Wednesday, December 6, 2006

6/12/06- abah tak sihat

semalam dapat call dari abah, katanya tekanan darah turun mendadak, sakit belakang tiba-tiba...terkejut juga sebab abah tak pernah sakit belakang,dan BP darahnya tak pernah turun sejak dia sakit jantung lebih 10 tahun lepas...abah sekarang sedang bersama ummi dan cunoor menjaga anak kakakku yang ke mekah..mungkin kerana terlalu prihatin melayan kerenah cucunya, 4 orang dua lelaki dan dua perempuan, abah agak penat dan lelah..kasihan pula..aku nak bercuti pun susah juga , tuntutan kerja dan anak-anakku sendiri...harap adik aku yang cikgu tu dapat temankan abah di rumah kakakku itu , yalah sekarang cuti sekolah bukannya ada apa nak buat pun...tapi col ni pun dah ada keluarga, susah juga...apa apa pun harap dia dapat membantu sementara

No comments: