Friday, September 4, 2009

spring dan kereta



sekarang dah masuk spring, kurang sejuk sikit, cuma angin masih kuat..perasan kat kedai bunga dah banyak bunga bunga, pokok belakang rumah pun dah makin lebat bunganya,tak lama lagi berbuah la tu..emmmh..

so semalam kami BERJAYA!! menyelesaikan urusan kereta, dan ddapat nombor plat..seller kereta buat appointment utk kami dan kami tunggu kat VICROAD (cam JPJ kat Malaysia ) waktu appointment tu untuk uruskan pendaftaran kereta kami...1.35pm semalam
ni siapkan anak anak kat dalam kereta,semua kena duduk dan pakai seat belt(alaa bosaaannnya.)



ni rupa kereta tak ada nombor plat lagi, so husband bawa je kereta ni tanpa no plat,kalau polis tahan kami kena tunjuk nombor appintment dgn VICROAD, diorg akan faham..anyway sekejap je sampai ke VICROAD dalam 15 minit gitu dari rumah...

prosesnya sekejap je, dan appointment tu baanyakk membantu, tak adalah tercongok lama lama kat pejabat dia.. so bila dah settle bayaran segala,dapatlah nombor plat yg memang dah ada kat sana untuk kita ambil dan pasang sendiri di kereta...nombornya adalahhh..jeng jeng jeng..heheh

waahhh..haa boleh lah kan,kalau cina tak mau nya nombor ni, tapi kita ambil jela,okay apa kan kan kan??

so proses memasang pun bermula, di depan dan belakang...


setelah berpenat lelah (kononnya..)maka harusla ada pose menarik sebelah kereta 'buruk' yg 'baru' dibeli ini...

eh, gambar aku tak ada langsung?? tak leh jadi...pose skett..haa gitu..tapi jangan salah anggap beli kereta ni bukan untuk megah megah, KEPERLUAN..sebab rumah agak jauh dengan kedai kawasan terpencil la katakan (sewa murah)..so kena ada la untuk gi beli barang, hujan kang..boleh hantar anak sekolah..anak pulak cap kaki berjalan macam mak atyahnya hehehe..alaa kereta buruk je ni yg telah di baik pulih.nantikan ada yang ingat salah guna duit biasiswa pulakk..ya ammpuunn.

1 comment:

arni said...

Salam, saya arni, tgh dlm proses memohon smbg blaja kat rmit juga,. Banyak yg saya ingin tanya terutama tntg penjaga anak di sana, boleh tak, akak bg email akak, atau balas di email sy, arnimunira@gmail.com. Sgt2 memerlukan pertolongan akak.