Wednesday, February 27, 2013

Berbahagialah dengan anak perempuan

Minggu lepas, minggu bersantai santai kerana kena masuk hospital, demam denggi, bosannya hanya Allah yang tau, dengan salur air di tangan kiri, badan terhoyong hayang, 2 hari pertama ok lah Alhamdulillah dapat masa rehat yang 'lebih dari cukup'..dalam masa ber'santai' ini tv lah jadi tempat menghilangkan bosan .tv9 pada hari jumaat lepas menayangkan ustazah norhafizah dalam rancangan 'tanyalah ustazah' membawa tajuk "Mendidik Anak Perempuan"

pengisian yang sangat padat, kerana ustazah telah menerangkan betapa Islam telah menaikkan martabat anak perempuan yang sebelumnya di pandang hina oleh kaum jahiliyah...bila dapat anak perempuan, kaum bapa akan marah marah dan mula menggali gali tanah untuk menanam anak perempuan mereka hidup hidup..bagi mereka anak perempuan simbol kehinaan kerana bagi mereka perempuan hanya gunanya untuk memuaskan nafsu dan tidak ada guna untuk pembangunan dan perniagaan mereka...alangkahh jahilnya orang jahiliyah ini..well thats why they're called jahilliyah daaaaaa...

Rasulullah (SAW) kita telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam memuliakan anak perempuan..antara hadis baginda (SAW) yang popular, ..lebih kurang penyataannya adalah begini:-

"Sesiapa yang mendidik 3 anak perempuan dengan baik, maka mereka denganku adalah seperti ini di syurga.."(sambil merapatkan jari telunjuk dan jari tengah baginda)..menunjukkan para bapa/ibu yang menjaga dan mendidik anak perempuan dengan baik mengikut landasan syariah islam yang betul akan sangat rapat dengan baginda SAW di syurga nanti!!!!!..sehinggakan diriwayatkan ada sahabat yang bertanya, kalau 2 orang ya Rasulullah..? , baginda menjawab.."Ye seperti ini juga...ada pula yang bertanya, "jika seorang ya Rasulullah..?"..dan baginda juga memberikan jawapan yang sama.

Selain dari itu, sahabat juga meriwayatkan baginda ada juga bersabda tentang apabila menggembirakan hati anak perempuan (bukan hanya menggembirakan anak tetapi memang ditekankan menggembirakan anak PEREMPUAN).., maka Allah SWT akan memberikan rahmat dan keberkatan kepada ibubapa anak perempuan tersebut..masyaAllah Tabarakallah..betapa pemurahnya Allah SWT..

Baginda sendiri mempunyai 4 orang anak perempuan yang sangat baginda sayangi dan salah seorang darinya menjadi penghulu kaum wanita di syurga nanti...jadi kita perlu cuba untuk mendidik anak perempuan kita dengan baik dan penuh kasih sayang, bukankah itu  mengikut sunnah baginda, dan sesiapa yang mengikut sunnah baginda, balasannya adalah syurga bersama baginda SAW...(meremang bulu roma bila mendengar ustazah norhafizah menekan kan perkara ini)..

semasa ini terfikir pula...Ya Allah, betapa hikmahnya yang Kau beri dengan demam denggi ku ni, aku dapat muhasabah diri dengan MU tentang bagaimana aku melayan anak anak perempuanku..ini mungkin petunjuk dari Allah SWT, teguran dari Allah SWT supaya aku lebih peka dengan anak anak perempuanku..Ya Allah terimakasih Ya Allah terimakasih..

aku akui aku masih lemah, kadang kadang tewas dengan emosi amarah, aku biarkan amarah aku menang dan anak anak ini lah menjadi mangsa, dengan alasan mereka tidak mendengar kata, tidak mengikut arahan, tidak mendapat seperti yang aku harapkan, sedangkan anak anak ini adalah aset untuk kita ibu bapa meraih cinta dan rahmat Allah SWT,....

sebenarnya untuk mendapat sesuatu yang baik bukan mudah, apatah lagi cinta kasih dan rahmat Allah SWT, cinta yang paling agung...ada harga yang perlu di bayar , ada dugaan yang perlu di atasi..dugaan seperti kerenah, perangai, anak anak perempuan ini perlu kita tangani dengan lembut dan bijaksana..fuhh sesuatu yang senang di kata di mulut tetapi bukan senang di laksanakan..( i am facing it noww, and it is just endless!!)..tetapi dengan kesedaran bahawa anak anak perempuan ini sebagai tiket untuk meraih cinta agung, inshaa Allah dugaan dan cabaran ini akan cuba di tangani dengan sabar dan tenang...

perkara ini aku perlu jadikan peringatan setiap kali berhadapan dengan anak anak perempuan, lihatlah wajah wajah comel mereka ini dan berkatalah di dalam hati .." inilah saham dan tiket ku untuk mendekatkan ku pada Allah SWT.." semoga peringatan itu dapat menyejukkan hati dan menenangkan jiwa ketika diuji dengan perangai dan kerenah mereka ini..aku akan cuba, mohon pada Allah SWT untuk berikan aku kekuatan untuk melawan emosi marahku dan menukarnya pada kasih sayang ...

yelah seperti yang kita tau juga, perempuan terkenal dengan 1 akal dan 9 emosi ( terimakasih kepada ustazah norhaslina yang memberi idea untuk menukarkan istilah 1akal 9 nafsu kepada 1 akal 9 emosi untuk perempuan dan 9 akal dan 1 emosi untuk lelaki...bunyinya lebih realistik dan lebih tepat rasanya)

ye 1 akal dan 9 emosi..dan bayangkan anak anak perempuan yang memilikinya dengan 9 emosi yang berbagai bagai ini..huih..rasanya memang agak berat untuk di tangani jika emosinya bercampur baur dalam masa yang sama...tetapi kita cuba kuatkan semangat dan siapkan diri untuk menghadapinya. Corak perangainya dari rajuknya, kehendaknya, semangat bersaingnya, lagilah kalau ada dua orang yang hampir sebaya...bila seorang lebih, seorang lagi terasa kekurangan, aduii mau pening kepala di buatnya...memang ujiannya agak berat, tak tau sama ada mamanya akan dapat A+ atau tidak hehe :)..tetapi mamanya akan berusaha ke arah itu...

Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Pengampun, tidak melihat pada hasilnya, tapi melihat pada usaha yang kita buat..jadi berusahalah dahulu...cuba kuatkan semangat berusaha untuk menjadi ibubapa yang lebih baik untuk anak anak perempuan..semoga Allah SWT menerima usaha kita ini sebagai satu ibadat kerana Nya...

Tugas ibubapa ni bukannya senang, kalau betul betul di hayati maunya tak tidur malam dibuatnya..tetapi itu semua bukan alasan untuk berpaling dari tanggungjawab, Allah SWT telah menganugerahkan kita dengan anak perempuan untuk apa? kenapa? mesti ada sebab dan hikmahnya, moga moga dengan anak perempuan yang di anugerahkan ini memberi alamat/gambaran bahawa Allah SWT sayangkan kita, sebagai tanda Allah mahu berikan kita tiket freenya untk mendapat cinta dan rahmatNya...bersyukurlah, didiklah mereka ke jalan Allah dengan sempurna dan gembirakanlah hati anak anak perempuan kita yang comel ini kerana ianya umpama petunjuk bahawa kita ini insan terpilih dengan anak perempuan sebagai tiket/kunci membuka pintu pintu rahmat dan cinta Allah SWT yang tidak bertepi...in shaa Allah..


Saturday, February 16, 2013

noor-explanation- ditulis pd 16/7/2010 baru di publish kan

....entri terbaru tu agak menakutkan kata noor...bila baca balik, rasanya agak jelas juga maksud entry aku tu.boleh la agak agak apa kan...tapi baik aku explain sket lahh..


aku merantau dengan satu semangat untuk menambah ilmu di dada dan juga menimba pengalaman baru, aku pun nak family sama sama dapat merasa pengalaman baru..memang semua excited, happy...beberapa hari sampai, aku dah rasa semacam, selalu sakit dada, bila tahan sejuk, kepala aku sakit macam migraine gitu..well aku tak ambik kisah sangat mulanya..perubahan cuaca, kejutan cuaca..okaylah buat dekk je..so pain killer, panadol jadi teman setia..yang aku perasan, memang aku tak boleh tidur lena..at least kalau dapat lena 2 jam tu memang syukur sangat..yg biasa berlaku aku asyik terkejut terkejut...


kekadang bila di school aku hanya tidur di depan pc, tak tahan sakit kepala..tapi aku gagahkan disiplin diri setiap hari mesti ke uni..buat keje ke tak buat ke..kena ngadap meja aku juga...untuk 4-5 bulan bila winter dah makin hilang,especially summer, Alhamdulillah aku lebih segar dan lebih produktif dalam studi aku dan dapat jalan2 juga..seronok..lupa sekejap hal health aku yg tak stabil ni..


biasanya setiap minggu hanya weekend aku betul betul sihat sebab berehat kat rumah je, sambil urus family je...dan bila ngantuk boleh lelap mata...kalau weekdays, almost 3/5 days aku akan rasa benda2 ni-sakit dada, sakit kepala on and off...repeatedly..


(berenti jap la nak tidur, kepala sakit pulak tiba2...cam biasa..sambung nanti..)


bersambung....

apa yang berlaku baisanya, bila balik rumah aku tak selera makan, terus tergolek dan harapkan husband tolong picit kepala, anak tolong picit kaki, urut belakang...keje studi pula makin banyak, yelah..bila projek dah boleh dichannelkan maka aku perlu proceed ke level seterusnya..lab work..so bertambah benda perlu di baca, di kaji, dipelajari...dada makin sesak, family pun kekadang aku rasa makin jauh dari aku, asyik asyik aku balik terlentang tak boleh buat apa..bila makan pun tak mau..family pun susah hati, lagilah bila malam berjaga studi la kononnya nak cover benda2 yg tak ter'cover' masa kat uni..dah tak cukup tidur pulak..so aku rasa makin teruk...


bila winter datang balik, semua masalah health aku cam tadi aku sebut bertambah tambah ketara, masa summer bukan tak kena semua tu tapi kurang sketla..bila sejuk2 ni aku cam tak stabil..dulu beberapa tahun lepas memang aku ada masalah paru2, batuk tak baik2 kesan dari jangkitan kulat kat ofis aku, hampir2 disyaki TB...tapi dah clear sume tu, dan medical check-up before datang sini pun clear...tapi siapalah aku kan..hanya manusia biasa...maybe memang paru2 aku lemah kesan dari sakit dulu tu, so bila sejuk2 paru2 aku ni pun 'teringat kisah lamala'..


aku dah cuba sedaya upaya bertahan, cuba lupa sakit dan ceria2 kan diri, malas layan sangat...cuba kuatkan diri..


sampai aku balik mesia baru2 ni seronok, badan pun rasa cam dapat energy baru, aku rasakan maybe sebab aku rindukan mesia sgt2, esp rindukan ummi dan abah, siblings, rindukan foods and kawan2 kat mesia..so aku fikir okey, ini petanda yg baik, aku dapat semangat baru utk studi bila balik sini..


tapi, bila balik sini kebetulan sedang winter...badan aku divert fuuuhhh..180degree...terus rasa down, sesak dada dan kepala ni, hanya Allah yg tahu macamana...family aku dah susah hati..aku cuba ke uni, macam biasalah nak cuba lupa sakit bila sibuk2 studi tu kan..tapi aku kalah..aku kalah betul kali ni..badan aku melawan, sakit kepala makin teruk, nafas mengah mengah sukar bernafas dan triggernya adalah aku muntah dan muntah dan muntah beberapa hari, muntah ni maybe sebab aku tak selera makan, so angin masuk perut...pergi klinik, apa yg dr cakap u tak cukup rehat, bila cakap i tak tahan coldness.well bukak heater la cause its winter heheh...dr ni mesti rasa aku buat lawak kan..ending with bagi pain killer & paracetamol..aduhh..ni berlambak kat rumah aku adik aku dah bekalkan...


so bila melepek,muntah, aku rehatla kat rumah tak gi uni berhari hari..dalam masa ni la aku macam dapat kesedaran baru..ni ke yang aku nak sebenarnya???aku tanya banyak2 kali...tengok muka family aku yang aku heret bersama sama ni...ni bukan senario yg aku nak bila merantau...aku melepek lemah gemalai, malam tak boleh tidur, husband dlm senyum2 pun aku tau dia susah hati..anak2 pun dah tengok aku semacam..yelah bila sakit aku jadi cepat marah, nak marah husband takuuttt..(heheh..)..so anak2 jadi mangsa...


kesian..aku kesiankan family aku..dan yg penting husband aku kata aku kena kesiankan diri aku..aku gi uni dan luahkan hal aku pada supervisor aku...dia memang understanding sangat siap offer nak co-supervised aku dari mesia kalau aku nak proceed...dan balik dari uni tu aku buat brainstorming diri sendiri...aku tanya diri sendiri banyak soalan2...aku cuba kesian kan diri aku sendiri..dan akhirnya aku buat kesimpulan dan keputusan...dan apa yg mengejutkan aku, keputusan aku buat tu menyebabkan dada aku terasa lapangg sangatt...sesak dada lagi tapi lapang, bahu tak terasa berat..dan hati aku rasa lebih tenang...mungkin inilah jalannya..dengan istikharah, solat hajat, mengaji..Alhamdulillah aku akan tetap dengan keputusan aku ni....


masa tulis ni dada sakit sikit tapi oklaa sebab kepala clear..so aku boleh ber 'fb' dan ber'blog' sebab dah bosan sangat, seronok juga dpt juga kawan2 lama dlm fb terhibur hati tak la rasa down & depress sangat..husband tak bagi aku buat keje sgt..so melepak je aku sementara menunggu result dari uni aku kat mesia...


so noor ni la benda yg jadi...heran kan sebab nampak kaktie okay je..well i am quite talented in not showing my true feelings since i was a child i guess, but this is the final line of my acting...i have to be honest to myself and not forcing myself anymore...i have to be fair to myself, tak boleh fikir orang sangat, tak payah fikir apa orang kata, tak payah fikir harapan orang sangat kalau hasilnya menyeksa diri sendiri...sebab orang pun tak boleh nak tolong kita dan faham sangat keadaan kita..


aku mesti utamakan aku dan orang yg rapat dgn aku sekarang iaitu family aku..kalau apa yg aku buat memuaskan hati orang luar tapi menyebabkan family aku memendam rasa dan yang utamanya merosakkan diri aku secara senyap2...aku tak sanggup buat camtu...memang tak nak jadi camtu...


and i am sure .....no regret at all


p/s: dah lama nak masukkan entri ni, tapi hari ni aku nekad

Ni untuk Abah

Semalam 15 Feb 2013 genap setahun arwah abah meninggalkan kami...plannya kakak nak buat majlis tahlil tapi terpaksa postponed kerana hal hal tertentu..tunda ke minggu depan . tak apalah..majlis tahlil yang di buat  bersama jemaah surau memang bagus, lepas habis tahlil jamu makan sebagai tanda terimakasih dan mudah mudahan pahala menjamu saudara seislam makan ni dapat dikirimkan pada roh abah sebagai hadiah dari anak anak di dunia sementara ini..tahlil sendiri pun ok juga kalau mampu boleh buat hari hari ..mudah mudahan dapatlah kiriman hadiah ini pada abah hari demi hari...

seperti yg pernah diceritakan kalau tak silap oleh kalangan sahabat sofihussolehin di mana seorang lelaki ini berada di kubur dalam keadaan terang benderang cahaya dan sejuk kuburnya..lelaki ini juga sangat tenang dan berbahagia di alam kuburnya..sehinggalah suatu masa kuburnya gelap gulita dan gelisah melanda, apabila ditanyakan, dia berkata " aku sudah tidak menerima hadiah lagi dari anakku kerana dia telah meninggal dunia"..rupa rupanya selama ini dia tidak putus putus menerima hadiah pahala yg diwakilkan oleh anaknya untuk dirinya sehingga mengalir ke alam barzakh dan dinikmati oleh rohnya. Setelah anak yang baik hati dan soleh ini meninggal maka terputuslah sudah segala nikmat kubur yg di nikmatinya..

setiap kali selepas solat al fatihah akan disedekahkan khusus untuk arwah abah, sebelum mula mengaji quran niatkan pahala untuk arwah abah, kalau sedang 'bercuti' tak dapat solat dan mengaji, tak apa, sedekah jariah, berbuat baik pada orang sekeliling dan niat pahalanya untuk arwah abah..kalau boleh buat orang gembira sedekahkan pahala gembirakan orang itu untuk arwah abah ..memang setiap hari tak pernah terlupakan abah, dia sentiasa di dalam doa dan di hati..

setiap kali malas melanda untuk menyiapkan kerja kerja phd, macam terdengar dengar suara abah berpesan sehari sebelum dia meninggal' " molek lah ti ..perabih la belajo tu jangang biar sekerat jalang.".( meremang bulu roma dan bergenang air mata masa taip ni) ..sebab memang masih terbayang dia duduk di sofa depan pintu rumah ( tempat favorite abah untuk berehat) sambil mencungkil cungkil gigi (tabiat biasa abah bila selepas makan)..sambil berpesan menganggukkan kepalanya..petang tu ada beli nasi goreng untuk anak anak, abah berkata " kedai ti beli tu masok dok daging meroh?"..aku jawab : " ada, aboh nok, ti gi beli jap?"..abah: " dakpelah esok lahh, nok maghrib doh ni.."..memang dah plan esok balik awal sikit terus gi kedai yg satu lagi ( kedai ni masak daging merah lagi sedap)...

rupa rupanya bila esok menjelma, dalam betul betul sebelum azan subuh, kalau kat kampung tu orang kata masa orang teghohing..umi mengetuk bilik memberitahu abah jatuh...

aku terus bangun kejutkan abang, menerpa ke bilik, nampak abah di atas lantai mengiring mengadap katil.aku cepat cepat peluk abah, panggil abah "Abah!, Abah!..Dengor dok ti panggil..??"..abah mengangguk ngangguk kepala, mata terpejam rapat, mulut sedikit ternganga..masa tu aku rasa dalam hati oooo ok takpe abah ok ni, abah penat je kot (yelah abah bukannya tidur lena sangat sebab sakit dalamannya tu )..aku panggil lagi " Abah!, ti angkat abah ye..??" abah angguk angguk lemah lagi..hati aku lega masa tu..aku fikir ooo abah ok ni, dia dengar aku cakap.bila aku pusing, aku minta abang angkat kan memandangkan abah agak berat juga masa tu. Abang angkat ke ribanya. kami tak putus putus memanggil namanya dan menyebut nama Allah Allah Allah berulang kali dengan harapan abah mendengar. Aku memanggil manggil sambil cuba merasa nadi di leher dan lengan, abang dan umi pun menggosok gosok abah sambil mengucapkan Allah Allah Allah..mata abah terpejam rapat. mulutnya sedikit ternganga, masa ini aku masih dapat rasa nadinya di leher sangat laju..aku cuba kejutkan abah, ingat kan dia tertidur sambil menggoyang goyang bahunya, "Abah, Abah.."..tiba tiba abah menjerit aahh aahh dua kali sambil tangannya terangkat angkat, namun matanya masih pejam rapat..masa ini aku berfikir abah mengigau kot...aku dan umi pun membaca ayat quran dan berbisik pada abah Allah Allah Allah..abang mula bertanya.."guane ni nok angkat naik katil dok"..aku cakap nanti lu, takut abah sakit, terseliuh kat mana mana..so aku suggest call panggil ambulan, dan jiran jiran, sebab masa ni dah nak solat subuh..abang meminta aku meriba abah sebab dia nak call dan panggilkan jiran. masa abah di riba aku, aku memanggil lagi namanya sambil memeluk abah erat seperti bayi..sambil berbisik Allah Allah..umi dan aku masih cuba memeriksa nadi di tangan, dada dan leher tapi ketika itu aku dah tak dapat rasa denyutannya..

azan subuh berkumandang semasa abah di ribaan, dengan harapan abah masih bernyawa dan mendengar suara azan subuh itu ( azan memang kuat sebab surau cuma di belakang rumah)..sehabis azan kami menunggu, jiran di depan rumah pun datang dan cuba memeriksa namun mereka tak berani nak beri kata putus suruh kami tunggu ambulan, mereka ke surau dengan janji akan segera datang ke rumah aku usai solat subuh jemaah di surau..aku letakkan bantal di kepala abah dan selimutkan abah, sebab masa tu abah cuma pakai kemeja dan bertuala sebab dia nak ke tandas..memang amalannya bangun sebelum azan subuh..anak kecik aku menangis pula terkejut tidur, aku kejutkan semua anak anak dan minta mereka bangun mandi dan solat..abang dan umi juga solat sementara aku menunggu abah..masa ini lah ambulan sampai terus datang ke atas, dan bila mereka memeriksa dengan alat mereka selepas beberapa kali letak di ibu jari kaki kiri kaki kanan ulang lagi tangan dan kaki, " Kak, dah tak ada nadi ni kak".."minta maaf kak saya rasa pakcik dah tak ada ni kak.." ..abah dah tak ada. aku yang duduk di kepala abah ketika itu terus tersandar di dinding, setitik airmata pun tak keluar, belum keluar..aku macam ambik masa nak digest ayat tu..abah dah tak ada??? abah dah tak ada..ye abah dah tak ada...abang dan umi selesai solat, bila abang tengok aku termenung cepat cepat dia suruh aku solat subuh..kedengaran di bawah ramai suara jiran jiran memberi salam , selepas solat subuh di surau terus masing masing kerumah aku, ada yang dah tau ada yang nak tau sebab nampak ada ambulan di depan rumah..

bila selesai solat..aku masuk ke bilik ku dengan telefon dan mula mendail nombor adik beradik, anak anak abah ..memeberitahu utk datang..yg bongsu dari terengganu, dari KL, dari Banting...

Alhamdulillah urusan jenazah abah sangat mudah dan berjalan lancar, abah pun nampak tenang, anak anak semua ada di sisi jenazah dan turut sama memandikan jenazah..aku nampak abah tenang..ye tenanglah abah selepas segala derita sakit yang abah hadapi bertahun tahun, dalam keadaan kesihatan begitu pun abah berupaya menghafal surah surah penting Al Quran( Al Sajdah, Al-Mulk, etc) menjadi bacaannya sehari hari amalannya sehari hari, terngiang ngiang di telinga sepanjang 2 bulan terakhir hayat abah ..semoga tenanglah abah.. ini masa abah berehat abah..rehatlah abah..

segala ilmu yang ti ada yang ti boleh ajarkan untuk anak anak ti,pelajar pelajar ti, inshaa Allah ti niatkan agar pahala yang diperolehi di hadiahkan pada abah kerana abah menyumbang banyak sehingga ti berada di tempat ti sekarang ni, sedikit sebanyak segala marah, larangan, tegahan, kongkongan dan teguran abah yang didengar dari kecik sehingga ke akhir hayat abah yang telah menjadikan ti 'orang' seperti sekarang ni..ti akan cuba menjadi seorang yang baik, solehah ...ti akan cuba perbanyakkan perbuatan baik walaupun sekecil zarah pada orang sekeliling ti, pertingkatkan amalan yang baik baik kerana ti percaya apa yang seorang anak buat di dunia, ada bahagiannya untuk ibu bapa yg meninggal dunia, samada baik atau buruk kerana anak itu ibarat kain putih, ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya ....inshaaAllah

semoga abah tenang ..Al Fatihah sentiasa untuk abah..selagi ti masih hidup..inshaa Allah..