Friday, April 30, 2010

all about 5 papers

arrive at uni - 9.48
arrive home - ~12pm

hari ni balik awal sebab ada orang internet nak install wireless internet connection, appointment kata midday to afternoon before 5pm so ingatkan lepas kul 12, cause husband nak gi solat jumaat maka aku lah kena balik awal...tetapi mamat internet datang awal 11am dah sampai dan installation tak sampai pun sejam...so yaahhoooo aku sedang menaip menggunakan pc aku dan muhammad dengan excitednya menonton power rangers..best ooo ingat kalu ada 10 laptop nak bukak sume sekalii 10 10, punyala seronok...

lama tak update study dan buat entri kerana nilah, internet connection lama dah kena potong, kepunyaan penyewa dulu, dan ambil masa masukkan yang baru ni, tapi penantian yg sangat berbaloi, kerana lepas ni husband kata kalau nak lepas geram ber'internet' sepanjang masa pun takpa, sebab dia tak kacau aku, aku pun tak akan kacau laptop dia, anak pun boleh main game sendirikk..best

study aku agak kurengg best this and last week, kena belajar guna sputtering machine, oh sangatlah susah dan ambil masa sangat lama utk bina confident diri...SV dari india dah sampai dan aku masih tak tau apa yg aku kena buat report ni sebab result bukannya gempak pun..try la tengok weekend ni macamana,kot2 dapat ilham ke..

2 hari lepas, tengah bosan bosan terbaca satu artikel, dari seorang phd holder, dia kata sebagai phd student jangan fikirkan sangat tentang thesis tapi focuskan pada papers, everything from your work focus on writing paper about it, and at least dapat 5 papers with high impact..mak ooii, tenganga tetiba aku baca..5 tuu..tapi bab thesis tu logik jugakan, bila ada paper barulah confident nak tulis thesis...tapi bab 5 paper tu wow wow wow..tak terkata iii....

Wednesday, April 21, 2010

saya suka teknologi moden

biasanya setiap hari memang tak boleh pisah dengan internet, ingat dulu dulu manalah ada ni semua, tapi sekarang dah jadi satu keperluan..so tercapailah sasaran "satu rumah satu internet" kalau tak silap dulu, Tun Mahathir yang lancarkan ke?? atau mungkin menteri lain tapi masa dia jadi PM.

kat sini lagilah, hampir semua tempat ada wifi, terutama kat city...jadi kelek jelah laptop tu ke mana mana, kat tepi jalan pun boleh bukak internet, blogging, googling, etc..

sungguh kagum..sebab pernah merasa hidup di zaman telefon gedabak pakai pusing nombor dengan bunyi klasik kring kring..hinggalah dengan telefon di tangan, dengan rupa bentuk yang sangat vogue, boleh dengar lagu, boleh cakap telefon, boleh ambik gambar, boleh rekod suara, rekod video, dan ada juga yang boleh buka line internet samada pakai wifi atau pakai line service...

kenapa membebel pasal ni ?? ada beberapa insiden hari ni yang membuatkan saya sangat sangat bangatttt bersyukur yang kita ada teknologi ini..yang paling utama adalah begini kisahnya:-

saya kena buat balik borang analisa risiko makmal "bilik-bersih"(clean-room) dan mesin-mikro jadi dengan perasaan yang agak keciwa, luluh hati dan jantung, saya menghantar sms kepada kawan sesekolah dan orang malaysia juga (mestilah, nak minta tolong kena cari "orang kita" dulu) dan tanyakan borang contoh dia untuk saya jadikan rujukan (nak tiru sebenarnya..."_')....dan saya menanti dengan penuh debaran samada dia akan balas sms saya tetapi tidak..saya keciwa lagi...jadi kena fikirkan plan B..okay saya cuba telefon seorang lagi kawan di sekolah yang sama ini, tetapi dia belum masuk ofis...jadi saya keciwa lagi..

kerana

saya ingat borang yang saya isi dah ok, dan kerana saya perlu kad kebenaran masuk makmal tu cepat, tetapi bila kena buat balik, kad pun tak dapat,tak dapat masuk..dan..mestilah memakan masa yang lama untuk mendapat kad kebenaran masuk itu nanti..dan ini membuat saya jadi keciwa, gabra, gemuruh..nanti kerja saya lambat siap, penyelia saya minta saya buat laporan, dalam minggu depan penyelia bersama dari india akan datang ke sini lagi...nak tengok apa yang saya dah buat sepanjang peninggalan dia...

tetapi tak apa...kerana saya sudah agak lama juga makan garam gula dan sebenarnya cuma tolak batu dan kayu sahaja..jadi saya cuba tenangkan diri saya.."kita minumm duluuuuu.." eerr maksud saya, saya ambil pecah_masa (time break)...jadi saya pun bukak internet dan berkata pada diri sendiri ..mari kita periksa mana tahu email baru ada masuk....dan saya bukak website uni dan login email uni saya..dannn

TAADHAAAA...(bak kata muhammad..)

bergenang air mata saya melihat ada email baru...dan tajuknya adalah.."analisa risiko di makmal" ( tapi sudah tentu ditulis dalam bahasa inggeris)..daripada dia,orang yang saya sms tadi, rupa rupanya bila dia dapat sms saya dia terus bertindak, dan dengan teknologi internet ini sekelip masa telah menjadi fail saya..saya pun apa lagi..muat turun dan mula meng edit ( + meniru) isi-isi borangnya..dan bila sudah meng"edit" saya terus emailkan pada juruteknik makmal berkenaan..harap dia dapat uruskan cepat

selesai..

jadi moral cerita untuk saya hari ini adalah...
1- jangan ingat bila saya hantar sms minta tolong, penerima tak baca, tak layan, tak balas bermakna saya keseorangan, takada geng, kawan, diorang kawan dengan geng diorang je, yelah sebab saya perempuan, diorang langsung tak nak tolong..sila alihkan pemikiran %$#@* itu kepada yang lebih positif..
2-apa apa saja keadaan tertekan, jangan terus terusan menekan diri sendiri, cuba alih ( corner) perhatian pada benda lain, dan kembali pada benda yang sama setelah hati rasa tenang sedikit..(kita minum duluuuu..)
3-InsyaAllah setiap masalah ada penyelesaiannya..cuba fikir dengan kepala otak bukan dengan kepala lutut..(ni lawak bo*#$)
4-walaupun saya perempuan dan sedang berada di dunia yang hampir semua di sekeliling saya adalah Lelaki, bukan bermakna saya tak daya, saya kaum yang lemah, saya mesti berani ,berterus terang, malu biar bertempat, jangan malu bertanya ( eh betul ke ayat ni..emm ahh betul la)..insyaAllah akan ada yang sudi membantu..walaupun dia membantu secara diam diam dan langsung tak balas sms saya..tak adalah nak bagitau sepatah, "aku dah email kan kat kau" ke misalnya dan biarkan saya tertunggu tunggu dengan penuh rasa rendah hati (down)..tapi perlu sentiasa fikir positif, kalau yang ni tak boleh ckena cuba cara yang lain..pendek kata pelan musti ada banyakk..plan A,B, C...bla bla bla..

jadi sebab itulah hari ni saya rasa sangat sangat bersyukur pada Allah yang memberikan ilmu teknologi ini kepada mereka yang dapat mencipta telefon bimbit yang boleh hantar pesanan(sms) sahaja tanpa perlu bercakap (sebab kadang2 malu nak bercakap, baik sms saja lebih selesa) dan mencipta internet yang boleh hantar dan terima surat elektronik (email ) dalam sekelip mata...jadi untuk hal hal KECEMASAN..sudah tidak menjadi hal kecemasan lagi dan telah dapat menaikkan semangat saya untuk belajar, bekerja dan....blogging:)

(kredit dan terimakasih Farid, walau kau tak balas sms saya dan tak bagitau langsung yang kau dah email kat saya borang tu...tapi bantuan kau kirim borang tu dengan pantas sangat sangat saya bersyukur..sebab ianya sangat penting pada saya masa tu..dan kau telah selamatkan saya dari menangis seorang diri di depan PC saya tadi dengan hanya 1 minit masa kau peruntukkan untuk mencari fail borang ini dan hantar email pada saya, terima kasih bebanyakkk....semoga urusan phd kau dipermudahkan Allah sentiasa)

memang agak emosi entri ini, kerana memang saya emosi tadi...kerana hal makmal ni sangat penting untuk saya masa ni, hanya orang yang buat phd libatkan makmal sahaja yang tau betapa pentingnya makmal buat masa sekarang ini, makmal macam menjadi rumah kedua, tempat di mana semuanya bermula dan berakhir..jika baik permulaannya InsyaAllah baik juga penamatnya.....

dan saya juga berjaya menulis tanpa mencampurisationkan melayu dan inggeris...hampir2..

semoga semua urusan dipermudahkan Allah SWT, dan dibukakan jalan untuk mencari penyelesaian atas segala masalah yang mungkin timbul..aamiiinn ya rabbal alamin.

Tuesday, April 13, 2010

phd update

esok kena jumpa SV..ingat nak jumpa next week,

tetiba terserempak kat lif..alamak..

"Hi Zu, how you going? Lets meet tomorrow, we have a lot to catch up.."

aa ah yela, agaknya dia ada benda nak bagitau tu, kalau i rasanya tak ada apa nak catch-up, ...taaapi nak kena fikir juga esok nak catch-up apa dgn dia nihh..bawak botol ketchup ??(kicap)...boleh??..

Thursday, April 8, 2010

rose background

at last i found what i am looking for..the picture of rose as my background..love the colour, the size, the shape of it...

love it!!!


upps..any update on my study?
not much really-
still doing some calculations and graphes editing
and wondering about some issues:
when to repeat measurements,
when to ask Dr Abu about the new samples,
when to meet SV and second SV,
when to start prepare the candidature form materials,
what to write on the form,
when the CSIRO people will contact me about the agreement procedure.
not much really..huh!!

Wednesday, April 7, 2010

To Cu Noor

kesian pulak cunoor tak puas berjalan jalan di melbourne...

please come again..while i am still here:)

..not planning to stay here any llongger than 3 years..InsyaAllah

so DO COME AGAIN..okay..

Monday, April 5, 2010

roses everywhere..

welcome to the blog of roses
masih teringat ingat lagi bau roses yang sungguh wangi
tatkala kaki mula melangkah ke taman ros ini
di Weribee
so it such a waste if i am not sharing
all the great pictures of them here
these are only a small part of
all the pictures i took
felt like 'a roses-maniac' at that time
clicking here and there non stop
hahaha..
oh how i just love flowers
i admit it
i am a simple woman
who just can't resist the beauty
of flowers
especially ..ROSES
well
what to do
i am who i am
minah bunga pun minah bunga laaa..
hehehe..

gostan 1 jam

semalam, 4th april, jam di awalkan i jam, bermakna kalau sekarang jam menunjukkan pukul 12.30, awalkan jadi 11.30 cam tu, so waktu solat pun jadi awal, zuhur pukul 12.30pm, asar pukul 3 lebih, maghrib pukul 6 lebih dan isyak around 7.30pm.

sekarang autumn, nanti jun winter, bermula,lah semula siang yg pendek dan malam yg agak panjang...well harap dapat gunakan masa sebaik baiknya., InsyaAllah..maklumla bila siang pendek ni, cepat la balik dari uni, jadi masa kat uni agak terhad, nak balik lambat2 seram juga, 6.30pm dah maghrib, meaning sebelum 7pm dah gelap...

juga bolehlah sambung qadha puasa yang masih berbaki, kerana maghrib awal, astagaa...tunggu maghrib awal, ngelat yee..heheh...

sekarang cuti, dari jumaat lepas, 1st april hingga 6th april, cuti easter, seronok + gumbira, ..kami tak kemana mana tempat special pun, hanya ke city last week dan rancang ke sana lagi hari rabu ni..cuti sekolah masih berbaki beberapa hari...

tadi baru balik dari dimmey's membeli belah utk bebudak bertuah tiga orang ni..jadilah..sukakan hati anak anak kan besar fadhilatnya..heheh..sukakan hati mak bapak pun camtu juga, baanyaakk ganjarannya, ye nak, semoga menjadi anak anak yg mendengar kata dan soleh serta solehah...

beli apa?? beli baju tidur dan stokin....eii sukanya..preparation untuk winter, baju tidur ni kainnya tebal sket, dan kat dimmey's ada sale, maka apa lagi..tengoklah muka masing masing, berseri seri..mak dan bapaknya pun ada habuan juga....bila balik sibuk nak try, posing setikang..

dan.....sambil sambil cari gambar, terjumpa pulak gambar ni...

my fav picass..ni kat zoo heansville, konon nak posing cam patung koala tu, ngeh ngeh mana lagi unik, yg real ke yg patung...i loikke them both!!

Saturday, April 3, 2010

cuti laagiii

hemm, australia dan cutinya..

semalam 1st april cuti good friday, then easter RMIT CUTI until tuesday..

orang lain buat plan berjalan, sebab cuti ni sama dengan cuti sekolah..kami, bab berjalan and cuti cuti bila ni cam lembap sket so, takda plan lahh..

so duduk rumah je ni..hemm bosan le.kedai pun tutup semalam, hari ni maybe ada yg bukak..tapi kalau berjalan kat kedai ni, bahaya sket, ada sesi 'terbeli' nanti..lepas
tu balik eh nyesal beli sebab tak berguna sangat..so nak ke mana..? tempat yg selamat dan tidak perlu keluarkan duit, pergi park je la, budak2 ni boleh main playground, mamanya kebosanan juga...

takpa pelan pelan fikir plan apa, kesian jugak, budak budak ni, asyik main benda sama, last last bosan keluar main kat laman depan...what to do..

maybe boleh gi city lagi next monday ke, jalan jalan..

BOSAN