Tuesday, September 7, 2010

M sbg salesman

dalam 2 hari berpuasa hari tu kami decide gi cari kereta, yela takkan nak pakai kenari kecik tu je..kena ada satu lagi yg selesa sket..

ni nak citer kisah seorg M sebg salesman kereta..
orgnya baik, sentiasa tersengih, aku dgn suami fikir waahh bagus ni mesra pelanggan je nampaknya..suami buat special request, nak deal dgn salesman M, lelaki so ni lah dia..

aku pun sedap hati la ni,langsung tak fikir tipikal,macam selalu orang cakap.. biasanya dgn org M susah nak dpt tepat pada masa, lembap buat kerja, tak mesra...aku dan suami cuba tak nak fikir cam tu..nak tolong bangsa la ni kununnya..

so lepas discuss2,pilih kaler segala, dia gerenti akan dapat sebelum raya..bila balik rumah selang sehari dua, ter'discuss' plak dgn suami, setuju nak tukar kaler, sebab tak nak nampak kotor la, dan berbagai alasan terbit..suami pun call balik dia ni, cakap boleh tak nak tukar kaler..

oohh dia balas balik, boleh no problem..sepatah tu je..so kami pun senang hati lalalala...

ni dah hari selasa, lagi 2 hari raya, plannya esok rabu nak balik..2 hari lepas dia sms kata insyaAllah kereta keluar isnin so hari rabu boleh ambik..aku dah rasa tak sedap hati, rabu plan nak balik kampung dah, rabu baru ambik kereta, pukul berapa ambik kereta tu..so suami kata takpa, dia call, baru kejap tadi sebelum aku tulis entry ni suami call dia..dia kata kereta tak keluar isnin tapi baarruu keluar pagi tadi...so KALAU SEMPAT PETANG RABU boleh ambik..

hahh hambikk kauuu..tanpa khabar berita lepas sms yg last tu dia dengan berlenggang kangkung senang hati cakap camtu..kalau tak sempat, khamis petang keluar, camne? kami ni nak balik kampung bila wahai encik salesman..pagi raya????

aku sebenarnya takda kisah pun kalau tak balik raya dengan kereta baru, bukannya nak tunjuk kat orang pun..aku boleh menagih simpati adik2 aku pinjamkan kereta diorang.hehehh..

yang aku bengang sikap salesman M ni...dahla asyik suami aku je yg kena call dia, cakap pulak sepatah sepatah macam ada emas dalam mulut, kalau tang dia asyik sms memanjang, cam tak berani call je...

wahai encik salesman M:-

kalaulah kau lebih ringan mulut dan explain sedetail detailnya setiap perkara ..kang ke senang keje kau dan keje aku???

aku tanya suami , ke sebab kita tukar kaler jadi lambat??? well kalau sebab tukar kaler lambat dapat, explainlahh kat kami ni, yg tak tau menahu proses yg terlibat, ni tak..bila tanya bleh tak tukar kaler..cehh jawab NO PROBLEM...

dia ni aku rasa, dia anggap customer ni pulak lagi arif hal proses kereta ni dari dia, tunggu biar kita tanya sebutir sebutir..masalahnya manalah aku tau nak tanya kau hapa wahai encik salesman MM wehhh..kau la tolong explain, kalau tukar kaler ni akibatnya cam ni cam tu kaa, ..apa kaa

ni memang geram sangat...suami kata, maybe dia takut kita taknak beli dengan dia, hangusla komisyen nya..tulaa..takut tak bertempat, cuba bersikap terbuka sikit jujur citer benda yang sebenarnya...ni cam semua nak sorok sorok, bagitau no problem je...sekarang nahh biggg problem lahh, sebab dah rasa tak percaya kat dia..

suami call dia tadi, lepas dia dah bagitau semua dengan suara tersekat sekat, siap boleh tambah lagi, ooo en nak buat balik raya ye??...ayyoo memangla nak buat balik kampung sebab tu aku beli cepatt...tapi bukan masalah nak kena buat balik jugak kereta ni..aku dengan suami memang tak kisah pun, kalau dia terus terang bagitau, kereta ni tak dapat sebelum raya lepas en balik raya insyaAllah ada..takpe, boleh iktiar pinjm kereta adik....suami dah explain kat dia camtu, tapi dia kata boleh boleh no problem..

so kami takda la nak tanya adik2 lagi nak pinjam kereta ke apa ke...kalau dia explain betul2 senang boleh tanya adik2 cepat2, ni takut diorang pun dah ada plan lain ...

so aku cakap dgn suami, tolongla gi jumpa dia ni cakap tak yah susah susahla nak usaha sebelum raya, nanti kang entah apa apa jadi dgn kereta tu, yg dia janji kan utk kereta tu nanti hilang entah ke mana...so kami akan try tanya adik beradik utk pinjam kereta...lepas raya pun tak da hal bagi kami..

moral of the story...carilah salesman yg ringan mulut, biar banyak bercakap..takpa daripada dapat yg macam kami ni , kami yg kena fikir apa lagi nak tanya dia ni, kalau tak angguk geleng je kerja dia..lain sepatah sepatah..adussss..sakit jiwa raga di buatnya...sampai suami kata serik deal dengan bangsa M ni...tu aku tak nak komen sebab aku pun M kan.apa apa tercalit ke muka sendiri juga..

suami memang la lebih bengang sebab dia kerja line marketing juga dan dia totally different, selagi boleh explain dia explain, pegangannya anggap customer tak tau apa apa, dan kita kena bagi sebanyak mana infos supaya customer boleh buat keputusan yg bijakk..

so camane..adakah tidak bijak tindakan suami memilih salesman M ini, atau memang salesman ni yg tak bijak...heh

sekian..selamat hari raya maaf zahir batin

No comments: