Tuesday, November 17, 2009

semalam 16 NOV 2009

Alhamdulillah, masih bernafas di dalam kesihatan yg baik setelah hidup di mukabumi Allah ini selama genap 37 tahun. Dikurniakan oleh Allah kebahagiaan hidup berkeluarga bersama suami dan anak anak yang dapat mendamaikan jiwa dan membuat hati berbunga kerana merasa diri diperlukan, dirindui, dikasihi dan dihargai.
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara Mu lagi, semoga peluang ini dapat digunakan untuk membaiki diri, muhasabah diri, tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih sebagai amalan hidup.


Alhamdulillah, kepada Allah yang memberi rezeki kepada kami sekeluarga, dapat merasa asam garam hidup di tempat orang, memberi rezeki pekerjaan yang baik, peluang kerjaya yang baik, tempat belajar yang baik, dikelilingi oleh orang muslim yang baik (walau belajar di negeri bukan muslim), dapat berkawan dengan orang2 yang baik, anak anak di dalam keadaan kesihatan dan minda yang baik, dapat tempat berlindung yang baik, dapat makan, minum, pakai yang baik, dapat peluang berjalan jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah, dapat...Ya Allah,tak mampu rasanya nak nyatakan...terlalu banyak nikmat dan kesenangan yang telah Allah berikan pada kami...

sesungguhnya kesenangan adalah juga dugaan untuk menguji sejauh mana rasa ketaqwaan kita kepadaNya, sedarkah kita bahawa nikmat Allah sentiasa ada, cuma kekadang kita yang tidak menyedarinya dan merasakan dunia ini sentiasa tidak adil dan orang lain sentiasa senang dari kita...sehingga menimbulkan rasa irihati, dengki dalam hati..
Nauzubillah..semoga kami sentiasa rasa cukup dengan nikmatMu ya Allah, kami takut kami lalai dan berpaling dariMu, nauzubillah..jauhkanlah Ya Allah perasaan sombong dari dalam diri kami.sesungguhnya segala yang baik adalah pastinya datang dariMu dan yang buruk itu dari akibat diri yang lemah dan cuai dari mengingati Mu.

rasanya segala amalan, ibadat masih belum dapat menandingi atau menunjukkan rasa syukur dan terima kasih kami kepada Mu, bantulah bimbinglah, berilah hidayah Mu semoga kami tidak terpesong dari landasanMu dan semoga kami terus mensyukuri nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Mu ini.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kurniakanlah kepada ku hati yang sentiasa bersyukur pada Mu, hati yg sentiasa mengingatiMu, hati yg sentiasa mengingati MATI dan jauhkanlah hati ku dari sifat sifat yang buruk yang tidak Engkau redhai ..amiinn ya rabbal a'lamin.

No comments: