Monday, March 22, 2010

tips menjaga anak-anak yang aktif

anak anak aku sofiya, sofina dan muhammad..ya dua perempuan dan seorang lelaki.


banyak dialog yang biasa aku dengar:-


" oohh anak kau tak buas (aktif) pun, ye..baik je..kalau anak aku laa..ish tak boleh duduk diam diam macam ni.."


" anak kau perempuan dua, okaylah, yg adiknya pun ikut je duduk diam2...anak aku ni semua lelaki, takdanya nak duduk macam ni, tula aku malas nak bawak ke mana mana..."


" senyap je anak kau...anak aku kalau ada ni tak boleh la aku sembang sembang macam ni.."


dan banyak lagi...respond aku, senyum je, dan angguk angguk, dalam hati kata.."emm yelaa"...


dari satu segi, Alhamdulillah, semua macam memuji anak aku, tak bising, tak buas (aktif), dengar cakap, dll ...


tapi hakikatnya, dah nama budak, perempuan ke lelaki ke, aku rasa sama je..cuma macam anak aku, suka observe dulu, bila mereka rasa selesa dan selamat dengan sesuatu tempat, persekitaran atau orang tertentu, barula mereka keluarkan attittude sebenar mereka yang bagi aku..hemmm standardnya:-


- ni kat City , beberapa bulan lepas, bukan gi shopping pun, jalan2 je..dan inila mereka yg sebenar


tempat tu jadi "playground" mereka, tak kirala di mana, bank ke, pejabat pos ke, kedai makan ke, shopping mall, di mana mana saja....asalkan mereka selesa dan rasa selamat..lagi lagi kalau abah atau mamanya ada berdekatan...memang high pitch, tahap maksima pecah semua tingkap kaca ...
ni kat kedai Timberland di DFO, dua hari lepas.....mereka main main kat dalam fitting room...


(perhatikan gambar yg blurr, kerana pergerakan mereka yg ..sungguh ..'buas'..(aktif))

memang banyak mata yg memandang, dan jenuh juga mulut asyik memanggil manggil dan memberi warning, tapi bila mereka dah seronok, apa lagi yg mampu seorang ibu buat, selain dari memerhati dan merasa tumpang seronok melihat kegembiraan mereka.....


tapi memang aku surrender..tak akan sekali kali, kalau boleh saja saja bawak mereka ni ke hospital...sebab aku tahu kadar keriuhan yg mereka ini mampu buat...dan di hospital ???

melampau la...kenala hormat sikit kat orang sakit..:)

bagi aku, kalau mereka monyok, diam je...termenung, hah lagi aku susah hati, biarlah mereka main, macam kata suami aku asal tak sakit, jatuh, dan mudarat sudah, kalau di halang halang kan, "terbantut" pulak...(tu kata suami aku ye, kalau nak banding, mulut aku ni lagi power bab marah marah anak ni, heheh)

tapi yelah kadang2 kena juga fikir orang sekeliling, tak semua orang suka bunyi suara budak2 bergelak ketawa, apatah lagila kalau menangis...lagi kalau jenis yang high pitch cam anak anakku ini..almaklumla..anak cucu cikgu, dari dalam perut lagi asyik dengar emaknya terpekik pekik mengajar..ehem ehem..

so apakah tips menjaga/ mengawal anak2 yang aktif ??

hemm.mm....

1 comment:

rodhiah_rahman said...

x de tips... biar je dia orang explore sendiri... they'll learn from any mistakes they do...
kalau dijaga, dikongkong sangat, x belajar apa-apa pun jadinya... kan?
they are their best teachers...:)