Sunday, December 27, 2009

cuti panjang christmas to new year

haii,bayangkan hidup di sini tanpa boleh ke tempat yg rutin/wajib pergi in daily, anak anak ke sekolah, mamanya pun ke 'sekolah' seperti biasa. hasilnya adalah SANGAT BOSANN..okay!cuti dari 24dis 2009 hingga 4 januari 2010..berapa hari tu..12 HARII!!..haaa..kami tak tau cuti panjang camni..

kalau tau, baik balik malaysia, ada juga faedahnya. boleh jenguk abah yang sedang tak sihat, boleh ziarah keluarga, boleh ziarah tempat tempat makan yg SANGAT dirindui, boleh jumpa kawan kawan, boleh..macam macam bolehh..rugi rugi.

tapi tak apa la, baru empat bulan kat sini, dah sibuk nak balik malaysia, ada kawan yang dah setahun lebih, dua tahun pun tak balik..kumpul duit kot, tapi tidak bagi kami, heheh, kumpul duit, kumpul la setakat yg mampu, tapi balik malaysia, kalau boleh nak jadikan agenda setiap tahun...

so far aktiviti kami, melepak di rumah, jalan jalan ke sydney road, kmart, dan oh ye, sehari sebelum krismas, 24 dis kami ke DFO, Direct Factory Outlet, saja nak kenal tempat shopping famaous kat melbourne ni..kat melbourne ada tiga branch, essendon, south wharf dan ..apa entah satu lagi lupa..kami ke DFO essendon, dekat je dengan rumah dalam 10 minit perjalanan.




kawan kata, barang murah sket kalau sale, macam2 la lebih 700 brands rasanya dari men's,women's,children's ware, kitchen ware, wow...dan ramai yg dah tau kat sini pinggan mangkuk Corell pun harganya lebih murah dan worth it to buy bawak balik malaysia..

so kami pun ke sana utk melihat lihat..



ni kat depan outlet Puma seperti biasa before krismas sale sale sale, ramaii orangg..

tengokla aktiviti anak anakku tunggang terbalik kat atas sofa itu..

tapi sebenarnya lepas krismas iaitu 26dis lagi la sales gila gila, diorang panggil hari tu Boxing day, kenapa namanya begitu, entahla, maybe nak bergelut kat dalm shopping mall kot, sebab sales lagi dahsyat dari sebelum krismas dan ada outlet/mall dibuka dari pagi seawal 5 pagi dan tutup tengah malam! pengabis stok punya pasal.

tapi semalam kami tak pegi tunggu pagi pagi pun kat mana mana mall,(gila!! cam banyak duit sgt nak buat cam tu) lepak kat rumah je, petang barula berjalan jalan ke kmart dan on the way back makan kat kedai seafood kat sydney road.

antara aktiviti kami di hari BOXING DAY adalah:


mama 'BOXING' memasak daging dengdeng..


muhammad 'BOXING' main kat dapur, teman mama, main apa?? ehem ehem cam main spy spy gitu, ada pistol phone, map....hemm


abah 'BOXING' menolong fiya dan fina buat latihan 'BOXING' SCORE-A kat pc..

JUGA.. ada seseorang yg susah hati/panik kerana tak dapat manage time properly time cuti panjang cam ni telah bertekad utk mengasingkan diri dan bertapa/'BOXING' bersama..

JOURNALS....

tapi tak lama pun, just a start kerana nak seru 'en ma-mood' agar datangla kamu, kerana diriku sangat risau kan otak yg berkarat ini akan terus tebal karatnya jika ku tidak mem'polish'nya hari hari, help help...

sekian BOXING DAY kami...

untuk hari cuti seterusnya...liputannya coming soon Insya Allah..

Sunday, December 20, 2009

latest novel read

i was just finish reading this novel..NO WINGS TO FLY..by Jess Foley

fuhh what a story, i cried while reading the ending..yes its a sad ending story, a very tragic about one young woman who faced unfortunates fate in her life over and over again, until at last, when the flu disease took her son's life, she gave-up her strong spirit and died at last without knowing that the man she loved was coming for her..(ohh i shouldn't tell the ending part, in case somebody want to read the book, it won't be thrilling anymore..sorry)

i just couldn't help myself..its been soo longg, since i cry while reading a novel and this novel really caught my emotional feeling, badly..like watching hindustan films or any sad movies..



she was a strong young woman who could faced anything , her brother suicidal, the cruelness of her stepmother, the disgusting behaviour of her employer who raped her, then she delivered her son who had been taken away for adoption.

she managed to meet her son, as a home-school teacher, she met her son again after 4 years, but then everything changed, the flu took her son's life and she just didn't fight when she caught the disease from her son, she had giving-up, didn't fight at all, and she died on the day, her first love came to meet her to ask for her hand of marriage...

a very sad yet nice story,i felt like watching a movie and i bet it will be hit if someone make a film of it..

fruit picking at...

This is a story of our weekend activities, yes fruit picking at our backyard!!

There are cherry plum, pear and some other trees which couldnot be named by us even though we are the people who live here now, wait until we invite our friends here who use to come at this house last years for fruit picking. They know better about what kind of fruits produced by all the trees at our backyard.

This is the picture of one of the nearest tree taken from the room at the back of the house someday around august 2009, the time we just arrived here at melbourne.It was winter at the time:-



Now,its summer, and this is the same tree, well actually also all other trees, the fruits are all over them, its all reaady to eat..!!



so what else to do this weekend, my husband did some check-up and ask the children to joint him for the fruit picking processes..they really help him out on that though..

seing is believing!!








what an experience..they really enjoy themselves..that's important!!

well the weather is not really hot YET..its getting there..the night is shorter, the day is longer..

solat subuh is around 4am started, maghrib is around 8.40pm and isyak is around 10.15pm..this is also another new experience for us.

hopefully we can face the real summer in full patience, cause according to friends here, its going to be hotter than last year, when the heat wave occured, maybe the temperature might reach until 45oC to 47oC, masyaAllah..help us Allah to be strong and do protect us in this kind of heat..amiin.

Thursday, December 17, 2009

sempena Maal Hijrah 1431- The Progress Report Of....

Dah genap 4 bulan di sini, mula mula mencecahkan kaki di bumi melbourne adalah pada 11 ogos 2009.hari ni 17 disember 2009.

elok juga rasanya direkodkan beberapa progress kami di sini utk kenangan kemudian hari:-

lagi pun kan dah maal hijrah 1431, Alhamdulillah..so rekod ini sempena tahun baru maal hijrah 1431 kami di melbourne

Progress yang baik:-

1- Berjaya dapat grant yg Prof Mike sibuk sibuk kan last 3 weeks, so bermulalah plan kerja yg mungkin akan start lepas cuti tahun baru

2- Husband dah dapat kerja sambilan,building cleaner start malam 9pm to 12 am

3- Muhammad berjaya di'toilet-trained' kan, pakai pampers malam aje.

4- English speaking fiya and Fina makin lancar dan memang mereka enjooyy sangat sekolah, even though sekarang dah start cuti until feb 2010

5- Cuaca sejuk makin kurang,fuhh lega..suppose to be summer tapi melbourne ni entahla, hari ni hujan seharian..esok sejuk lagi, januarila dengar kata kenkawan baru betul2 summer..ha nanti kang tak tahan panass pulakk, (byk cekadak le tu..)

6- pokok buah belakang rumah makin lebat/banyak buah dan nampaknya akan masak ranum by the next 2-3 weeks..ikut tenant lama, panggil ramai2 geng malaysian kat sini datang fruit-picking..

7- dah rasa selesa sikit (sikit je) tinggal kat sini..nak prabis 3 thun aduii mak, camnoo ni, harap dapatlah settlekan phd ni cepat..

Progress yang agak kureengg menarik:-

1- dah hampir 6 bulan in this program, masih lagi dalam proses 'reading' tak dapat narrow down research topic...harap2 nya datangla 'ilham' dalam sebulan dua ni,Prof Mike tolongla dakuu..dahla cuti panjang 2 weeks until 4th jan 2010

2- makin rindu nak balik malaysia, miss families, rumah, foods...grrrr

3- kulit badan kami sume makin kering dan keluar kaler hitam hitam..puas sapu losyen, dah la tak suka ber'losyen2,nanti summer lagi la kering..

apa lagi ekk..takda la buat sementara waktu, ni je boleh fikir..

ambil berkat maal hijrah,azam mesti ada..campur dengan yg asyik di'bring forward'kan dan kena 'renew' dan juga campur list baru..

apa azamnya..Biarlaa Rahsiaaa

banyak kan berusaha dan berdoa, InsyaAllah azam kita akan tercapai, tiada orang lain yg boleh bantu kita kecuali kita sendiri dan sudah tentu dengan ketentuanNya juga.

Thursday, December 10, 2009

kerja part-time


Hari ni Alhamdulillah hari pertama husband masuk kerja, kerja apa kah itu?? kerja yang paling penting walau di mana anda berada..heheh...cleaner office.

ada seorang sahabat kat sini shahril namanya tolong carikan, kebetulan dia nak balik malysia lama, so dia pass kerja ni kat husband.

tersenyum simpul, suka bebeno dia bila dah dapat kerja, yelah genap 4 bulan asyik jadi house husband, risau juga ye takut nanti hilang ke'macho'an, heheh tak adala, so far dia jadi house husband okay je dan tak pernah dengar dia mengeluh tapi tak taula kalau lama lama lagi kan, sabar kan ada hadnya..lagipun dia biasa kerja keluar ke sana ke sini, sekali datang sini terperap dan asyik ambik hantar budakk je sure boring tuu..

cuma kesian juga kerjanya tengah malam dah lah jauh kat city sana, 9 mlm sampai 12 midnight..nasib baik ada sorang lagi malaysian sama sama kerja time ni, adala teman..tak tau camane first day hari ni..tunggu dia balik jap agi..InsyaAllah moga moga semua urusan di permudahkan..

yg paling happy anak2 la, sibuk listkan apa nak beli bila abah dapat gaji, kesiaann betul, ye lah duduk kat sini kena men'catu' perbelanjaan sket..tapi bila dah ada part time job ni boleh la longgarkan budget yg agak ketat ituuu..

merasala jadi cam mamat bangla kat malaysia,Alhamdulillah rezeki..

Sunday, December 6, 2009

quality time

talking about quality time...

my quality time with my family...on weekend..
- masak, kalau hari weekdays masak simple je, time weekend masak special or lauk lebih sket..

-bangun pagi, bergolek golek sambil relax dan sembang sembang dengan family before bangun buat breakfast..selalu breakfast lambat dah jadi cam break-lunch

-download dan layan beberapa episod nur kasih dengan family..especially episod yg best best..

-keluar jalan jalan, kalau ada budget lebih that week, makan kebab or pegi mamak & choc cake kat restoran best.

-beli barang $1-$2 utk sukakan hati anak2

-tidur dengan muhammad, time lepas luunch or before maghrib


dah ada list dalam kepala untuk weekend akan datang..:-

- nak ajak family jalan jalan kat city naik city circle lagi sekali cam masa celebrate birthday, and singgah kat tempat2 yg belum singgah

- time summer nanti biasanya orang suka berjalan kat sini sebab siang panjang, so maybe boleh fikir nak jalan jalan kat mana not as a student but as tourist..

Quality time ..weekdays:-

- biasanya kat uni.. baca journal, download journal..tapi biasanya dalam 3-4jam pertama je..lepas tu..dah bosan dan melalut buat benda lain
- lain apa ye..weekdays adalah hari2 yg sungguh tak menarik, sebab tak ada family bersama, biasanya kat uni...

bila nak insaf nihh..:(

Thursday, December 3, 2009

11th Anniversary

happy anniversary to me !! :P..


oleh kerana dah dekat krismas so banyak lah SALES di sana sini, maka kami pun tak lepas peluang ber'shopping' juga untuk celebrate hadiah anniversary ini..yabe da be duuu..so apakah hadiah yang diperolehi sempena anniversary hari ini??


jeng..jeng..jeng..mula mula


SiDia..telah mendapat:-



1- seutas jam tangan jenama Calvein Klien (CK)...wahh gituu...


dan juga..
2- Eu de toilette dari Georgio Armani..pasti harum semerbak untuk 10 tahun akan datangg..

okay.., itu sahaja untuk si Dia, seterusnya..tuan punya badan..tak sabar nak tunjuk nihh...

saya telah mendapaaatt..


1- Perfume Chanel N'19!!...wooww..bestnyerr..

2- handbag baruu!!! eerr..tapi brand apa ek?? entahh..tapi i like designnyerr...wahh sukalahh

dan juga ....

3- Soalan2 cepumass seperti berikut:-

" Awak nak beli baju tak? pergila cari..

" Awak kan suka tengok movie, nak tengok wayang tak?..cerita apa latest yg best..??

" Nak makan apa ? awak pilihlah nak makan kat mana...?

wahh penuh perhatian gituu.. I suka SUKA SUKA.........

TODAY IS THE BEST DAY IN LIFE!!

Thank you A......Hah eh, eh ,..?? ?

Gedebuk!!..Panggg!!..Haaa aduhh sakitnyerr punggung!! (jatuh dari kerusi...)

eh apa yang telah terjadi...mana hadiah hadiah tu semua..???

LAA....BERANGAN RUPANYA..

Sekian. Terima kasih

Wednesday, December 2, 2009

background baru

huuhh, lama tak buat entry ni..apa yg berlaku??

1- take a break, taknak "tegur" PC lepas selesai buat proposal dgn Prof Mike utk apply grant, bunyi cam teruk sangat buat proposal, takda pun, most of it Prof Mike yg buat..entah, M@%$# sebenarnya..

2- sambutan raya haji weekend baru ni di Jack Roper Park, kat area Broadmeadow (kot), gambar tak ada sangat, malas nak snapp..asyik mencari "mangsa" utk beramah mesra, nanti kang orang kata tak mesra pulakk..(cam Bob AF, Messraaa..:~)

3-masa sambutan, hujan, panas dan hujan lagi, + makan kambing, beesstt ..hasilnya adalah, demam sakit badan dan berat kepala..~wink~

4-semalam okay sikit, tak gi uni, buat research dari rumah je, sambil...buat background baru utk blogku ini..hasilnya..waahh sungguh berpuas hati..!!suka!

5-esok Anniversary..tak tau lagi nak plan apa..tungguu

semangat ni dah buat background baru..berkobar kobar utk mem'blog'..laa ingat semangat nak belajar..hampehh tul !!