Saturday, February 16, 2013

Ni untuk Abah

Semalam 15 Feb 2013 genap setahun arwah abah meninggalkan kami...plannya kakak nak buat majlis tahlil tapi terpaksa postponed kerana hal hal tertentu..tunda ke minggu depan . tak apalah..majlis tahlil yang di buat  bersama jemaah surau memang bagus, lepas habis tahlil jamu makan sebagai tanda terimakasih dan mudah mudahan pahala menjamu saudara seislam makan ni dapat dikirimkan pada roh abah sebagai hadiah dari anak anak di dunia sementara ini..tahlil sendiri pun ok juga kalau mampu boleh buat hari hari ..mudah mudahan dapatlah kiriman hadiah ini pada abah hari demi hari...

seperti yg pernah diceritakan kalau tak silap oleh kalangan sahabat sofihussolehin di mana seorang lelaki ini berada di kubur dalam keadaan terang benderang cahaya dan sejuk kuburnya..lelaki ini juga sangat tenang dan berbahagia di alam kuburnya..sehinggalah suatu masa kuburnya gelap gulita dan gelisah melanda, apabila ditanyakan, dia berkata " aku sudah tidak menerima hadiah lagi dari anakku kerana dia telah meninggal dunia"..rupa rupanya selama ini dia tidak putus putus menerima hadiah pahala yg diwakilkan oleh anaknya untuk dirinya sehingga mengalir ke alam barzakh dan dinikmati oleh rohnya. Setelah anak yang baik hati dan soleh ini meninggal maka terputuslah sudah segala nikmat kubur yg di nikmatinya..

setiap kali selepas solat al fatihah akan disedekahkan khusus untuk arwah abah, sebelum mula mengaji quran niatkan pahala untuk arwah abah, kalau sedang 'bercuti' tak dapat solat dan mengaji, tak apa, sedekah jariah, berbuat baik pada orang sekeliling dan niat pahalanya untuk arwah abah..kalau boleh buat orang gembira sedekahkan pahala gembirakan orang itu untuk arwah abah ..memang setiap hari tak pernah terlupakan abah, dia sentiasa di dalam doa dan di hati..

setiap kali malas melanda untuk menyiapkan kerja kerja phd, macam terdengar dengar suara abah berpesan sehari sebelum dia meninggal' " molek lah ti ..perabih la belajo tu jangang biar sekerat jalang.".( meremang bulu roma dan bergenang air mata masa taip ni) ..sebab memang masih terbayang dia duduk di sofa depan pintu rumah ( tempat favorite abah untuk berehat) sambil mencungkil cungkil gigi (tabiat biasa abah bila selepas makan)..sambil berpesan menganggukkan kepalanya..petang tu ada beli nasi goreng untuk anak anak, abah berkata " kedai ti beli tu masok dok daging meroh?"..aku jawab : " ada, aboh nok, ti gi beli jap?"..abah: " dakpelah esok lahh, nok maghrib doh ni.."..memang dah plan esok balik awal sikit terus gi kedai yg satu lagi ( kedai ni masak daging merah lagi sedap)...

rupa rupanya bila esok menjelma, dalam betul betul sebelum azan subuh, kalau kat kampung tu orang kata masa orang teghohing..umi mengetuk bilik memberitahu abah jatuh...

aku terus bangun kejutkan abang, menerpa ke bilik, nampak abah di atas lantai mengiring mengadap katil.aku cepat cepat peluk abah, panggil abah "Abah!, Abah!..Dengor dok ti panggil..??"..abah mengangguk ngangguk kepala, mata terpejam rapat, mulut sedikit ternganga..masa tu aku rasa dalam hati oooo ok takpe abah ok ni, abah penat je kot (yelah abah bukannya tidur lena sangat sebab sakit dalamannya tu )..aku panggil lagi " Abah!, ti angkat abah ye..??" abah angguk angguk lemah lagi..hati aku lega masa tu..aku fikir ooo abah ok ni, dia dengar aku cakap.bila aku pusing, aku minta abang angkat kan memandangkan abah agak berat juga masa tu. Abang angkat ke ribanya. kami tak putus putus memanggil namanya dan menyebut nama Allah Allah Allah berulang kali dengan harapan abah mendengar. Aku memanggil manggil sambil cuba merasa nadi di leher dan lengan, abang dan umi pun menggosok gosok abah sambil mengucapkan Allah Allah Allah..mata abah terpejam rapat. mulutnya sedikit ternganga, masa ini aku masih dapat rasa nadinya di leher sangat laju..aku cuba kejutkan abah, ingat kan dia tertidur sambil menggoyang goyang bahunya, "Abah, Abah.."..tiba tiba abah menjerit aahh aahh dua kali sambil tangannya terangkat angkat, namun matanya masih pejam rapat..masa ini aku berfikir abah mengigau kot...aku dan umi pun membaca ayat quran dan berbisik pada abah Allah Allah Allah..abang mula bertanya.."guane ni nok angkat naik katil dok"..aku cakap nanti lu, takut abah sakit, terseliuh kat mana mana..so aku suggest call panggil ambulan, dan jiran jiran, sebab masa ni dah nak solat subuh..abang meminta aku meriba abah sebab dia nak call dan panggilkan jiran. masa abah di riba aku, aku memanggil lagi namanya sambil memeluk abah erat seperti bayi..sambil berbisik Allah Allah..umi dan aku masih cuba memeriksa nadi di tangan, dada dan leher tapi ketika itu aku dah tak dapat rasa denyutannya..

azan subuh berkumandang semasa abah di ribaan, dengan harapan abah masih bernyawa dan mendengar suara azan subuh itu ( azan memang kuat sebab surau cuma di belakang rumah)..sehabis azan kami menunggu, jiran di depan rumah pun datang dan cuba memeriksa namun mereka tak berani nak beri kata putus suruh kami tunggu ambulan, mereka ke surau dengan janji akan segera datang ke rumah aku usai solat subuh jemaah di surau..aku letakkan bantal di kepala abah dan selimutkan abah, sebab masa tu abah cuma pakai kemeja dan bertuala sebab dia nak ke tandas..memang amalannya bangun sebelum azan subuh..anak kecik aku menangis pula terkejut tidur, aku kejutkan semua anak anak dan minta mereka bangun mandi dan solat..abang dan umi juga solat sementara aku menunggu abah..masa ini lah ambulan sampai terus datang ke atas, dan bila mereka memeriksa dengan alat mereka selepas beberapa kali letak di ibu jari kaki kiri kaki kanan ulang lagi tangan dan kaki, " Kak, dah tak ada nadi ni kak".."minta maaf kak saya rasa pakcik dah tak ada ni kak.." ..abah dah tak ada. aku yang duduk di kepala abah ketika itu terus tersandar di dinding, setitik airmata pun tak keluar, belum keluar..aku macam ambik masa nak digest ayat tu..abah dah tak ada??? abah dah tak ada..ye abah dah tak ada...abang dan umi selesai solat, bila abang tengok aku termenung cepat cepat dia suruh aku solat subuh..kedengaran di bawah ramai suara jiran jiran memberi salam , selepas solat subuh di surau terus masing masing kerumah aku, ada yang dah tau ada yang nak tau sebab nampak ada ambulan di depan rumah..

bila selesai solat..aku masuk ke bilik ku dengan telefon dan mula mendail nombor adik beradik, anak anak abah ..memeberitahu utk datang..yg bongsu dari terengganu, dari KL, dari Banting...

Alhamdulillah urusan jenazah abah sangat mudah dan berjalan lancar, abah pun nampak tenang, anak anak semua ada di sisi jenazah dan turut sama memandikan jenazah..aku nampak abah tenang..ye tenanglah abah selepas segala derita sakit yang abah hadapi bertahun tahun, dalam keadaan kesihatan begitu pun abah berupaya menghafal surah surah penting Al Quran( Al Sajdah, Al-Mulk, etc) menjadi bacaannya sehari hari amalannya sehari hari, terngiang ngiang di telinga sepanjang 2 bulan terakhir hayat abah ..semoga tenanglah abah.. ini masa abah berehat abah..rehatlah abah..

segala ilmu yang ti ada yang ti boleh ajarkan untuk anak anak ti,pelajar pelajar ti, inshaa Allah ti niatkan agar pahala yang diperolehi di hadiahkan pada abah kerana abah menyumbang banyak sehingga ti berada di tempat ti sekarang ni, sedikit sebanyak segala marah, larangan, tegahan, kongkongan dan teguran abah yang didengar dari kecik sehingga ke akhir hayat abah yang telah menjadikan ti 'orang' seperti sekarang ni..ti akan cuba menjadi seorang yang baik, solehah ...ti akan cuba perbanyakkan perbuatan baik walaupun sekecil zarah pada orang sekeliling ti, pertingkatkan amalan yang baik baik kerana ti percaya apa yang seorang anak buat di dunia, ada bahagiannya untuk ibu bapa yg meninggal dunia, samada baik atau buruk kerana anak itu ibarat kain putih, ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya ....inshaaAllah

semoga abah tenang ..Al Fatihah sentiasa untuk abah..selagi ti masih hidup..inshaa Allah..

No comments: