tanya rumah...memang rezeki aku betul la ni..

tak sabar rasanya...berdebar pun ada...anyway senang cerita, what ever it is..reedaahhh aje la!!