Wednesday, November 29, 2006

panggilan haji

edah kakak tersayang akan berangkat esok 30 nov bersama suaminya ke mekah...bertuah dia, muda-muda lagi dah dapat ke mekah..dah rezeki dan sampai seruan..semalam ada terbaca majalah ANIS keluaran bulan ogos tentang panggilan haji...hati terasa bagai ditarik-tarik apabila membaca kisah makam Rasulullah SWT dan sahabat-sahabat baginda, saidina Abu Bakar dan Khalifah Ummar yang berada di Madinah dan peluang yang mesti tidak dilepaskan oleh tetamu-tetamu Allah untuk dapat menziarahi makam mereka yang amat mulia ini. Rasa meremang juga bulu roma bila pengarang artikel itu menyatakan jangan lupa untuk mengucapkan salam dan sampaikan salam sanak saudara bersama ketika menziarahi makam mereka ini dan betapa jasad mereka di dalam alam baqa itu masih dipelihara sehingga ke hari kiamat....

bulan hadapan..23 disember, ibu mertua yang ku hormati dan sayangi bersama adik beradiknya dan maktok pula menyusul ...hasrat hati maktok untuk membawa semua anak-anaknya ke Mekah Insya Allah akan terlaksana...semoga mereka semua dipermudahkan jalan dan urusan dan semoga semua mereka terbuka hati selapang-lapangnya untuk menjadi tetamu Allah

Dalam hati bertanya, bila pula giliran aku, Ya Allah, semoga aku akan terpilih akan datang ini untuk menjadi tetamu Mu YA Allah!!!.....

No comments: