Wednesday, April 21, 2010

saya suka teknologi moden

biasanya setiap hari memang tak boleh pisah dengan internet, ingat dulu dulu manalah ada ni semua, tapi sekarang dah jadi satu keperluan..so tercapailah sasaran "satu rumah satu internet" kalau tak silap dulu, Tun Mahathir yang lancarkan ke?? atau mungkin menteri lain tapi masa dia jadi PM.

kat sini lagilah, hampir semua tempat ada wifi, terutama kat city...jadi kelek jelah laptop tu ke mana mana, kat tepi jalan pun boleh bukak internet, blogging, googling, etc..

sungguh kagum..sebab pernah merasa hidup di zaman telefon gedabak pakai pusing nombor dengan bunyi klasik kring kring..hinggalah dengan telefon di tangan, dengan rupa bentuk yang sangat vogue, boleh dengar lagu, boleh cakap telefon, boleh ambik gambar, boleh rekod suara, rekod video, dan ada juga yang boleh buka line internet samada pakai wifi atau pakai line service...

kenapa membebel pasal ni ?? ada beberapa insiden hari ni yang membuatkan saya sangat sangat bangatttt bersyukur yang kita ada teknologi ini..yang paling utama adalah begini kisahnya:-

saya kena buat balik borang analisa risiko makmal "bilik-bersih"(clean-room) dan mesin-mikro jadi dengan perasaan yang agak keciwa, luluh hati dan jantung, saya menghantar sms kepada kawan sesekolah dan orang malaysia juga (mestilah, nak minta tolong kena cari "orang kita" dulu) dan tanyakan borang contoh dia untuk saya jadikan rujukan (nak tiru sebenarnya..."_')....dan saya menanti dengan penuh debaran samada dia akan balas sms saya tetapi tidak..saya keciwa lagi...jadi kena fikirkan plan B..okay saya cuba telefon seorang lagi kawan di sekolah yang sama ini, tetapi dia belum masuk ofis...jadi saya keciwa lagi..

kerana

saya ingat borang yang saya isi dah ok, dan kerana saya perlu kad kebenaran masuk makmal tu cepat, tetapi bila kena buat balik, kad pun tak dapat,tak dapat masuk..dan..mestilah memakan masa yang lama untuk mendapat kad kebenaran masuk itu nanti..dan ini membuat saya jadi keciwa, gabra, gemuruh..nanti kerja saya lambat siap, penyelia saya minta saya buat laporan, dalam minggu depan penyelia bersama dari india akan datang ke sini lagi...nak tengok apa yang saya dah buat sepanjang peninggalan dia...

tetapi tak apa...kerana saya sudah agak lama juga makan garam gula dan sebenarnya cuma tolak batu dan kayu sahaja..jadi saya cuba tenangkan diri saya.."kita minumm duluuuuu.." eerr maksud saya, saya ambil pecah_masa (time break)...jadi saya pun bukak internet dan berkata pada diri sendiri ..mari kita periksa mana tahu email baru ada masuk....dan saya bukak website uni dan login email uni saya..dannn

TAADHAAAA...(bak kata muhammad..)

bergenang air mata saya melihat ada email baru...dan tajuknya adalah.."analisa risiko di makmal" ( tapi sudah tentu ditulis dalam bahasa inggeris)..daripada dia,orang yang saya sms tadi, rupa rupanya bila dia dapat sms saya dia terus bertindak, dan dengan teknologi internet ini sekelip masa telah menjadi fail saya..saya pun apa lagi..muat turun dan mula meng edit ( + meniru) isi-isi borangnya..dan bila sudah meng"edit" saya terus emailkan pada juruteknik makmal berkenaan..harap dia dapat uruskan cepat

selesai..

jadi moral cerita untuk saya hari ini adalah...
1- jangan ingat bila saya hantar sms minta tolong, penerima tak baca, tak layan, tak balas bermakna saya keseorangan, takada geng, kawan, diorang kawan dengan geng diorang je, yelah sebab saya perempuan, diorang langsung tak nak tolong..sila alihkan pemikiran %$#@* itu kepada yang lebih positif..
2-apa apa saja keadaan tertekan, jangan terus terusan menekan diri sendiri, cuba alih ( corner) perhatian pada benda lain, dan kembali pada benda yang sama setelah hati rasa tenang sedikit..(kita minum duluuuu..)
3-InsyaAllah setiap masalah ada penyelesaiannya..cuba fikir dengan kepala otak bukan dengan kepala lutut..(ni lawak bo*#$)
4-walaupun saya perempuan dan sedang berada di dunia yang hampir semua di sekeliling saya adalah Lelaki, bukan bermakna saya tak daya, saya kaum yang lemah, saya mesti berani ,berterus terang, malu biar bertempat, jangan malu bertanya ( eh betul ke ayat ni..emm ahh betul la)..insyaAllah akan ada yang sudi membantu..walaupun dia membantu secara diam diam dan langsung tak balas sms saya..tak adalah nak bagitau sepatah, "aku dah email kan kat kau" ke misalnya dan biarkan saya tertunggu tunggu dengan penuh rasa rendah hati (down)..tapi perlu sentiasa fikir positif, kalau yang ni tak boleh ckena cuba cara yang lain..pendek kata pelan musti ada banyakk..plan A,B, C...bla bla bla..

jadi sebab itulah hari ni saya rasa sangat sangat bersyukur pada Allah yang memberikan ilmu teknologi ini kepada mereka yang dapat mencipta telefon bimbit yang boleh hantar pesanan(sms) sahaja tanpa perlu bercakap (sebab kadang2 malu nak bercakap, baik sms saja lebih selesa) dan mencipta internet yang boleh hantar dan terima surat elektronik (email ) dalam sekelip mata...jadi untuk hal hal KECEMASAN..sudah tidak menjadi hal kecemasan lagi dan telah dapat menaikkan semangat saya untuk belajar, bekerja dan....blogging:)

(kredit dan terimakasih Farid, walau kau tak balas sms saya dan tak bagitau langsung yang kau dah email kat saya borang tu...tapi bantuan kau kirim borang tu dengan pantas sangat sangat saya bersyukur..sebab ianya sangat penting pada saya masa tu..dan kau telah selamatkan saya dari menangis seorang diri di depan PC saya tadi dengan hanya 1 minit masa kau peruntukkan untuk mencari fail borang ini dan hantar email pada saya, terima kasih bebanyakkk....semoga urusan phd kau dipermudahkan Allah sentiasa)

memang agak emosi entri ini, kerana memang saya emosi tadi...kerana hal makmal ni sangat penting untuk saya masa ni, hanya orang yang buat phd libatkan makmal sahaja yang tau betapa pentingnya makmal buat masa sekarang ini, makmal macam menjadi rumah kedua, tempat di mana semuanya bermula dan berakhir..jika baik permulaannya InsyaAllah baik juga penamatnya.....

dan saya juga berjaya menulis tanpa mencampurisationkan melayu dan inggeris...hampir2..

semoga semua urusan dipermudahkan Allah SWT, dan dibukakan jalan untuk mencari penyelesaian atas segala masalah yang mungkin timbul..aamiiinn ya rabbal alamin.

No comments: