Sunday, December 27, 2009

cuti panjang christmas to new year

haii,bayangkan hidup di sini tanpa boleh ke tempat yg rutin/wajib pergi in daily, anak anak ke sekolah, mamanya pun ke 'sekolah' seperti biasa. hasilnya adalah SANGAT BOSANN..okay!cuti dari 24dis 2009 hingga 4 januari 2010..berapa hari tu..12 HARII!!..haaa..kami tak tau cuti panjang camni..

kalau tau, baik balik malaysia, ada juga faedahnya. boleh jenguk abah yang sedang tak sihat, boleh ziarah keluarga, boleh ziarah tempat tempat makan yg SANGAT dirindui, boleh jumpa kawan kawan, boleh..macam macam bolehh..rugi rugi.

tapi tak apa la, baru empat bulan kat sini, dah sibuk nak balik malaysia, ada kawan yang dah setahun lebih, dua tahun pun tak balik..kumpul duit kot, tapi tidak bagi kami, heheh, kumpul duit, kumpul la setakat yg mampu, tapi balik malaysia, kalau boleh nak jadikan agenda setiap tahun...

so far aktiviti kami, melepak di rumah, jalan jalan ke sydney road, kmart, dan oh ye, sehari sebelum krismas, 24 dis kami ke DFO, Direct Factory Outlet, saja nak kenal tempat shopping famaous kat melbourne ni..kat melbourne ada tiga branch, essendon, south wharf dan ..apa entah satu lagi lupa..kami ke DFO essendon, dekat je dengan rumah dalam 10 minit perjalanan.




kawan kata, barang murah sket kalau sale, macam2 la lebih 700 brands rasanya dari men's,women's,children's ware, kitchen ware, wow...dan ramai yg dah tau kat sini pinggan mangkuk Corell pun harganya lebih murah dan worth it to buy bawak balik malaysia..

so kami pun ke sana utk melihat lihat..



ni kat depan outlet Puma seperti biasa before krismas sale sale sale, ramaii orangg..

tengokla aktiviti anak anakku tunggang terbalik kat atas sofa itu..

tapi sebenarnya lepas krismas iaitu 26dis lagi la sales gila gila, diorang panggil hari tu Boxing day, kenapa namanya begitu, entahla, maybe nak bergelut kat dalm shopping mall kot, sebab sales lagi dahsyat dari sebelum krismas dan ada outlet/mall dibuka dari pagi seawal 5 pagi dan tutup tengah malam! pengabis stok punya pasal.

tapi semalam kami tak pegi tunggu pagi pagi pun kat mana mana mall,(gila!! cam banyak duit sgt nak buat cam tu) lepak kat rumah je, petang barula berjalan jalan ke kmart dan on the way back makan kat kedai seafood kat sydney road.

antara aktiviti kami di hari BOXING DAY adalah:


mama 'BOXING' memasak daging dengdeng..


muhammad 'BOXING' main kat dapur, teman mama, main apa?? ehem ehem cam main spy spy gitu, ada pistol phone, map....hemm


abah 'BOXING' menolong fiya dan fina buat latihan 'BOXING' SCORE-A kat pc..

JUGA.. ada seseorang yg susah hati/panik kerana tak dapat manage time properly time cuti panjang cam ni telah bertekad utk mengasingkan diri dan bertapa/'BOXING' bersama..

JOURNALS....

tapi tak lama pun, just a start kerana nak seru 'en ma-mood' agar datangla kamu, kerana diriku sangat risau kan otak yg berkarat ini akan terus tebal karatnya jika ku tidak mem'polish'nya hari hari, help help...

sekian BOXING DAY kami...

untuk hari cuti seterusnya...liputannya coming soon Insya Allah..

No comments: