Saturday, September 26, 2009

ulasan novel1

2 bulan lebih di sini, antara perkara yang mengembirakan adalah dapat ke library pinjam novel..novelnya tak adalah baru sangat.suka ambik yang larger edition, besar (off course) dan tulisannya lagi jelas..baru habis dua, too good to be true dan secrets..comparison antara 2 ni, secrets is much much better..kisah cinta (off course la..)tapi cinta orang dewasa bukan remaja or cinta monyet..apa yang best adalah penulis ni freya north kaitkan tempat watak watak tinggal dengan tempat yang dia pergi melancong, sebab kat last pages ada gambar dia di tempat yang diceritakan dalam novel tu...
kisah hero seorang 'bridge builder' dan heroin , 'house keeper' jatuh cinta, tetapi masing masing ada rahsia silam yang akhirnya terungkap secara spontan...dan masing masing terima hakikat dan off course happy ending..
cara freya mengulas kisah watak dan tempat mereka berjumpa, hero yang mempunyai memori masa kanak kanak yang menyedihkan sangat sukakan jambatan dari kecil sehingga menyimpan cita cita menjadi pembina jambatan, kerana dia menyaksikan sendiri jambatan berdekatan rumahnya dirobohkan di hari jadinya, sedangkan di jambatan itulah dia selalu melepaskan kesedihan apabila berlaku pertengkaran antara ibubapa dan apabila dia dimarahi oleh perkara yang dia tidak lakukan,so walaupun ayahnya nk dia jadi doktor, pada hari jadinya itulah dia ambil keputusan untuk membina jambatan bila besar, menggantikan jambatan kesayangannya(cam civil engineer la tu) sangat menarik...dan menyentuh hati dan romantiknya..heroin cam betul bendul sket tapi seorang wanita yg sangat convensional..thats why hero terpikat, hero lamar heroin di atas jambatan yan dia buat sendiri...heheh..
nanti nak cari lagi novel freya north, dia penulis 'pillow talk' yang dapat anugerah romantic novel of the year tahun 2008..
kat atas tu gambar freya north di kilang cetakan novel secrets..more picass in the link..

freya north kedua dari kanan...cute and smart...dia give-up phd study untuk menulis novel..toiingg!! kalaula diriku ada gift camni takyahh nak susah susah perah otak buat phd..huhuhu

Monday, September 21, 2009

hari raya di melbourne + picass

dah sehari berhari raya di melbourne.apa yg di buat di sini adalah membahagikan sambutan kepada beberapa daerah, jadinya macam kami sekeluarga di north coburg, joint dengan orang malaysia di daerah sekitarnya.

sambutan di adakan di dewan sekolah kat glenroy, berhadapan dengan rumah kawan,Zura.Dengar cerita dewan disewa dari hari jumaat hingga ahad.AJK ditubuhkan untuk memastikan sambutan pada hari tu akan berjalan lancar.

Encik Yusdi jadi AJK siapkan dewan,so tolong susun susun kerusi dan hampar tikar, susun meja untuk letak makanan dan sebagainya..lepas tu ada pembahagian memasak juadah.kebetulan terkena masuk group untuk siapkan mee/laksa,so kami pun apaa laagii..laksa kuah putih jadi juadah pilihan..
anak anak semua sangat gumbira sebab raya lahh off course..even duduk entah mana mana ,semangat diorang ni masih sama, cuma kekadang diorang sebut sebut nama sepupu sepapa diorang laa..yelahh biasa riuh rendah main kat rumah wann ramai ramai dengan sepupu ,kat sini tak adalahh..hikhik..
ni muhammad lepas dah siaapp..dia memang suka pakai baju melayu dengan songkok
ni kat luar rumah sebelum bertolakk..ish tak nampak pulak muka ina, so tangkap lagi satu..
seterusnya gambar dalam dewan..

ni khutbah raya..di bacakan oleh ustaz Nushi..

pastu kameraman dah penat nak makan pula...so ni jelah sempat di ambill...


so far so good..okaylaa,untuk orang yg tak ada hala tuju kan, kumpul je kat sini makan, lepak cakap cakap,kejar anak anak...pastu dalam pukul 2 balik...laksa??? okay la juga ...ada la juga orang yang nak menjamahnya tapi tak habislaa..makanan banyak sangat..buat balik dan makan sendiri :-)

selamat hari raya- maaf zahir dan batin semua(belated)

Assalamuaalaikum wbt,


di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan:


SELAMAT BERHARI RAYA MERAIKAN KEMENANGAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG CUBA SEDAYA UPAYA MELAWAN/MENGAWAL NAFSU (lapar, amarah dan etc..) SELAMA SEBULAN.
teristimewa buat keluarga yang sangat di sayangi dan dirindui di terengganu darul iman:-
Abah,Ummi,Kakda&Abg Yazid sekeluarga,Tini,Jal&Julie,Col&Siti Sekeluarga,DikNoor
SEMOGA SEGALA YANG BAIK-BAIK YANG DI "LATIH" SELAMA SEBULAN DAPAT DITERUSKAN LAGI DAN SEMOGA KITA MENJADI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG SEMAKIN BAIK DARI SEHARI KE SEHARI...INSYA ALLAH.AMIN

Wednesday, September 16, 2009

romantik tua

hari ni naik train kul 9.13am, ngantuknya tersengguk sengguk.tapi pastu celik mata balik tengok telatah satu couple tua aussie yg sangat romantik, hehe..diorang duduk kat seat depan, berlawanan la jadinya..husbandnya duk pegang tangan wife dia ni, bila wife dia bercakap, husband dia ni tunduk sambil dekatkan muka sket kat wife dia, pastu saling bertentang mata sambil tersenyum.kadang kadang husband dia cam buat lawak sebab nampak wife dia gelak sampai bergegar gegar bahu, meleleh air mata..hiks..romantik orang putih yee,ada yg sampai ke tua, nanti dengan suami ku camne ekk? adakah dia akan memandang ku dengan penuh kasih seperti itu bila muka ku dah kerepot seribu?hehe:P..(kalau panjang umurlaa..)..tak tau la,doa doa jodoh berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

teringat kata kata suami,dia pernah bayangkan tua tua nanti kan lepas subuh kat surau kat rumah kita nih,kita gi lepak kat kedai mamak,pekena teh tarik dgn roti canai berdua..(ambooii,kedai mamak dia tak tinggal..first masuk list tempat lawatan di waktu tua)pastu gi jalan rumah anak anak naik motor cam harley-davidson tu ..cewahh rugged gitu tua-tua..kekeke..dah banyak kali gak dia duduk ulang..masa tua nanti kita itulah,inilah..dia ingat dia muda sangat lagi tuu..hahaha

InsyaAllah mudah mudahan..kalau diizinkanNya,kalau tak ..kena redha la, ajal maut jodoh semua kehendak Nya,kita boleh plan aje...

dah la citer romantik di masa tua nihh..anyway sampai kat central, lepas escalator terbaca satu quote kat poster majalah,

MAKE PEACE WITH THE PAST AND ENJOY YOUR LIFE IN FUTURE

waahh dah baca tu entah camane rasa bersemangat pula..emmhh,ada yg terkena la nihh lalalala..

Monday, September 14, 2009

monday blues

hemm, isnin yg sungguh tak bersemangat..baca journal pun cam tak larat..tapi ku gagahkan juga..camne kenkawan ku di B212,FSG sana..adakah sama dgn perasaan ku sekarang,hemm kaktini, zila dan Lin..bangun bangun study..hehehe..

waahhh ngantuk nya, memangla kata pak patah, "ubat untuk mengantuk adalah membaca journal"..:P..hari ni tak ada cerita khusus,semalam laili,kawan sama school datang hantar bubur pulut hitam,emm sedap, thanks a lot laili..so hari ni nak bagi balik bekas laili nak masak apa ekk?? (tetiba teringat..)..apahal cerita hal masak pulak nihh..isk isk

anyway, harap esok dapat jumpa prof mike sekejap, dia ni busy selalu..nak tanya tentang kelas computational design tu dan apa program yg dia nak suggest utk modelling design nihh..dah sebulan weihh..progress nya mana???(kononnya dalam hati prof mike berkata).alaa minta ampun bebanyak ampun, hamba ini student yg slow lagi lambat pick-up (ni aku berkata dalam hati pulakk:P)..nak tulis literature review pun cam tersengguk sengguk je, my problem is writing in ENGLISH,kononla..ceehh alasann, ingat kalau tulis dalam bahasa malaysia boleh tulis lancar ke?.. taakk jugakk, rasanya yang penting adalah kena faham dulu apa benda yg diceritakan oleh journal tu dan bayangkan seolah olah nak ceritakan balik pada orang lain..ekk betul ke cam ni??tula..slow and lambat pick up plus M*%$#,ha tak boleh jadi nihh..

so tabah lah ye hati(cam familiar jek ayat ni, kat drama mana yee?), buatla apa apa yang patut, kena redahh juga nihh walau apa punn..yg penting kena senyuummm:)

p/s minta maafla pada sesape yg membaca..hari ni hari merepekk..blues betul rasanyaa..

Sunday, September 13, 2009

spring lagi,phd dan imunisasi

Alhamdulillah dah kurang sejuk, tapi kekadang sejuk lagi, entahlah..on off suhu sejuk kat sini..anyway genap sebulan kami di sini pada 11 sept lepas.so far so good, cuma cuaca yg tak tahan sikit..camne nak duduk CAnada, lagi dahsyat sejuk dia kan??..kat melbourne yg takda salji ni pun dahh terseekssaa hehehe..

study ku macamana? sekarang asyik download journal, OSC OSC, modelling part juga, tak biasa buat modelling nih,tak pandai sebab bukan line engineering kan..kalau ex stud engineering nih 'kaacaangg je" tapi nampak gayanya kena buat juga, so semalam tetiba 'keluar mentol',kenapa tak tumpang masuk je modelling kelas degree kat sini dan belajar sendiri..biasa berlaku kat mana mana u kan?? ahaa,so next week ni jumpa prof mike tanya tentang ini..

apa lagi emm? imunisasi registration telah berlangsung rabu lepas di moreland city council.jumpa Gayle, nice lady..anak2 perlu ada rekod di komputer, dan imunisasi boleh di buat di beberapa tempat berdekatan rumah rekod di komputer tu online..so sofiya and fina ada tiga injection yg boleh/mesti?? ( ni tak sure, mesti kena atau tak pa tak buat??)..pneumococal,hepB dan satu lagi tu apa entah..and all are FREE..tinggal lagi tuan punya badan sanggup ke tak??
maunya menjerit tak ingat dunia depan diorang ni nanti, isk isk..tak kuasa I!!

Friday, September 4, 2009

spring dan kereta



sekarang dah masuk spring, kurang sejuk sikit, cuma angin masih kuat..perasan kat kedai bunga dah banyak bunga bunga, pokok belakang rumah pun dah makin lebat bunganya,tak lama lagi berbuah la tu..emmmh..

so semalam kami BERJAYA!! menyelesaikan urusan kereta, dan ddapat nombor plat..seller kereta buat appointment utk kami dan kami tunggu kat VICROAD (cam JPJ kat Malaysia ) waktu appointment tu untuk uruskan pendaftaran kereta kami...1.35pm semalam
ni siapkan anak anak kat dalam kereta,semua kena duduk dan pakai seat belt(alaa bosaaannnya.)



ni rupa kereta tak ada nombor plat lagi, so husband bawa je kereta ni tanpa no plat,kalau polis tahan kami kena tunjuk nombor appintment dgn VICROAD, diorg akan faham..anyway sekejap je sampai ke VICROAD dalam 15 minit gitu dari rumah...

prosesnya sekejap je, dan appointment tu baanyakk membantu, tak adalah tercongok lama lama kat pejabat dia.. so bila dah settle bayaran segala,dapatlah nombor plat yg memang dah ada kat sana untuk kita ambil dan pasang sendiri di kereta...nombornya adalahhh..jeng jeng jeng..heheh

waahhh..haa boleh lah kan,kalau cina tak mau nya nombor ni, tapi kita ambil jela,okay apa kan kan kan??

so proses memasang pun bermula, di depan dan belakang...


setelah berpenat lelah (kononnya..)maka harusla ada pose menarik sebelah kereta 'buruk' yg 'baru' dibeli ini...

eh, gambar aku tak ada langsung?? tak leh jadi...pose skett..haa gitu..tapi jangan salah anggap beli kereta ni bukan untuk megah megah, KEPERLUAN..sebab rumah agak jauh dengan kedai kawasan terpencil la katakan (sewa murah)..so kena ada la untuk gi beli barang, hujan kang..boleh hantar anak sekolah..anak pulak cap kaki berjalan macam mak atyahnya hehehe..alaa kereta buruk je ni yg telah di baik pulih.nantikan ada yang ingat salah guna duit biasiswa pulakk..ya ammpuunn.