Wednesday, June 17, 2009

kisah ibu dan anak-1

ambe tak de mood nak berceloteh hari ni, ada sesuatu mengganggu hati dan minda..

persoalan antara kasih sayang seorang ibu dan anaknya..kepercayaan seorang ibu kepada anaknya..kekadang seorang anak masih tak dapat menilai betapa ibu menyayanginya dari layanan dan pembelaan yang ibunya buat,walau semua orang mungkin membenci anak itu, tetapi seseorang yang bernama ibu tidak akan sekali-kali membenci anaknya, walau apa pun yang telah anaknya lakukan, bukan sahaja kerana kasih sayang ibu, tetapi kerana ibu lah yang paling memahami akan anaknya..setiap apa yang anaknya buat , ada sebabnya, setiap apa yang terjadi pada anaknya, ada puncanya, dan seorang ibu sangat-sangat tau apakah ia..

tetapi...

bagaimana dengan seorang anak, adakah pernah terfikir oleh seorang anak ini bahawa apa yang dilakukan mengecewakan dan menghancurkan hati ibunya, hati ibu yang tersimpan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepadanya, hati ibu yang menahan semua tohmahan yang datang, hati ibu yang masih mengharap anak nya akan berubah...hancurnya hati ibu...maka apa lagi yang tinggal untuk ibu ini, untuk terus mengharap, untuk terus membela nasib anak ini, untuk terus memberi kasih sayang ...yang tinggal cuma airmata yang masih panas mengalir..entah bila kan kering ...

tenanglah wahai ibu, fikirkan kesihatan mu, semua yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya, semoga Allah terus memberi kekuatan pada semua ibu yang menghadapi cabaran dan dugaan sebegini.....Amin Ya Rabbal Alamin

No comments: