Wednesday, February 27, 2013
Berbahagialah dengan anak perempuan
pengisian yang sangat padat, kerana ustazah telah menerangkan betapa Islam telah menaikkan martabat anak perempuan yang sebelumnya di pandang hina oleh kaum jahiliyah...bila dapat anak perempuan, kaum bapa akan marah marah dan mula menggali gali tanah untuk menanam anak perempuan mereka hidup hidup..bagi mereka anak perempuan simbol kehinaan kerana bagi mereka perempuan hanya gunanya untuk memuaskan nafsu dan tidak ada guna untuk pembangunan dan perniagaan mereka...alangkahh jahilnya orang jahiliyah ini..well thats why they're called jahilliyah daaaaaa...
Rasulullah (SAW) kita telah menunjukkan contoh yang sangat baik dalam memuliakan anak perempuan..antara hadis baginda (SAW) yang popular, ..lebih kurang penyataannya adalah begini:-
"Sesiapa yang mendidik 3 anak perempuan dengan baik, maka mereka denganku adalah seperti ini di syurga.."(sambil merapatkan jari telunjuk dan jari tengah baginda)..menunjukkan para bapa/ibu yang menjaga dan mendidik anak perempuan dengan baik mengikut landasan syariah islam yang betul akan sangat rapat dengan baginda SAW di syurga nanti!!!!!..sehinggakan diriwayatkan ada sahabat yang bertanya, kalau 2 orang ya Rasulullah..? , baginda menjawab.."Ye seperti ini juga...ada pula yang bertanya, "jika seorang ya Rasulullah..?"..dan baginda juga memberikan jawapan yang sama.
Selain dari itu, sahabat juga meriwayatkan baginda ada juga bersabda tentang apabila menggembirakan hati anak perempuan (bukan hanya menggembirakan anak tetapi memang ditekankan menggembirakan anak PEREMPUAN).., maka Allah SWT akan memberikan rahmat dan keberkatan kepada ibubapa anak perempuan tersebut..masyaAllah Tabarakallah..betapa pemurahnya Allah SWT..
Baginda sendiri mempunyai 4 orang anak perempuan yang sangat baginda sayangi dan salah seorang darinya menjadi penghulu kaum wanita di syurga nanti...jadi kita perlu cuba untuk mendidik anak perempuan kita dengan baik dan penuh kasih sayang, bukankah itu mengikut sunnah baginda, dan sesiapa yang mengikut sunnah baginda, balasannya adalah syurga bersama baginda SAW...(meremang bulu roma bila mendengar ustazah norhafizah menekan kan perkara ini)..
semasa ini terfikir pula...Ya Allah, betapa hikmahnya yang Kau beri dengan demam denggi ku ni, aku dapat muhasabah diri dengan MU tentang bagaimana aku melayan anak anak perempuanku..ini mungkin petunjuk dari Allah SWT, teguran dari Allah SWT supaya aku lebih peka dengan anak anak perempuanku..Ya Allah terimakasih Ya Allah terimakasih..
aku akui aku masih lemah, kadang kadang tewas dengan emosi amarah, aku biarkan amarah aku menang dan anak anak ini lah menjadi mangsa, dengan alasan mereka tidak mendengar kata, tidak mengikut arahan, tidak mendapat seperti yang aku harapkan, sedangkan anak anak ini adalah aset untuk kita ibu bapa meraih cinta dan rahmat Allah SWT,....
sebenarnya untuk mendapat sesuatu yang baik bukan mudah, apatah lagi cinta kasih dan rahmat Allah SWT, cinta yang paling agung...ada harga yang perlu di bayar , ada dugaan yang perlu di atasi..dugaan seperti kerenah, perangai, anak anak perempuan ini perlu kita tangani dengan lembut dan bijaksana..fuhh sesuatu yang senang di kata di mulut tetapi bukan senang di laksanakan..( i am facing it noww, and it is just endless!!)..tetapi dengan kesedaran bahawa anak anak perempuan ini sebagai tiket untuk meraih cinta agung, inshaa Allah dugaan dan cabaran ini akan cuba di tangani dengan sabar dan tenang...
perkara ini aku perlu jadikan peringatan setiap kali berhadapan dengan anak anak perempuan, lihatlah wajah wajah comel mereka ini dan berkatalah di dalam hati .." inilah saham dan tiket ku untuk mendekatkan ku pada Allah SWT.." semoga peringatan itu dapat menyejukkan hati dan menenangkan jiwa ketika diuji dengan perangai dan kerenah mereka ini..aku akan cuba, mohon pada Allah SWT untuk berikan aku kekuatan untuk melawan emosi marahku dan menukarnya pada kasih sayang ...
yelah seperti yang kita tau juga, perempuan terkenal dengan 1 akal dan 9 emosi ( terimakasih kepada ustazah norhaslina yang memberi idea untuk menukarkan istilah 1akal 9 nafsu kepada 1 akal 9 emosi untuk perempuan dan 9 akal dan 1 emosi untuk lelaki...bunyinya lebih realistik dan lebih tepat rasanya)
ye 1 akal dan 9 emosi..dan bayangkan anak anak perempuan yang memilikinya dengan 9 emosi yang berbagai bagai ini..huih..rasanya memang agak berat untuk di tangani jika emosinya bercampur baur dalam masa yang sama...tetapi kita cuba kuatkan semangat dan siapkan diri untuk menghadapinya. Corak perangainya dari rajuknya, kehendaknya, semangat bersaingnya, lagilah kalau ada dua orang yang hampir sebaya...bila seorang lebih, seorang lagi terasa kekurangan, aduii mau pening kepala di buatnya...memang ujiannya agak berat, tak tau sama ada mamanya akan dapat A+ atau tidak hehe :)..tetapi mamanya akan berusaha ke arah itu...
Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Pengampun, tidak melihat pada hasilnya, tapi melihat pada usaha yang kita buat..jadi berusahalah dahulu...cuba kuatkan semangat berusaha untuk menjadi ibubapa yang lebih baik untuk anak anak perempuan..semoga Allah SWT menerima usaha kita ini sebagai satu ibadat kerana Nya...
Tugas ibubapa ni bukannya senang, kalau betul betul di hayati maunya tak tidur malam dibuatnya..tetapi itu semua bukan alasan untuk berpaling dari tanggungjawab, Allah SWT telah menganugerahkan kita dengan anak perempuan untuk apa? kenapa? mesti ada sebab dan hikmahnya, moga moga dengan anak perempuan yang di anugerahkan ini memberi alamat/gambaran bahawa Allah SWT sayangkan kita, sebagai tanda Allah mahu berikan kita tiket freenya untk mendapat cinta dan rahmatNya...bersyukurlah, didiklah mereka ke jalan Allah dengan sempurna dan gembirakanlah hati anak anak perempuan kita yang comel ini kerana ianya umpama petunjuk bahawa kita ini insan terpilih dengan anak perempuan sebagai tiket/kunci membuka pintu pintu rahmat dan cinta Allah SWT yang tidak bertepi...in shaa Allah..
Saturday, February 16, 2013
noor-explanation- ditulis pd 16/7/2010 baru di publish kan
Ni untuk Abah
seperti yg pernah diceritakan kalau tak silap oleh kalangan sahabat sofihussolehin di mana seorang lelaki ini berada di kubur dalam keadaan terang benderang cahaya dan sejuk kuburnya..lelaki ini juga sangat tenang dan berbahagia di alam kuburnya..sehinggalah suatu masa kuburnya gelap gulita dan gelisah melanda, apabila ditanyakan, dia berkata " aku sudah tidak menerima hadiah lagi dari anakku kerana dia telah meninggal dunia"..rupa rupanya selama ini dia tidak putus putus menerima hadiah pahala yg diwakilkan oleh anaknya untuk dirinya sehingga mengalir ke alam barzakh dan dinikmati oleh rohnya. Setelah anak yang baik hati dan soleh ini meninggal maka terputuslah sudah segala nikmat kubur yg di nikmatinya..
setiap kali selepas solat al fatihah akan disedekahkan khusus untuk arwah abah, sebelum mula mengaji quran niatkan pahala untuk arwah abah, kalau sedang 'bercuti' tak dapat solat dan mengaji, tak apa, sedekah jariah, berbuat baik pada orang sekeliling dan niat pahalanya untuk arwah abah..kalau boleh buat orang gembira sedekahkan pahala gembirakan orang itu untuk arwah abah ..memang setiap hari tak pernah terlupakan abah, dia sentiasa di dalam doa dan di hati..
setiap kali malas melanda untuk menyiapkan kerja kerja phd, macam terdengar dengar suara abah berpesan sehari sebelum dia meninggal' " molek lah ti ..perabih la belajo tu jangang biar sekerat jalang.".( meremang bulu roma dan bergenang air mata masa taip ni) ..sebab memang masih terbayang dia duduk di sofa depan pintu rumah ( tempat favorite abah untuk berehat) sambil mencungkil cungkil gigi (tabiat biasa abah bila selepas makan)..sambil berpesan menganggukkan kepalanya..petang tu ada beli nasi goreng untuk anak anak, abah berkata " kedai ti beli tu masok dok daging meroh?"..aku jawab : " ada, aboh nok, ti gi beli jap?"..abah: " dakpelah esok lahh, nok maghrib doh ni.."..memang dah plan esok balik awal sikit terus gi kedai yg satu lagi ( kedai ni masak daging merah lagi sedap)...
rupa rupanya bila esok menjelma, dalam betul betul sebelum azan subuh, kalau kat kampung tu orang kata masa orang teghohing..umi mengetuk bilik memberitahu abah jatuh...
aku terus bangun kejutkan abang, menerpa ke bilik, nampak abah di atas lantai mengiring mengadap katil.aku cepat cepat peluk abah, panggil abah "Abah!, Abah!..Dengor dok ti panggil..??"..abah mengangguk ngangguk kepala, mata terpejam rapat, mulut sedikit ternganga..masa tu aku rasa dalam hati oooo ok takpe abah ok ni, abah penat je kot (yelah abah bukannya tidur lena sangat sebab sakit dalamannya tu )..aku panggil lagi " Abah!, ti angkat abah ye..??" abah angguk angguk lemah lagi..hati aku lega masa tu..aku fikir ooo abah ok ni, dia dengar aku cakap.bila aku pusing, aku minta abang angkat kan memandangkan abah agak berat juga masa tu. Abang angkat ke ribanya. kami tak putus putus memanggil namanya dan menyebut nama Allah Allah Allah berulang kali dengan harapan abah mendengar. Aku memanggil manggil sambil cuba merasa nadi di leher dan lengan, abang dan umi pun menggosok gosok abah sambil mengucapkan Allah Allah Allah..mata abah terpejam rapat. mulutnya sedikit ternganga, masa ini aku masih dapat rasa nadinya di leher sangat laju..aku cuba kejutkan abah, ingat kan dia tertidur sambil menggoyang goyang bahunya, "Abah, Abah.."..tiba tiba abah menjerit aahh aahh dua kali sambil tangannya terangkat angkat, namun matanya masih pejam rapat..masa ini aku berfikir abah mengigau kot...aku dan umi pun membaca ayat quran dan berbisik pada abah Allah Allah Allah..abang mula bertanya.."guane ni nok angkat naik katil dok"..aku cakap nanti lu, takut abah sakit, terseliuh kat mana mana..so aku suggest call panggil ambulan, dan jiran jiran, sebab masa ni dah nak solat subuh..abang meminta aku meriba abah sebab dia nak call dan panggilkan jiran. masa abah di riba aku, aku memanggil lagi namanya sambil memeluk abah erat seperti bayi..sambil berbisik Allah Allah..umi dan aku masih cuba memeriksa nadi di tangan, dada dan leher tapi ketika itu aku dah tak dapat rasa denyutannya..
azan subuh berkumandang semasa abah di ribaan, dengan harapan abah masih bernyawa dan mendengar suara azan subuh itu ( azan memang kuat sebab surau cuma di belakang rumah)..sehabis azan kami menunggu, jiran di depan rumah pun datang dan cuba memeriksa namun mereka tak berani nak beri kata putus suruh kami tunggu ambulan, mereka ke surau dengan janji akan segera datang ke rumah aku usai solat subuh jemaah di surau..aku letakkan bantal di kepala abah dan selimutkan abah, sebab masa tu abah cuma pakai kemeja dan bertuala sebab dia nak ke tandas..memang amalannya bangun sebelum azan subuh..anak kecik aku menangis pula terkejut tidur, aku kejutkan semua anak anak dan minta mereka bangun mandi dan solat..abang dan umi juga solat sementara aku menunggu abah..masa ini lah ambulan sampai terus datang ke atas, dan bila mereka memeriksa dengan alat mereka selepas beberapa kali letak di ibu jari kaki kiri kaki kanan ulang lagi tangan dan kaki, " Kak, dah tak ada nadi ni kak".."minta maaf kak saya rasa pakcik dah tak ada ni kak.." ..abah dah tak ada. aku yang duduk di kepala abah ketika itu terus tersandar di dinding, setitik airmata pun tak keluar, belum keluar..aku macam ambik masa nak digest ayat tu..abah dah tak ada??? abah dah tak ada..ye abah dah tak ada...abang dan umi selesai solat, bila abang tengok aku termenung cepat cepat dia suruh aku solat subuh..kedengaran di bawah ramai suara jiran jiran memberi salam , selepas solat subuh di surau terus masing masing kerumah aku, ada yang dah tau ada yang nak tau sebab nampak ada ambulan di depan rumah..
bila selesai solat..aku masuk ke bilik ku dengan telefon dan mula mendail nombor adik beradik, anak anak abah ..memeberitahu utk datang..yg bongsu dari terengganu, dari KL, dari Banting...
Alhamdulillah urusan jenazah abah sangat mudah dan berjalan lancar, abah pun nampak tenang, anak anak semua ada di sisi jenazah dan turut sama memandikan jenazah..aku nampak abah tenang..ye tenanglah abah selepas segala derita sakit yang abah hadapi bertahun tahun, dalam keadaan kesihatan begitu pun abah berupaya menghafal surah surah penting Al Quran( Al Sajdah, Al-Mulk, etc) menjadi bacaannya sehari hari amalannya sehari hari, terngiang ngiang di telinga sepanjang 2 bulan terakhir hayat abah ..semoga tenanglah abah.. ini masa abah berehat abah..rehatlah abah..
segala ilmu yang ti ada yang ti boleh ajarkan untuk anak anak ti,pelajar pelajar ti, inshaa Allah ti niatkan agar pahala yang diperolehi di hadiahkan pada abah kerana abah menyumbang banyak sehingga ti berada di tempat ti sekarang ni, sedikit sebanyak segala marah, larangan, tegahan, kongkongan dan teguran abah yang didengar dari kecik sehingga ke akhir hayat abah yang telah menjadikan ti 'orang' seperti sekarang ni..ti akan cuba menjadi seorang yang baik, solehah ...ti akan cuba perbanyakkan perbuatan baik walaupun sekecil zarah pada orang sekeliling ti, pertingkatkan amalan yang baik baik kerana ti percaya apa yang seorang anak buat di dunia, ada bahagiannya untuk ibu bapa yg meninggal dunia, samada baik atau buruk kerana anak itu ibarat kain putih, ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya ....inshaaAllah
semoga abah tenang ..Al Fatihah sentiasa untuk abah..selagi ti masih hidup..inshaa Allah..
Monday, August 15, 2011
sungguh aku dah lupa
Wednesday, November 24, 2010
i want her to be my IDOLA
i heard her voice again today in IKIM.FM talking about "Islam Itu Indah"..she gave a lot of inspiration to me..
i said 'again' cause, about 3 weeks ago, while driving to UM, i heard her talking in IKIM about " Islam Itu Indah in Children Version" ..how to teach our kids about dicipline to Islam, to behave as Muslim and Muslimah, etc...and she really caught my heart with her simple explanation, full of beautiful words, loaded with advices and related to Al-Quran verses..and i was impressed, very much impressed with her guides and suggestions on how to become better muslim..she reminds about being a humble person in whatever career we are into..work because of Allah, be beneficial to others..thats why we live in Allah's world...
and today, she talked in focusing on how to become a successful medical student .... still a lot of points i got eventhough i am not a medical student, because for me, her content of talk was so close to any muslim and muslimah which have careers...how to become a better muslim-with-career..
she always relates the advices to Allah's command, Al-Quran and stressed that if we want to be a better person in anything we do as a doctor a teacher, etc..we need to be a better muslim first..
she said she always reminds her medical students to not being arrogant (sombong) when becoming a doctor, treat the patients with respect and empathy, if possible, gave the patients motivation to be close to Allah, remind them to not forget to solat, because when we take good care of what Allah's command, Allah will take care of us..she emphasized that if any of her students become arrogant and look at the patients as somebody who gave burden( membebankan) to them, she will not HALALKAN any knowledges (ilmu) that she taught them...
because for her, patients are somebody special that have been chosen by Allah, perhaps, Allah loves them more, thats why Allah gave them some tests to rise their level di sisi Allah, she said "who are we (she meant 'the doctor') to treat them badly, arrogant to them, while Allah always look at them with full of love"...masyaAllah, i never thought in that way....
and personally as a lecturer myself, i stunned with her saying that as a lecturer to medical students at HUKM she always be helpful, friendly to her students..she said if we help somebody today, meaning helping other people's daughters and sons today to be successful in their studies, InsyaAllah, somebody else will help our children, our grandchildren in their studies in future.....wow so touching ..
InsyaAllah i will apply her advices in my work...
she also gave some ideas on how to make our live more easier in getting more rezeki, getting success in work and study, getting a good spouse...are:-
1- to be humble to people
2- respect other people no matter how ugly, how smelly, how worst their condition
3- always gave something to the poor people (bersedekah),
4- always pray (doa)...
and not to forget
5- always obey Allah's commands..perform good solat, cover the aurat,
6- be nice to your parents and the older people
insyaAllah, Allah will look at us with full of love and help us in reaching our dreams
As a head department (pakar mata) at HUKM ( if i am not mistaken) she always make sure that the stafs under her supervision will perform solat, if you didnot perform solat, don't work with me, she said...
and surprisingly she is from Kuala Terengganu...my my...i am so proud of her...:P
the address below is her website address:we can find her background details, her work details and what her latest activities, etc...
http://www.drmuhaya.com/
she is constantly invited by IKIM.FM on tuesday / wednesday around 10 am to give a talk on "Islam Itu Indah" in different perspectives, careers, views, etc
and also she have her own show at Astro Prima on Friday at 7pm,repeat on Saturday at 6.30pm and sunday at 930am...
i will try to follow her shows and talk in tv and radio to get more beautiful tips, guidances, motivations from her talk insyaAllah ..she is definitely an idola...
Tuesday, November 23, 2010
JANGAN PANDANG BELAKANG..don't look back
as a normal human being created by Allah SWT, we have our bright and dark moments in our life, for the bright memories, its good to hold them as a motivation for us to face the future, but what about the dark memories...??
some of it, we managed to let go, but some stay in our heart and mind, no matter how hard you try to forget, to resist but they still there...
last night i saw my sister who now divorced downloaded her wedding and engagement pictures which happened long ago in FB, at that time something click in my mind " poor her, looks like she couldn't let go that memories yet..the time when everybody were dressed you with a beautiful dress, make you beautiful, talk to you nicely, teasing you about you and your future husband, well i do understand because that moments were the best ever happen to any woman...but for her it was a sad ending and she just won't let it go..
she is a good sister, always there for her other siblings, especially me and my eldest sis..most of the time to help with the kids, she is there when i am sad, i can just call her and go to her house for a time break..she is a good daughter to our parent, being very helpful , she is a good auntie to her nieces and nephews..quite popular..
i wish she will be strong and move on, plan her own life for a better future, no matter she will remarry or not, i really hope she will not look back..because in my personal humble opinion..no matter hard we try to seek for man's love, we have to love our self first and i definitely don't think by looking at those pictures will help her to love herself, i am afraid she will always looking back and tired to move on..Allah please give her strength and guide her to seek for your love, YA Allah amminnn..i pray to Allah that she will meet someone who really appreciate her as she is and will guide her to reach for Allah's love , because i always believe Allah knows best..
and then i wondered, do i have any bad moment/s, what was my dark moment/s..surprisingly i can't remember any!!! am i so lucky not having any bad experience...no i don't think so..i have some actually..after thinking about it for a while yess i do have some bad moments in my life :-
in 1996
1- my leg was hurt badly while moving my stuffs at my first rented house at Bangi - i worked at MARA college at BAngi after graduates..(my very first job:))..and i couldnot manage to go back to terengganu because of that..and to add to it, my ex-roommate at that time don't even bother about my situation ..she was so mean,pitiless..hemm..i called my mom and cried on the phone saying that i couldnot get on the bus because i can't walk, and i remember at that time my eldest sister was there, and she cried too...
2- i was staying with this cruel mean roommate for about 3-4 months, and she was treated me very badly, i tried to win her heart, respected her and listened to everything she said, but it seems not enough to her, anytime she was in bad mood, she scolded me heartlessly like someone who has no value at all, she treated me like rubbish..yess that is the right words for that moment..i really hate it until now..and yess i can't let it go yet.. i know that at that time i am still like a kid who was not mature in my actions and doings, and she was away too senior than me , my age at that time was 23 and she was almost 30 ..but as far as i am concern i always respect her and had done nothing wrong..but i always not good for her..as a roommate and also officemate , i felt so unhappy but don't know what to do..until one day i decided to run from that house, i left the house after telling another housemate to settle all the bills on my behalf, gave her some money, and i took half-day leave and packed all my clothes, and heading to my sister's house at Kg Baru...
at that time i felt so free and alive..i will NOT allowed anyone like her touching my soul like that again, it won't happend again..i felt like i am back, me..the one and only me who always happy go lucky, smiling, energetic.. was backkk...
i realised that , at that moment, she had taken all my happy + good soul.. she sucked it all and change me to a person who full of sadness, not-confident, always feel afraid and always thinking that i am a bad person...
but after i managed to run from her and found happiness at my sister's house, i am glad that all the horrible feelings were gone in a blinking of eye...i got myself back , even though i am still working at the same place but i am happier, i got rid of her, even sometimes we met because of meetings and discussions on students welfare..i just act normal like nothing happened..i am happy that i am strong enough to not ever let her ruined my beautiful life ...
2-in the same year while staying at my sister's house - i had been a hand-bag-snatcher victim while walking at dawn from the house to the bus stop to catch a bus to Bangi ..i need to get the earliest bus from kg Baru to Kotaraya and from Kotaraya to Bangi..so its still dark at that moment...
3-in 1999, i lost my first baby after 8 months married, i lost the baby in my 2 months pregnancy, after waiting for quite sometime...anyway when looking at my 3 kids' faces now i know that, Allah knows what best for me...
what else...i can't recall any other bad moments..thats all i guess..but i admit i still can't let go the first (number 1) moment.. but i hope one day, my heart will widely open to really forgive her in whatever she did to me..i still can remember some of her mean and cruel words..that make me felt like i am useless..for her..its HARD to forgive and to forget...
i won't look back at that bad moments, i left them with HER who created the BAD MEMORIES
like what my younger brother said as a comment for my sister entry in her FB:-
jangan pandang belakang, ada atu..hihihi....:)))
..in third moment (number 3), i always believe in Allah SWT, and Qadha' & Qadar..and with my 3 kids i have now, its like a power eraser which deleted all of that memory completely, Allah replace the lost baby with these 3 adorable kids who are the light of my life now..
so what about the good memories, the bright moments..oww i can't list them here, i have a lootttt of good memories..it will take forever:P...but i hold to them tightly, i bring them together with me now and hopefully until i die as the precious gifts from Allah SWT..knowing that Allah knows best and Allah loves me...
i pray to Allah SWT for Your Blessings ANd Love..Please open my mind and heart to be strong to accept all the challenge moments in my life and please help me to be a BETTER ME as a muslimah, a wife, a mother, a daughter, a sister, a friend ...i am so weak and lost without Your guide and love..You are the One and Only ..Lailahailallahh..Muhammadurrasulullah...
ALL THE GOOD ARE FROM ALLAH SWT AND ALL THE WRONG AND MISTAKES WERE FROM MY VERY OWN WEAKNESSES.....
~peace~
Thursday, October 28, 2010
jess and rory
aku layan youtube lagu M.Nasir semalam saja nak menghiburkan hati yg kacau..pastu teringat citer Gilmore Girls(GG).. karekter Jess and Rory...aku google nama ni dapatlah banyak clips the moments of jess and rory, siap ada buat ranking top 15 lagi...
~suka gambar nihh~M disease
actually aku sedang dilanda penyakit M**** yg sangat kritikal..M*** dalam semua aspek...ha kau...tu dia..aspek apakah yg dimaksudkan dalam ayat 'semua aspek' itu..??
bagi keadaan aku sekarang ni semua aspek itu meliputi:-
1- aspek aku sebagai seorang pelajar, aku Malas nak membaca/study,membuat kerja kerja ilmiah untuk membaiki/menambah ilmu pengetahuan..(waahh tulis ni pun dah rasa cam ilmiah gitu ehemm..:)
2- aspek aku sebagai emak dan wifey...aku Malas nak buat keje keje ke'ibuan' dan kerumahtanggaan ni..anak ajak sembang aku ngangguk je, husband citer2 aku iyekan aje, dapur rumah pun tak berasap..heheh..muhammad suruh cebukkan berak, aku mengeluh panjangg..kain dah basuh selonggok buat tak nampak je...aduiii...
3-aspek aku sebagai driver di jalan..aku Malas nak bagi signal kalau tukar lane, orang cut lane aku , aku malas nak hon, nampak debu kat karpet kereta, malas nak sapu/buang..
4- aspek aku sebagai manusia yg perlu makan minum, malasnya nak makan, apatah lagi masak,(wink**) makan pun malas...mandi ala kadar je asal badan rasa segar sket..takda beriya mem'berus' bagai macam biasa....
5-aspek sosial aku...malas nak bertegur sapa, cth: gi lab kat UM pun aku hai hai sorang dua, pastu sumbat telinga layan laptop...orang keliling bersembang bagai nak rak aku buat muka toye je...terserempak dgn student biasanya suka senyum, ni boleh pulak aku corner patah balik tukar jalan, sebab malas nak beri senyuman...
huuh apa lagi, pendek kata memang penyakit M sedang melanda aku dengan GIAT SEKALI sekarang, dan kerana sebahagiannya melibatkan orang lain maka ada orang yg nampaknya telah menunjukkan tanda2 TIDAK SUKA dengan penyakit aku ini....jiwa pun kacau...
aku pun frust dan tak suka dengan penyakit ni, tapi aku nak buat camane..(ni ayat org suka berdalih...lantaklah!!!) doa doalah moga moga tak berpanjangan..
kepala tengah fikir apa agaknya yg boleh jadi ubat supaya penyakit ni sembuh dan aku bertukar menjadi rajin..pls note , aku tulis "bertukar menjadi rajin" dan bukannya "KEMBALI menjadi rajin" kerana aku tau sebelum ni pun aku bukannya rajin sangat cuma ...TAK MALAS...:PP
so semalam sedang jiwa kacau, dan anak anak semua dah tidur, aku stopkan kerja study aku tu..dan mulalah menjelajah ke dunia youtube..mula mula cari video klip M.Nasir...layan lagu Mustika..fuhh bahagia...pastu teringat citer Gilmore Girls...
aku doa mohon pada Allah SWT tolonglah hapuskan penyakit M** ni...aminn
Wednesday, October 20, 2010
dapat dah
tarikh ambik kereta, eh dah lupalah..ow ye sabtu lepas which means 16 oct 2010..sebulan sebelum birthdate ..well tu suami aku katala..aku tak ingat pun, baguslah dia ingat kannn..:P
2 hari ni struggle masuk parking..tapi oklah sebab depan belakang ada sensor so bila agak2 terlebih muncung tu tak takut sangat sebab bunyi bingit tu akan warn aku cam reverse sensor juga...
bawak dia beeest..se'best ' membayar nya..aduhh telan air liur 50 kali pun tak rasa hilang dahaga lagi..
harap suami berpuas hati ...duit simpanan dia dan duit kerja kat melbourne akhirnya dia dapat beli kereta idaman..okla kann..asal dia BAHAGIA..aku pun tummpangg bahagia hehehh..
ni gambar special utk adik noor..saja nak tau tahap ke'jeles'anmu iteeiiwwww..tunjuk bontot dulu yee..nx time ambik gambar lagi

apa apa pun, aku suka..nombor platenya cantik dan ada makna..hangus rm200 nak dapat nombor tu..what to do,sume benda nak kena ada duit..tapi duit bukan segala galanya..
nombor tak boleh tunjuk atas sebab2 keselamatan of course..
bagi aku ni memang kereta paling lawa pernah aku tengok, macam tak percaya dalam duduk kagum tengok kereta ni atas jalan, akhirnya dapat juga menjadi hal milik sementara..yelahh..dalam geran tulis "Hakmilik M**** Bank" sebab still under loan..
so kereta ni sebenarnya bukan hak kami lagi, status dia adalah = "kereta pinjam"
Sekian.
Wednesday, September 29, 2010
angels fall - nora robert
reece the cook - heather locklear (betul ke eja)..
si brody - entah apa namanya..but same as describe in the novel..
wow..bestnya
Tuesday, September 7, 2010
M sbg salesman
ni nak citer kisah seorg M sebg salesman kereta..
orgnya baik, sentiasa tersengih, aku dgn suami fikir waahh bagus ni mesra pelanggan je nampaknya..suami buat special request, nak deal dgn salesman M, lelaki so ni lah dia..
aku pun sedap hati la ni,langsung tak fikir tipikal,macam selalu orang cakap.. biasanya dgn org M susah nak dpt tepat pada masa, lembap buat kerja, tak mesra...aku dan suami cuba tak nak fikir cam tu..nak tolong bangsa la ni kununnya..
so lepas discuss2,pilih kaler segala, dia gerenti akan dapat sebelum raya..bila balik rumah selang sehari dua, ter'discuss' plak dgn suami, setuju nak tukar kaler, sebab tak nak nampak kotor la, dan berbagai alasan terbit..suami pun call balik dia ni, cakap boleh tak nak tukar kaler..
oohh dia balas balik, boleh no problem..sepatah tu je..so kami pun senang hati lalalala...
ni dah hari selasa, lagi 2 hari raya, plannya esok rabu nak balik..2 hari lepas dia sms kata insyaAllah kereta keluar isnin so hari rabu boleh ambik..aku dah rasa tak sedap hati, rabu plan nak balik kampung dah, rabu baru ambik kereta, pukul berapa ambik kereta tu..so suami kata takpa, dia call, baru kejap tadi sebelum aku tulis entry ni suami call dia..dia kata kereta tak keluar isnin tapi baarruu keluar pagi tadi...so KALAU SEMPAT PETANG RABU boleh ambik..
hahh hambikk kauuu..tanpa khabar berita lepas sms yg last tu dia dengan berlenggang kangkung senang hati cakap camtu..kalau tak sempat, khamis petang keluar, camne? kami ni nak balik kampung bila wahai encik salesman..pagi raya????
aku sebenarnya takda kisah pun kalau tak balik raya dengan kereta baru, bukannya nak tunjuk kat orang pun..aku boleh menagih simpati adik2 aku pinjamkan kereta diorang.hehehh..
yang aku bengang sikap salesman M ni...dahla asyik suami aku je yg kena call dia, cakap pulak sepatah sepatah macam ada emas dalam mulut, kalau tang dia asyik sms memanjang, cam tak berani call je...
wahai encik salesman M:-
kalaulah kau lebih ringan mulut dan explain sedetail detailnya setiap perkara ..kang ke senang keje kau dan keje aku???
aku tanya suami , ke sebab kita tukar kaler jadi lambat??? well kalau sebab tukar kaler lambat dapat, explainlahh kat kami ni, yg tak tau menahu proses yg terlibat, ni tak..bila tanya bleh tak tukar kaler..cehh jawab NO PROBLEM...
dia ni aku rasa, dia anggap customer ni pulak lagi arif hal proses kereta ni dari dia, tunggu biar kita tanya sebutir sebutir..masalahnya manalah aku tau nak tanya kau hapa wahai encik salesman MM wehhh..kau la tolong explain, kalau tukar kaler ni akibatnya cam ni cam tu kaa, ..apa kaa
ni memang geram sangat...suami kata, maybe dia takut kita taknak beli dengan dia, hangusla komisyen nya..tulaa..takut tak bertempat, cuba bersikap terbuka sikit jujur citer benda yang sebenarnya...ni cam semua nak sorok sorok, bagitau no problem je...sekarang nahh biggg problem lahh, sebab dah rasa tak percaya kat dia..
suami call dia tadi, lepas dia dah bagitau semua dengan suara tersekat sekat, siap boleh tambah lagi, ooo en nak buat balik raya ye??...ayyoo memangla nak buat balik kampung sebab tu aku beli cepatt...tapi bukan masalah nak kena buat balik jugak kereta ni..aku dengan suami memang tak kisah pun, kalau dia terus terang bagitau, kereta ni tak dapat sebelum raya lepas en balik raya insyaAllah ada..takpe, boleh iktiar pinjm kereta adik....suami dah explain kat dia camtu, tapi dia kata boleh boleh no problem..
so kami takda la nak tanya adik2 lagi nak pinjam kereta ke apa ke...kalau dia explain betul2 senang boleh tanya adik2 cepat2, ni takut diorang pun dah ada plan lain ...
so aku cakap dgn suami, tolongla gi jumpa dia ni cakap tak yah susah susahla nak usaha sebelum raya, nanti kang entah apa apa jadi dgn kereta tu, yg dia janji kan utk kereta tu nanti hilang entah ke mana...so kami akan try tanya adik beradik utk pinjam kereta...lepas raya pun tak da hal bagi kami..
moral of the story...carilah salesman yg ringan mulut, biar banyak bercakap..takpa daripada dapat yg macam kami ni , kami yg kena fikir apa lagi nak tanya dia ni, kalau tak angguk geleng je kerja dia..lain sepatah sepatah..adussss..sakit jiwa raga di buatnya...sampai suami kata serik deal dengan bangsa M ni...tu aku tak nak komen sebab aku pun M kan.apa apa tercalit ke muka sendiri juga..
suami memang la lebih bengang sebab dia kerja line marketing juga dan dia totally different, selagi boleh explain dia explain, pegangannya anggap customer tak tau apa apa, dan kita kena bagi sebanyak mana infos supaya customer boleh buat keputusan yg bijakk..
so camane..adakah tidak bijak tindakan suami memilih salesman M ini, atau memang salesman ni yg tak bijak...heh
sekian..selamat hari raya maaf zahir batin
Sunday, August 29, 2010
akhirnya
anyway..
aku dah settle down, ambik masa hampir 3 minggu, genap genap blna puasa balik dan dekat nak raya settle rumah sume..suka rasanya..walau hanya setahun di tempat orang ..cukuplah, tak kuasa dah nak meng'adjust' diri sendiri..
rasa nak ambik gambar rumah sebab ada langsir baru, ada bebrapa barang dah ubah..excited..tabah menjahit langsir 2 hari siap, last day nak bagi siap jugak jugak tido pukuil 3pagi, esoknya pasang ..lega dan puas hati..
dapur pun lebih elok sekarang banding sebelum aku fly dulu, yelah masuk sume masih bersih so aku berazam nak maintain..tapiu yg tak tahan nya..dalam bersih bersih pun, lipas berlambak lambak..eeiii geram betul..kat melbon satu sungut lipas pun aku tak jumpa..kat sini baru vsehari masuk rumah terus dua ekor say hiii..
camne nak buat...tapi tu benda kecik je la..yg penting aku rasa happy sebab dah balik dan macam mulakan hidup baru pula..
tak sabar nak balik raya...
Saturday, June 26, 2010
hlovate novels-a personal review
ni ikutkan hati yg perasan cam artis, asyik org tanya opinion, no comment, no comment..tapi ngenangkan noor la yg bagi hadiah buku citer hlovate ni, introduce myself to the wonders of hlovate..well ni dia komen komen nya ..komen ni hanya dari seorang yg bukan penulis pro, cuma suka baca novel tapi bukan 'gila' baca novel macam adik aku yg bagi buku nih and kakak aku, ( dia dua org ni sama tahap 'kegilaan' baca novel)..aku?? sederhana saje, aku kan sederhana orgnya..yihaaa..(ok sudah bab perasan..)
apa tadi? oh ye.komen yeaa, komen..ehem ehem komennya adalah seperti di bawah:-
- aku suka bahasanya, bahasa yg mudah faham, macam natural talking yang mudahkan kepala aku terima maksud penyampaian citer..bukannya yg berbunga bunga sangat, macam.."mentari diufuk masih setia menyinarkan cahayanya, dan aku merenjis renjis air ke muka yang rasanya hangat di senggat mentari durjana"..oww hehh..ni sample ayat bunga seni sastera novel melayu ..aku baca dua ayat, terus pengsann maaaaaa...
-citer tentang masalah remaja tipikal, kurang perhatian, kasih sayg, tapi terror, cantik, popular..okaylah kot utk remaja, utk aku remaja tua ni rasa agak kurang significant, sebab bila diorg citer masalah dlm novel ni...contoh, mak ayah bergaduh..check!, ni biasa....lagi contoh, aku selalu kena banding dgn adik beradik lain, so aku suka lepak kat luar, malas dengar mak aku bebel, ..check lai sekali..sangat biasa...well memang kalau remaja masalah ni jelah kan?/ takkan masalah jaga anak, masalah dgn ibu mertuaku..tu tak sampai level lagi...
-part paling best, novel hlovate ni, suka relate pada ketuhanan, apa saja masalah, penyelesaian adalah kau kena dekatkan diri dengan Allah SWT, yang aku rasa amat bagus, dan sangat menarik, sebab hlovate boleh tarik ramai remaja utk dapat pengajaran yg betul bila mereka hayati citer ni.....aku rasa aku ada bukti yg paling dekat dgn aku pun...sekarang lebih suka baca buku ilmiah, ketuhanan, dengar nasyid, baju pun lebih sopan...bagus bagus bagus....hehe..teka siapakah anda..!!!
-aku suka sebab dapat penanda buku sebijik macam cover dan happy ending, aku tak suka sad ending, cam citer no wongs to fly yg aku baca dulu, berminggu termenung, takleh buat keje, over betul emosional aku time tu..
kesimpulannya, yelah budak remaja ni perlu bimbingan kekadang susah nak dapat dari ceramah agama, nasihat org tua, diorg tak dengar sangat, tapi kalau dari novel yg gila gila, boleh selitkan panduan berguna utk jadi insan hamba Allah yg lebih baik, mungkin lebih berkesan..
boleh simpan novel ni utk bacaan anak2 aku bila diorg remaja, dan boleh direkomenkan pada ibubapa yg punyai anak2 remaja..takyah tunggu diorg buat masalah baru nak sua kan novel ni, bagi je baca ..kalau diorg memang minat membacalaa..kalau minat main game cam anak aku ni..kena buat game hlovet laa pulak kot in future...haha
so noor harap berpuas hati, lagi sekali ni cuma PERSONAL review, tak da kaitan dgn yg hidup atau yg mati
ohye..hlovate ni kalau tak silap, student medic kat oversea, dah publish novel banyak..emm ada masa ekk belajar medic and buat novel lagi...heran heran :)
Friday, June 25, 2010
Tuesday, June 22, 2010
balik malaysia 2
dan start esoknya, sessi makan pun bermula selama dua minggu..apa yg aku nak makan hampir semua dapat..wow, berat badan memang naik..limmaaa KG..hah hebat betul..apa taknya makan 4-5 kali sehari dengan lemak tepu tak tepu, semua aku sapu, even gulai daging terengganu untuk kenduri kahwin pun aku dapat makan, eii best..takpe laa..
ada kawan tanya, " eh dah habis ke balik ni?? balik for good ke??...aku jawab, " oh belum habis lagi, baru 10 bulan, bukan balik for good, balik for FOOD!!!"..heh
dapat duduk kat kampung lama memang best, tapi disamping tu tetap kena buat juga keje study sket sket sebab balik dari malaysia ni aku kena struggle siapkan untuk confirmation , dateline nya 20july..
time nak balik melbourne sungguh rasa tak best macam langsung tak excited...beli barang pun sket sket je, cukup syarat je..tapi still kena kuatkan semangaat , kena ingat tanggungjawab , kalu tak mau aku cabuutt...heheh..
balik KL 18jun pakai kereta jal, thanks jal..19jun husband kursus, aku merewang dgn anak2 dan achiknya gi tengok toy stories 3.yg bestnya dapat tengok free kat e-curve kota damansara, tm-net taja utk customer dia tapi ramai tak datang, tetiba time aku terdongak2 cari kaunter nak beli tiket, cik kak tm-net ni datang offer tiket..Alhamdulillah, niat dari melbourne lagi kalau ada time and rezeki nak ajak anak2 tengok citer ni, sebab kat ausie, channel 7 tayang toy stories 1 & 2 back to back, promotion utk sequel dia... punya seronok dengar anak2 aku gelak..bahagia..last2 niat yg baik di balas free oleh Allah SWT...tiket free dengan package popcorn dan air coca cola sorang satu...toy stories 3 memang best, nak nak part si Buzz tu cakap spanish ngorat si jesse.. sebab tersalah adjust lepas kena change mode to demo oleh si bear jahat.., mak aaii gelak riuh satu panggung...anak2 aku memang enjoy sesangat..
pastu pekena kenny rogers then cari seluar panjang utk anak2 aku..kira macam tercapai maksudlaa, objective aku hari tu..kesimpulannya itu adalah hari best sebelum balik melbourne...hemmm.Alhamdulillah.. dan thanks a lot achik!! (tinie) sebab temankan kitorang..heheh
p/s:oh ye..privatised rupanya blog i, tersalah tekan kot masa adjust adjust dulu...dah public balikk
Monday, June 21, 2010
Balik Malaysia 1-
pastu adik jal and his beloved wifeyy, julie datang ambik..masa ni dah dekat tengahari sebab sibuk menyettlekan hal beg tertukar tu..adik adik yg sporting habiss ini bawak kami makan sate kajang, di samping makanan sampingan yg lain laksa, roti john, mee sup..weii timaasihh bebanyak jal and julie..best sangat masa ni..rasa diri disayangi dan dirinduii...ngeee...:)
esoknya gi jumpa kenkawan di B212..bilik keramat..heh...seronok sangat, dapat lepas rindu..dalam bercerita kisah study masing masing, ada juga la, menitis airmata, sensitif wehh, akulah tu, sebenarnya aku rasa cam aku sorang2 kat melbourne ni, kalau buat kat mesia, for sure boleh gelak nangis sesama kenkawan aku ini..kenkawan yg the best in the world..memang rasa bersemangat balik bila dah jumpa kawan2 ni..ingat yg kami berada di medan perjuangan yg sama, susah senang memang normal dalam cuba sempurnakan misi..doa moga moga kita kuat untuk hadapi dugaan dan ditunjukkan jalan untuk mencapai kejayaan..amiin.
diorang kata blog ni diprivatised, emm tak perasan pulakk nanti check lah..
habis satu sesi entri balik malaysia..next entri balik malaysia di tganu pulak..makan makan makan
Monday, May 31, 2010
countdown- 5 hari lagi
tapi sampai je kat uni, bila start mengadap PC, momentum nak studi tu datang juga, Alhamdulillah..cuma ada beberapa perkara yang dah dirancang last week nak buat this week belum buat lagi..susah sket lah rasanya..nak nak kalau yg kena berurusan dengan org, nak tanya tanya org..hai..rasa susahnya la, kalau benda yg boleh deal sendiri sendiri tu rasanya takda masalah, yg nak kena baca, tulis, gubah, bla bla boleh buat dgn efisien, tapi bila bab bab nak kena jumpa irg tanya, explain, bagi feedback ni..rasa berat je nak buat, tapi memang nak kena buat juga kalau tak tak ada progress lah, sebab mostly, benda benda ni nak kena tanya org, minta org explainkan barulah dapat solve...so sambil sambil aku duduk tinjau tijau apa yg nak di isi dalam borang confirm, kepala pun ligat berfikir plan utk esok dan seterusnya sampai khamis...
moga2 aku dapat penuhi saki baki hari2 ni dengan keje yg berfaedah dan bukan dengan menangguh kerja..insyaAllah..kuatkanlah semangat aku, hilangkan perasaan malas dlm diriku ini, dan permudahkan lah urusan ku..YaALlah..amiin ya rabbal alamin..
tadi sebelum balik, seperti biasa aku suka recap balik apa yg dah aku buat hari ni..:-
-aku edit isi confirmation form kat part introd-ni pun cam slow je, nak kena kait dgn literature dari papers tu yg tak pandai tu..
-take note on method yg aku plan nak pakai, macamana measurement chemical yg dibuat oleh literature
tu je 2 keje aku tadi, tak productive sangat hari ni,maklumlah isnin.monday blues...
Thursday, May 27, 2010
countdown best punya!!
hakikatnya memang ada aje kerja yang masih tertangguh..yg paling kritikal adalah :-
- nak cari info tentang mask utk 4-probe ni,perlu ke tak perlu...
-collect literatures utk isi borang confirm
-nak pakat2 dengan student PG kat lab level 9 tu utk clean-up satu fumehood yg tak dipakai..sebab aku nak pakai..
Dr K (bukan Dato' K ye) suruh aku cakap je kat student2 kat lab itu ajak kemas2, aku kata, " impossible they will listen to me..." tapi dia balas balik..
" Believe me, if you tell them, they will listen to you.."
..ehh lain macam je bunyinya..apa maksud dia sebenarnya..aku macam nak tanya nak tanya, " what do you mean Dr??"..tapi tak terkeluar..nampak muka aku ni macam garang sangat kahhh.. at last aku mintak juga2 dia tolong bagitau, dan aku tak kisah kalau aku kena buat sorang2 pun tak apa...hemm..
mengeluh sebentar mengenangkan nak kena deal benda2 remeh ni dengan mereka semua..guys, so far aku sorang je female yg guna lab tu bersama lebih 10 male students..memang aku rasa sukar sangat,
aku memang kena kuatkan semangat, cekalkan hati, kena be gentle but firm ekk?? yang aku pasti aku kena berani bersuara..speak out loud, tak boleh simpan dalam hati..diorang ni semua jenis yang terus terang, tapi ada cara2 lah nak terus terangkan..kena sorry dulu, kena puji2 dulu, bagitau positif2 dulu..then baru the worst part..
part ni memang nak kena polish lagi banyak, aku masih tergagap gagap, terkial kial,satu nak susun ayat, satu perasaan malu + "segann" menebal sangat..kena practice banyak2..apakata practice kat rumah dulu dgn husband...habisla kalau semua benda nak terus terang..sanggup ke aku mendengarnya dan meluahnya..kekekeh....
tapi apa apa hal pun, aku masih dapat tetapkan hati utk buat kerja yg aku mampu buat sekarang, cuba sedaya upaya untuk tidak menagguh kerja, tapi kerja yg boleh tangguh aku tangguhlaa..nak balik youu,taknak beban kepala banyak2 benda..so aku kena kuatkan semangat lagi untuk another week before fly back to malaysia..5 hari lagi utk buat kerja, so kerja betul2 apa2 yang boleh buat dulu..buat je..so akan datang senang..bersusah dahulu bersenang kemudian lah katakann....
Saturday, May 22, 2010
confuse--nervous
my Isv is very determine,he is the one who do the talking, i kind of left behind by him which i felt fine cause i am not the one who giving this idea, my idea is only on enhancement of one part of the cell, and he came up with a lot of ideas on how to do it...the professor asking some questions on why , how, where to do this and that, and my sv and Isv like discussing together, and of course sometime pointing on me, but most of the time i didn't have a chance to say anything..sooo..i just stay put, and be a good 'listener'
and surprisingly i noticed that my Isv kind of changing my initial intention of this research, i am not sure whether he knows what he said, but i need to confirm this with him next week..
and, as usual, after every meeting, i will be given new tasks, which almost all of them are not relevant to each other, not in sequence with the previous plan,..in short, it is something NEW!!!!
i need to dig & search for literatures, back to square 1, and maybe, i also need to collaborate with the prof to set-up an 'old' equipment to start my sample deposition...
aarrgghh..it makes me nervous, do i have enough time to try all of these suggested methods first before really focusing on only 1 or 2...and the equipment,chemicals..it surely takes time and it really makes me sick!!
it makes me confuse to think of different methods at the same time, and which materials involve, since at the first place, i am only planning to focus on 2 materials and compare to the standard sample from industry, but then in the discussion, MORE than 3 materials pop-up from my Isv's mouth and i guess also from my sv's..
aaarghh....
Thursday, May 20, 2010
aku dlm dilema
si L admin ofis dah forwardkan borang utk confirm this july...ha camnoo..???
tak lena tido lgi laa aku malm ni..hemmm dah brp mlm ekk asyik kelip2 je...

