Wednesday, February 27, 2013

Berbahagialah dengan anak perempuan

Minggu lepas, minggu bersantai santai kerana kena masuk hospital, demam denggi, bosannya hanya Allah yang tau, dengan salur air di tangan kiri, badan terhoyong hayang, 2 hari pertama ok lah Alhamdulillah dapat masa rehat yang 'lebih dari cukup'..dalam masa ber'santai' ini tv lah jadi tempat menghilangkan bosan .tv9 pada hari jumaat lepas menayangkan ustazah norhafizah dalam rancangan 'tanyalah ustazah' membawa tajuk "Mendidik Anak Perempuan"

pengisian yang sangat padat, kerana ustazah telah menerangkan betapa Islam telah menaikkan martabat anak perempuan yang sebelumnya di pandang hina oleh kaum jahiliyah...bila dapat anak perempuan, kaum bapa akan marah marah dan mula menggali gali tanah untuk menanam anak perempuan mereka hidup hidup..bagi mereka anak perempuan simbol kehinaan kerana bagi mereka perempuan hanya gunanya untuk memuaskan nafsu dan tidak ada guna untuk pembangunan dan perniagaan mereka...alangkahh jahilnya orang jahiliyah ini..well thats why they're called jahilliyah daaaaaa...

Rasulullah (SAW) kita telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam memuliakan anak perempuan..antara hadis baginda (SAW) yang popular, ..lebih kurang penyataannya adalah begini:-

"Sesiapa yang mendidik 3 anak perempuan dengan baik, maka mereka denganku adalah seperti ini di syurga.."(sambil merapatkan jari telunjuk dan jari tengah baginda)..menunjukkan para bapa/ibu yang menjaga dan mendidik anak perempuan dengan baik mengikut landasan syariah islam yang betul akan sangat rapat dengan baginda SAW di syurga nanti!!!!!..sehinggakan diriwayatkan ada sahabat yang bertanya, kalau 2 orang ya Rasulullah..? , baginda menjawab.."Ye seperti ini juga...ada pula yang bertanya, "jika seorang ya Rasulullah..?"..dan baginda juga memberikan jawapan yang sama.

Selain dari itu, sahabat juga meriwayatkan baginda ada juga bersabda tentang apabila menggembirakan hati anak perempuan (bukan hanya menggembirakan anak tetapi memang ditekankan menggembirakan anak PEREMPUAN).., maka Allah SWT akan memberikan rahmat dan keberkatan kepada ibubapa anak perempuan tersebut..masyaAllah Tabarakallah..betapa pemurahnya Allah SWT..

Baginda sendiri mempunyai 4 orang anak perempuan yang sangat baginda sayangi dan salah seorang darinya menjadi penghulu kaum wanita di syurga nanti...jadi kita perlu cuba untuk mendidik anak perempuan kita dengan baik dan penuh kasih sayang, bukankah itu  mengikut sunnah baginda, dan sesiapa yang mengikut sunnah baginda, balasannya adalah syurga bersama baginda SAW...(meremang bulu roma bila mendengar ustazah norhafizah menekan kan perkara ini)..

semasa ini terfikir pula...Ya Allah, betapa hikmahnya yang Kau beri dengan demam denggi ku ni, aku dapat muhasabah diri dengan MU tentang bagaimana aku melayan anak anak perempuanku..ini mungkin petunjuk dari Allah SWT, teguran dari Allah SWT supaya aku lebih peka dengan anak anak perempuanku..Ya Allah terimakasih Ya Allah terimakasih..

aku akui aku masih lemah, kadang kadang tewas dengan emosi amarah, aku biarkan amarah aku menang dan anak anak ini lah menjadi mangsa, dengan alasan mereka tidak mendengar kata, tidak mengikut arahan, tidak mendapat seperti yang aku harapkan, sedangkan anak anak ini adalah aset untuk kita ibu bapa meraih cinta dan rahmat Allah SWT,....

sebenarnya untuk mendapat sesuatu yang baik bukan mudah, apatah lagi cinta kasih dan rahmat Allah SWT, cinta yang paling agung...ada harga yang perlu di bayar , ada dugaan yang perlu di atasi..dugaan seperti kerenah, perangai, anak anak perempuan ini perlu kita tangani dengan lembut dan bijaksana..fuhh sesuatu yang senang di kata di mulut tetapi bukan senang di laksanakan..( i am facing it noww, and it is just endless!!)..tetapi dengan kesedaran bahawa anak anak perempuan ini sebagai tiket untuk meraih cinta agung, inshaa Allah dugaan dan cabaran ini akan cuba di tangani dengan sabar dan tenang...

perkara ini aku perlu jadikan peringatan setiap kali berhadapan dengan anak anak perempuan, lihatlah wajah wajah comel mereka ini dan berkatalah di dalam hati .." inilah saham dan tiket ku untuk mendekatkan ku pada Allah SWT.." semoga peringatan itu dapat menyejukkan hati dan menenangkan jiwa ketika diuji dengan perangai dan kerenah mereka ini..aku akan cuba, mohon pada Allah SWT untuk berikan aku kekuatan untuk melawan emosi marahku dan menukarnya pada kasih sayang ...

yelah seperti yang kita tau juga, perempuan terkenal dengan 1 akal dan 9 emosi ( terimakasih kepada ustazah norhaslina yang memberi idea untuk menukarkan istilah 1akal 9 nafsu kepada 1 akal 9 emosi untuk perempuan dan 9 akal dan 1 emosi untuk lelaki...bunyinya lebih realistik dan lebih tepat rasanya)

ye 1 akal dan 9 emosi..dan bayangkan anak anak perempuan yang memilikinya dengan 9 emosi yang berbagai bagai ini..huih..rasanya memang agak berat untuk di tangani jika emosinya bercampur baur dalam masa yang sama...tetapi kita cuba kuatkan semangat dan siapkan diri untuk menghadapinya. Corak perangainya dari rajuknya, kehendaknya, semangat bersaingnya, lagilah kalau ada dua orang yang hampir sebaya...bila seorang lebih, seorang lagi terasa kekurangan, aduii mau pening kepala di buatnya...memang ujiannya agak berat, tak tau sama ada mamanya akan dapat A+ atau tidak hehe :)..tetapi mamanya akan berusaha ke arah itu...

Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Pengampun, tidak melihat pada hasilnya, tapi melihat pada usaha yang kita buat..jadi berusahalah dahulu...cuba kuatkan semangat berusaha untuk menjadi ibubapa yang lebih baik untuk anak anak perempuan..semoga Allah SWT menerima usaha kita ini sebagai satu ibadat kerana Nya...

Tugas ibubapa ni bukannya senang, kalau betul betul di hayati maunya tak tidur malam dibuatnya..tetapi itu semua bukan alasan untuk berpaling dari tanggungjawab, Allah SWT telah menganugerahkan kita dengan anak perempuan untuk apa? kenapa? mesti ada sebab dan hikmahnya, moga moga dengan anak perempuan yang di anugerahkan ini memberi alamat/gambaran bahawa Allah SWT sayangkan kita, sebagai tanda Allah mahu berikan kita tiket freenya untk mendapat cinta dan rahmatNya...bersyukurlah, didiklah mereka ke jalan Allah dengan sempurna dan gembirakanlah hati anak anak perempuan kita yang comel ini kerana ianya umpama petunjuk bahawa kita ini insan terpilih dengan anak perempuan sebagai tiket/kunci membuka pintu pintu rahmat dan cinta Allah SWT yang tidak bertepi...in shaa Allah..


No comments: