suara dia fuhh power betul, takyah nak ayu ayu, takyah nak kerling kerling manja, tak yah nak gedik gedik, tapi performance dia memang memukau betull..lagu lagu dia nyanyikan dlm prgm tu pun best best.tenganga dibuatnya...
suka dengar lagu lagu lama yg dia nyanyikan balik tu, iramanya relax je tak ada terkinja kinja sangat, yelaa, aku ni pun dah bukan muda lagii(tapi still tak ngaku tua you:))..entah entah aku ni sebaya dengan susan boyle..kekekeh
anyway, memang "new unlikely star has born"..
yg paling best dlm prgm 'a story of susan boyle' ni time sedutan dia tunjuk balik masa Simon Powell (former judge american idol)yg sgt sensasi itu mula mula tengok dia masa ujibakat utk Britain Got Talent cam menyampah siap jebek jebek angkat kening underestimate la tu, sekali Susan ni bukak mulut nyanyi..haa tu diaa, ternganga dia cam aku jugak..
sekarg album dia dah terjual lebih i million dlm masa 2 minggu, so sekelip mata dia dah kaya...siapa sangka..aku pun dah terminat pulak kat dia..
so moral of the story:-
TAK SALAH UNTUK MEMBINA IMPIAN ("BERANGAN")
..kerana mana tahu suatu hari impian akan menjadi kenyataan..
so apakah impian ("angan-angan") aku ek?
emhh..okaylah, nak gi berangan japp..
1 comment:
dah abis berangan dah cik kak?? hehehe... moral of the story jugak, don't judge a book by its cover... heh...
Post a Comment