Thursday, May 27, 2010

countdown best punya!!

aah tak sabarnya nak balik best nya, dan yg menarik juga kerana balik ni bukan saja dapat lepas rindu pada keluarga dan foods, tapi dapat juga gi PTK dan husband pun dapat gi kursus lesen remisier dia..kebetulan yang sungguh indahhh...8 hari lagi ye..tak sabar nya..rasa macam dah malas nak buat apa2 nak melayan perasaan je, tapi tak bolehlahh, aku mesti berpijak di bumi nyata, agak sukar juga nak menetapkan hati dan terus tumpukan minda pada studi sahaja..

hakikatnya memang ada aje kerja yang masih tertangguh..yg paling kritikal adalah :-
- nak cari info tentang mask utk 4-probe ni,perlu ke tak perlu...
-collect literatures utk isi borang confirm
-nak pakat2 dengan student PG kat lab level 9 tu utk clean-up satu fumehood yg tak dipakai..sebab aku nak pakai..

Dr K (bukan Dato' K ye) suruh aku cakap je kat student2 kat lab itu ajak kemas2, aku kata, " impossible they will listen to me..." tapi dia balas balik..
" Believe me, if you tell them, they will listen to you.."

..ehh lain macam je bunyinya..apa maksud dia sebenarnya..aku macam nak tanya nak tanya, " what do you mean Dr??"..tapi tak terkeluar..nampak muka aku ni macam garang sangat kahhh.. at last aku mintak juga2 dia tolong bagitau, dan aku tak kisah kalau aku kena buat sorang2 pun tak apa...hemm..

mengeluh sebentar mengenangkan nak kena deal benda2 remeh ni dengan mereka semua..guys, so far aku sorang je female yg guna lab tu bersama lebih 10 male students..memang aku rasa sukar sangat,
aku memang kena kuatkan semangat, cekalkan hati, kena be gentle but firm ekk?? yang aku pasti aku kena berani bersuara..speak out loud, tak boleh simpan dalam hati..diorang ni semua jenis yang terus terang, tapi ada cara2 lah nak terus terangkan..kena sorry dulu, kena puji2 dulu, bagitau positif2 dulu..then baru the worst part..

part ni memang nak kena polish lagi banyak, aku masih tergagap gagap, terkial kial,satu nak susun ayat, satu perasaan malu + "segann" menebal sangat..kena practice banyak2..apakata practice kat rumah dulu dgn husband...habisla kalau semua benda nak terus terang..sanggup ke aku mendengarnya dan meluahnya..kekekeh....

tapi apa apa hal pun, aku masih dapat tetapkan hati utk buat kerja yg aku mampu buat sekarang, cuba sedaya upaya untuk tidak menagguh kerja, tapi kerja yg boleh tangguh aku tangguhlaa..nak balik youu,taknak beban kepala banyak2 benda..so aku kena kuatkan semangat lagi untuk another week before fly back to malaysia..5 hari lagi utk buat kerja, so kerja betul2 apa2 yang boleh buat dulu..buat je..so akan datang senang..bersusah dahulu bersenang kemudian lah katakann....

No comments: